Hukum terpegang kasut kulit babi

Large


Assalamualaikum :D
Disebabkan semalam aku buas sangat sampai terpegang kasut kulit babi , so hari ni terpaksa lah aku sertu . mula mula aku macam confuse jugak dengan hukum hukum dia , so bila dah buat research , baru tahu .
 
hukumnya tetap haram . even tak sengaja , tetap kena bersihkan . sebab kita dah tahu . tak kisah la tangan masa tu kering atau basah . ada ulama cakap najis anjing tak pe pegang kalau kering . tapi ada sesetengah ulama cakap tetap perlu sertu . tapi yang penting najis babi memang wajib , pasal dia najis paling berat ; najis mughallazah .
 
sertu tu apa ? sertu tu means bersihkan la . selalu orang cakap samak kan . sebelum ni pun aku panggil samak . tapi rupanya samak tu word untuk bersihkan kulit binatang . kalau nak bersihkan najis dari tubuh kita word dia adalah sertu .
 
and aku jugak musykil pasal hukum if tangan kita dah terpegang kulit babi , then , kita pegang pulak tempat lain . macam aku semalam , aku pegang tu dekat mall . so memang tak boleh la nak bersihkan terus . lepas tu aku pegang beg pegang phone pegang purse , garu muka , siap pergi makan sushi lagi . tapi makan sushi pakai chopstick , lagipun aku terpegang pakai tangan kiri . so tanpa rasa bersalah terus pergi mencekik .
 
so hukumnya , kita just kena bersihkan bahagian badan yang terkena najis . so tempat tempat yang aku pegang lepas tu tak perlu lah . phew ~ kalau tak memang aku kena celup satu badan la dalam air tanah .baru sure bersih .
 
 
pukul 9.30 tadi , aku pun memulakan misi mencari tanah . dengan muka sembap baru bangun tidur  dengan turun lif sambil peluk gayung , ahhh , ada aku kesah ?? puas la aku pusing pusing area keliling tasik tu cari tanah . tetiba nampak pulak dua ekor itik ke angsa entah jalan tonggek tonggek ka tepi tepi tu . sebab risau diorang berak merata , so aku cari tanah atas bukit pulak . segan woi . puas aku tunggu pakcik kebun tu blah . karang dia marah pulak aku korek tanah . dah la macam agak susah nak cari tanah , sebab macam banyak pasir je . last last aku cabut rumput then korek tanah bawah tu . memang rasa macam orang zaman dulu dulu sangat korek tanah pakai kayu . i'olls tak de shovel . sob sob .
 
 
aku tak sure nak kena ambil banyak mana , so aku ambil banyak ni je .
nyum , nampak macam milo pekat kan . daknyeeerr
air pun aku tak sure nak kena tambah banyak mana , so aku just ambil nisbah 1:1
cukup la untuk basuh dua belah tangan .

 
then untuk air mutlak aku just basuh tangan dekat sink enam kali . beres . kalau rasa tak bersih lagi , perlu basuh guna air mutlak lagi dan lagi sampai hilang bau , rasa , dan warna . sebab aku just pegang kasut kulit babi , so tak melekat sebarang bau rasa atau warna . so aku just basuh macam tu jelah . siyes weh , lepas basuh tu kan , tangan aku rasa bersih gila . lagi bersih dari basuh pakai sabun dettol . rasa macam lepas ni mandi tak nak la dah pakai sabun. nak mandi pakai air tanah je . hahak .
 
nasib tak de siapa dalam lif tadi sepanjang aku naik dari ground floor sampai tingkat 9 . kalau tak nampak la aku pegang gayung isi tanah . and tak de siapa dekat toilet tadi perasan aku main tanah sampai sink hampir clog . kekeke . oh ye , ada orang cakap boleh intinjak pakai sabun taharah ke apa tah nama dia . but actually tak boleh . pasal kadungan tanah dia tak sampai 5% pun . so better ambil tanah pure .


sekian tutorial beristinjak najis mughallazah dari saya . hik hik . blogger lain tak de wei buat tuto macam ni . siap ada gambar lagi yuh ~~
Photobucket

16 comments:

  1. Saya semalam dapat cover phone. Then check dekat luar plastik takdak bintik tiga. Then bila bukak plastik check dalam pulak nampak bintik 3. Saya perlu buat mcm awak jugak ke ? Anggota badan saya yg sya pegang takpayah eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure la . sebab hari tu saya just pegang kasut tu pakai tangan . kasut tu tak de terkena tempat lain . so saya samak tempat yang bersentuh dengan kasut tu je la .

      Delete
  2. Entry awak sgt membantu!! Saya baru je terpegang kasut kulit babi tadi dekat mall. Risau jugak da garu muka bagai... So xperlu kan nak basuh muka guna air tanah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak...kecuali kalau kasut tu kena muka awk..

      Delete
  3. Kalau kita dah pegang barang2 buatan babi tu time tgn kita kering. Pastuh kita basahkan tgn kita. Pastuh, kita garu muka, pegang handphone, bag time tgn kita basah. So, kita nak kena samak brg2 tuh skali ker atau tgn kita jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lah.. kalau macam tu tak sure lah pulak..

      Delete
  4. ianya membantu saya..tq soo much

    ReplyDelete
  5. Maaf di ats pertnyaan sy yg pnjg lebar ni. Pada 1 hari sy tiba2 tergerak untuk meneliti kulit tali pinggang yg saya dah lama beli & pakai. Hasil penelitian saya itu, saya mula rasa was2 sbb rasa mcm nampak 3 bintik tu. Sy pun dah mula risau lepas tu walaupun sy pegang dgn tgn yg kering. Tpi sy ttp teruskan khidupan mcm biasa dlm keadaan terpaksa, misalnya sy mandi, pegang pakaian, dompet, telefon, mknn, guna sudu, pinggan, cwn mcm biasa. Jd kalau betullah itu kulit babi, adakah saya hanya perlu sertu anggota pertama yg sentuh tali pinggang itu iaitu sertu tangan saya sahaja? Macam mana dgn brg2 lain yg sy sentuh terutama sekali jika tgn sy basah mse sentuh brg lain tu? Harap boleh bantu sy. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum :)
      Jawapan ni cuma pandangan saya . kalau nak lebih sure boleh tanya yang lebih bertauliah heee ~

      firstly, tali pinggang awak tu memang masa beli dia cakap kulit betul ke . kalau tali pinggang murah je , kadang kadang dia pakai bahan sintetik and tiru tekstur kulit , dan maybe tekstur yang dia tiru tu kulit babi . so tak payah sertu . tapi kalau memang kuilt betul atau was-was , perlu sertu . kalau terkena atau terpegang kulit babi memang wajib sertu tak kira kering atau basah . cuma perlu sertu bahagian yang terkena tali pinggang tu , contohnya tangan , seluar and kawasan pinggang kot kot terkena .

      Delete
    2. Baiklah sy faham. Nak tnye lagi psl tangan saya yg basah sentuh pinggan mangkuk & cuci muka tu mcm mana ye? Katakan tgn sy kering masa pegang kulit tu, lps tu sy pergi basuh tgn, pinggan mangkuk semua tu, jdi yg perlu sy buat adalah sertu tgn je, mcm tu ke? Atau keba sertu juga pinggan mangkuk cwn semua?

      Delete
    3. setahu saya tak perlu . cuma perlu sertu bahagian yang ada direct contact dengan kulit babi tu saja .

      Delete
    4. tumpang tanya kalau saya dh tergaru garu bdan tapi tngan sata direct dgan kulit then lelama skit saya dh tergaru muka la kaki perlu samak juga ke. terima kasih

      Delete
  6. Assalamualaikum. Saya ada sepasang kasut ni, beli dkt London tahun lepas. Kasut tu dulunya perasan ada bintik bintik tapi tak terfikir pulak itu kulit babi. Lepas kawan bercerita pasal kasut Rubi Cotton on & tanda tandanya, balik rumah saya check kasut tu betul betul dan nampak dlm bintik tu ada 3 bintik. Tapi saya mcm tak pasti. Mcm mana ye? Kena sertu bahagian kaki je ye? Ada tempoh tak kalau tak sertu dlm tempoh tersebut & apa hukum hukumnya? Maksudnya lengahkan masa untuk sertu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalam...kalau kita x pasti akan sesuatu mengandungi babi,mcm mana pulak? Jatuh hukum jugak ke? Huhuhu

    ReplyDelete
  8. Assalam...kalau kita x pasti akan sesuatu mengandungi babi,mcm mana pulak? Jatuh hukum jugak ke? Huhuhu

    ReplyDelete
  9. Assalam...kalau tpegang pada pgangan pertama je ke yg perlu sertu?walaupun kta najis babi ?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)