Tragedi Mid Valley

Large


Assalamualaikum :)
Semalam haziq dah pun keluar dari ICU . sekarang dia just duduk dalam ward biasa . alhamdulillah . harap harap haziq cepat sembuh :')
And semalam jugak majlis persandingan Pais berjalan dengan lancar. nikah kelmarin . congrats bro dah jadi husband orang. jangan lupa pada anak saudara mu yang comel ini . hik hik . siyes sweet gambar korang . pasal photoshoot dekat fakulti tempat diorang kenal . in msu . nikah pun dekat fakulti tu .
 
 
So malam tadi , lepas habis majlis tu I terus balik kolej . ingat boleh stay sampai ahad . sekali semua orang dah nak balik .tumpang orang ,so ikut kan aje lah . so pagi tadi memang bosan gila lah . nasib dah ada broadband .dapat la aku online . sekarang ni baru berjinak jinak nak tengok runnig man . baru episode 1 . sedih kan aku. sangat ketinggalan . disebabkan tak ada kerja , so petang tadi alang alang baik aku turun surau pergi usrah . dapat la sikit pengisian .
 
petang tadi pulak , aku ajak roommate cik Ika pergi berjimba ke Mid Valley . actually nak cari pencuci muka . pasal pencuci muka dengan berus gigi tertinggal dalam kereta Cu . nasib ada berus gigi spare . and nak beli bedak compact . bedak compact I pecah pasal terjatuh . nampak la buas -__-
 
so dalam pukul 6.30 tadi , kami berambus pergi mid . memandangkan dua dua tengah cuti , memang rasa tak bersalah langsung la pergi mid time maghrib kan . kekeke . mula mula tu mati mati aku ingat Ika tau macam mana nak pergi mid pasal dia stay PJ je . ghrupenye dia pun tak tau . so kami jalan je sampai bus stop dalam UM . ingat nak tunggu teksi . sekali bas rapid yang sampai . mula mula macam doubt jugak nak naik . then ternampak tulisan LRT University keluar . so cepat cepat naik . turun dekat LRT Uni , naik teksi sampai Mid .
 
mula mula pergi The Face Shop nak cari pencuci muka . then teman Ika pergi Forever 21 , nak cari bag . err , kalau aku tak terbeli lah beg dekat situ.. aku just tengok bahagian accessories je lah . ingat nak beli gelang . tapi dah nasib tangan kecik sangat . semua gelang jadi longgar . then time test gelang tu , Ika tolong ketatkan gelang tu . then masa nak bukak balik , aku tarik sampai gelang tu patah . kami pun macam....... :O ayookkkk , cepat cepat letak balik and nak lari dari situ . malangnya salesgirl tu perasan so aku kena bayar jugak . nasib aku just patahkan gelang yang harga RM15.00 . kalau yang RM39.00 tak ke menangis kat situ . tu lah , buas sangat .
 
 
then pergi Top Shop pulak . usha usha bag la . sementara tunggu Ika cari beg aku usha la kasut . then ternampak kasut studded . haish , aku memang minat gila dengan stud . so belek kemain la . tetiba ada salesgirl datang tegur...
 
SG: Dik , jangan pegang dalam . pig skin .
Me : huh ? *tak dengar* *tangan still pegang kasut*
SG : jangan pegang bahagian dalam dia , pig skin.
Me : OMG !!!*terus campak kasut tu and blah cepat cepat*
 
dah terpegang dah pun . patut rasa macam furry semacam je bahagian dalam dia . kulit babi ghrupenye . dah kena samak . tapi aku samak esok la . pasal dah malam , tak ke pelik orang tengok kalau tetiba aku turun bawah pergi gali tanah sekarang . nasib tengah cuti . tu la , buas . again .
 
lepas tu aku dah tak berani nak sentuh pape dah . nak tengok tengok barang pun usha usha dulu . kalau nampak macam kulit tu memang aku tak kan sentuh . seram . haha . then kami pergi makan dekat sushi king . Ika la yang ajak . aku memang tak pernah makan sushi sebelum ni . main game buat sushi pernah la . tapi apa salahnya cuba kan . mula mula tu awkward jugak . nak makan pakai chop stik segala . pulak tu mulut aku kecik , memang struggle la nak sumbat seketul terus dalam mulut . mula mula aku gigit , tapi hasilnya memang akan terburai and bersepah and comot . tapi last last empat pinggan jugak habis . haha . tapi aku just berselera sushi ayam je . hahaha . aku try yang inti tuna and topping ada salmon , sekali suap rasa sedap . dua kali suap rasa muak . kali ketiga aku buang salmon dia . just makan tuna . membazir gila . dah la salmon mahal .macam mana la orang boleh telan salmon mentah mentah . pelik aku =,=
 
nasib aku dapat Fizikal 2 . nampak la english aku low . haha . so esok kuliah aku start petang . pagi tu boleh la pergi menggali tanah . sementara tak ramai sangat orang . err , jadi kerja pulak . konklusinya , aku memang buas.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)