Projek menternak lemak : ON



Assalamualaikum dearies ~ :)

As you can tell , sekarang ni cuti sekolah . Dan bermulanya cuti sekolah , tamatlah kojo den sebagai guru ganti yang sangat bertauliah . phew ~ tenang jiwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! tapi... akibatnya aku mati kutu tak tau nak buat apa hari hari . almaklum lah , start je cuti , balik balik dari UM terus start kerja . tak sempat nak ilek sehari pun . jadi aku semacam dah terbiasa hari hari aku full dengan kerja . so bila dah takde kerja ni , mula mula eksaited , lama lama bosan -,-

jadi disebabkan tiada kerjaannya , /drumroll plis/ gua dengan ini merasmikan projek menternak lemak ~

*clapclapclap*


actually rasanya projek ni dah boleh dikira on sejak hari pertama aku jadi guru ganti lagi . pasal setiap hari , aku akan telan minimum lima ketul karipap sepanjang pagi . memula tu tak pergi kantin pun . tapi bila dah hujung hujung tu , bila sedar semacam ada seminggu je lagi kat sekolah tu , aku bantai pergi makan bebanyak time rehat . karipap lima biji still jalan . pulak tu ada je cikgu belanja lah , jamuan tu jamuan ni , hari guru , bank hantar kek kat sekolah lah apa . jadi kat dalam bilik guru tu ada je benda nak kunyah . lagi lagi musim buah pelam ni , hari hari kerja mencolek bersama mak mak buyung .

balik dari sekolah , mesti pau ibu makan dekat luar . kfc ke , nasi goreng ke , tak pun ibu beli lauk . so kiranya balik balik terus telan nasi lah . then petang petang makan lagi . makan malam for sure tak lupa . lepas dinner , terus aku terbongkang tidur . penat plus kenyang punya pasal . hasilnya , seminggu before habis mengajar tu aku ada timbang berat dekat bilik gerakan... mak ai , dah naik dua kilo lebih kau T_T

tahniah......

#tepuklasikit


cuti sekolah ni pulak . hahahahahaha . tak payah cakap la . tak tau nak buat apa so makan jelah kerjanya . pagi pagi bangun solat subuh , lepas tu dok scroll scroll phone sampai habis semua social network aku scroll , baru reti nak bangun dari katil . oh , bangun tu bukan pergi mandi ya anak anak sekalian . tapi pergi sarapan . lepas tu masuk bilik balik , dan tertidur :)

bangun tengah hari , mandi , terus pergi dapur semula , lunch . lepas tu masuk bilik , online sampai lebam . bila hari dah malam keluar bilik untuk dinner , masuk bilik semula . ya , boleh nampak tenaga yang masuk tak dikeluarkan semula . makanya dia slow slow bertukar bentuk menjadi lemak lemak comel yang diternak dengan penuh kasih sayang . 

dan sekarang aku yakin yang aku dah gain paling kurang sekilo sepanjang dua tiga minggu ni . yep , I'm pretty sure about that . 


oh cakap pasal lemak , hari ni tak tau kenapa ibu masak sedap sedap . lunch tadi masak nasi arab . siap dengan ayam goreng berempah and acar lagi . dinner pulak mee bandung . seingat aku ibu memang tak pernah masak dua benda alah ni . try resepi baru mungkin ? breakfast tak tau apa pasal kita tak jumpa pagi hari ni :P



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)