Anak murid pebret

Assalamualaikum penduduk Husnaland semua !

Nak dijadikan cerita , tadi aku makan nasi . sambil baca komik ana muslim . di saat aku cubit cubit kari ikan tu tetiba aku rasa macam nak update blog pasal bekas anak anak murid aku . nak cakap ada kenangan antara anak murid dan kari ikan takde la pulak . hmm hmm


dalam ramai ramai anak murid aku , ada la dalam 80 lebih in total . ada sorang je anak murid yang aku suka . nampak tak betapa aku susah nak suka budak . hahaha . dalam setiap kelas tu , aku boleh bahagikan anak murid aku kepada tiga bahagian .

1- langsung tak nak belajar . asyik nak main je . species ni lah yang pantang aku toleh lain sesaat je dia dah hilang dari kerusi and pergi main lari lari . haih memang nak makan kaki !

2- boleh fokus tapi mudah terganggu . diorang ni geng geng yang separa pandai . diorang berminat nak belajar tapi kalau bosan sikit je diorang dah mula bercakap , baca buku cerita atau start mewarna . aku rasa dah berapa kail dah aku rampas buku ultraman and buku mewarna . tapi lepas kelas pulang balik la . i'olls takde la kejam sangat .

dan lebih meng-annoying-kan aku , diorang ni sangat banyak mulut ! macam berlumba siapa yang dapat cakap paling banyak dalam masa seminit dia menang . pening kepala aku . lagi rimas bila jenis yang kuat menyendeng . macam sikit sikit panggil aku . sikit sikit tanya .

"ticer ticer, ticer nak ajar apa hari ni"
"ticer , ticer ni pakai baju macam macam fesyen lah . semua cantik cantik" (sambil pegang pegang tudung aku)
"ticer , hari tu kan saya kan..."
"ticer , dia buat saya.."
"ticer dia ambil pensel saya"
"ticer , dia kan cakap kat saya kan, bodoh babi"

ticer tu ticer ni . banyak betul aduan yang diterima ! haa yang mengadu cakap bodoh babi tu kan , mesti dapat aduan dari orang yang sama . setiap kali aku masuk kelas , mesti ada dalam dua tiga kali dia datang depan mengadu kat aku . padahal dia yang kuat kacau orang . lepas tu ada yang kaki buli , tapi kuat menangis . and macam macam lah . dah la setip kali nak mengadu mesti diorang datang dekat aku . hampir sepanjang masa kena kerumun dengar aduan . sakit otak aku nak mengadap diorang lama lama . sebab tu lah aku lega sangat bila dah habis mengajar ni .

selalunya budak darjah satu and tiga la yang macam tu . darjah lima dah pandai behave sikit. tapi masih ada golongan terencat otak yang kawan kawan lain semua pandai behave tetiba dia sorang sorang terpekik terlolong kacau orang lain .

3- golongan pendiam . yang ni yang aku suka . hahaha . tenang jiwa ajar diorang . senyap je . time suruh buat kerja , diorang buat . tak banyak cakap . tak kacau orang . tapi budak budak darjah satu je la yang masih wujud species macam ni . tapi kadang kadang sakit jiwa jugak . kau tak jenis diam yang langsung tak keluar bunyi . hari tu aku kena buat ujian lisan kat diorang ni . lepas tu ya Allah , mulut je gerak . dah la gerak macam nak tak nak je , suara tak keluar langsung ! langsung ! puas la aku dok belek mulut dia tengok betul tak apa yang dia 'baca' . ada yang suara keluar perlahan sangat sampai aku kena tadah telinga kat tepi mulut dia . sedih weh sedih !



jadi ada sorang budak ni aku suka tengok dia . (baru nak masuk cerita sebenar . panjang betul intro)
nama dia Zulfah Hasya . comel je budak ni . dia ni jenis yang pendiam . aku tengok dia ni dengan kawan kawan pun tak bercakap sangat . duduk je tempat . bila aku mengajar fokus je . walaupun aku tau kadang kadang ada masa aku ajar super bosan tapi dia tetap fokus . kalau aku suruh ikut apa yang aku baca kat depan , dia mesti ikut , even kawan kawan yang lain tengah main lari lari .

kerja pun mesti siap . satu perangai budak darjah satu ni , kerja diorang , buat sikit terus tunjuk kat cikgu tanya betul ke tak . kalau mewarna pun sama . diorang suka tunjuk and tanya , betul tak ? ok tak ? cantik tak ? dengan harapan aku akan puji bagus , pandai atau cantik . makanya terpaksa lah aku berlakon walaupun dalam hati ya Allah buruknya kerja budak ni .

and Hasya ni pulak , memandangkan dia tak banyak cakap , jadi bila siap kerja je dia akan datang depan tunjuk kat aku . kalau aku tak perasan , dia kuis kuis aku pakai buku tu . malu sangat nak bercakap . bila aku puji bagus kulum senyum je . kalau aku buat aktiviti dalam kelas , dia selalu tak join sebab malu . kawan kawan lain semua nak berlumba duduk kat depan kelas tapi dia still duduk kat tempat dia . tapi masih mengikuti apa yang aku ajar . kecuali kalau aktiviti sorang sorang . baru dia akan angkat tangan malu malu nak join .

pernah sekali tu aku bagi dia pemadam pasal dia dapat A exam BI . siapa yang dapat A semua dapat . lepas tu dia jadi super eksaited . semangat gila belajar hari tu . aku ada tanya apa tah , orang lain angkat tangan biasa je , dia siap angkat tangan sambil berdiri atas kerusi lagi .

balik rumah aku cerita lah kat ibu aku . ibu cakap dia memang dari pra sekolah tak bercakap . sampai cikgu pra tu geram sebab dia senyap sangat . last last cikgu pra tu cakap kelantan dengan dia pasal dah geram . sekali dia jawab ! hahahaha . rupanya dia ni baru je ikut family dia pindah dari kelantan . and dia cakap kelantan pekat gila . jadi dia malu nak bercakap pasal bahasa lain . orang pahang ni area jengka ni cakap biasa je . tak ada dialek sangat . macam cakap kl , tapi takde speaking . haa gittew ~ dia pun tak berapa faham sangat apa orang cakap sebenarnya . sebab dialek lain sangat kan . jadinya dia ambil inisiatif untuk tak bercakap .

patut la pun . pasal aku tengok dia macam ok je , tak ada la nampak macam jenis yang pendiam sangat . tapi dia macam paksa diri dia jadi pendiam . sebab malu nak bercakap . nanti kena ejek dengan kawan kawan . kesian... tapi takpe aku suka orang pendiam hahahaha . kalau laki pun aku suka tengok laki yang tak banyak cakap sangat sebenarnya . cool je comel je . hahhaha . tapi apakan daya , selalunya yang kita dapat berlawanan dengan yang kita suka kan . maka dapatlah Abang Po yag memang tak boleh nak diam . sekian .


laki yang kat sebelah aku tu ketua kelas yang sangat becok . yang dua orang laki belakang tu haikal dengan raqin . haikal tu pelik sikit perangai dia and tak leh duduk diam.. aku selalu rasa yang dia macam kambing , tak tau kenapa . and kalau nak tau dia tak ada gigi belah atas . pasal masa dia kecik gigi dia rongak so mak dia bawak pergi dentist , cabut semua gigi . ditakdirkan gigi dia still tak tumbuh tumbuh sampai sekarang . hahahahahha . yang raqin tu pulak degil gila and pelat . patut pun tak banyak cakap .

darjah satu 42 orang . mau tak sakit otak ? Zulfah Hasya yang depan sekali tak pandang camera. malu konon.


Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)