Oxidation + Reduction = Rusting of Brain

Large

Rasa nak merajuk pat puluh lima saat je bila tengok stats . hari yang aku update sikit je views . tapi time aku tak update beratus pulak views . mencik tau macam ni. dah la lappy ni pun satu . apsal keyboard dia macam problemo sikit . bila taip mesti ada huruf yang dia skip or tak space . dah la gugel chrome tak leh bukak . buang beli baru karang *ayat ajet ajet duit berkepuk dalam bank*
 
 
okay , minggu ni dah start kuliah . for the first two weeks ni kami ilek ilek lagi . sebab just ada kuliah . pulak tu selang seli . kalau hari ni kuliah pagi je , esok pulak kuliah petang je . esok pun kuliah aku just dua jam . dari pukul tiga sampai lima petang . setakat pagi tu nak berjimba ke mid valley dulu pon boleh ~~ heh , sekarang boleh la . tunggu la third week nanti . bila kelas tutorial and lab dah start . nak bernafas pun tak sempat bak kata lecturer . ceit , nampak sangat tipu kalau sampai tak sempat bernafas tu . puih !
 
so kuliah..... aku amat sangat terpana nian sungguh time lecture . bila awal awal tu boleh blah lagi . tapi bila dia start keluar rumus formula bagai tu aku dah start... "hah ?" "apakah?" "what???" "eh?" "watde"
aku macam lost gila . nak lawan mata mengantuk satu hal . nak memahamkan satu hal . aku tengok orang lain semua muka tekun tulis tulis sambil angguk angguk . gaya macam faham sangat je kan . tapi aku langsung tak faham . bila lecturer tayang formula addmath like differentiate semua tu pun aku macam pane pane .padahal dulu pro gila kot semua tu . tak payah baca soalan sampai habis pun dah boleh jawab . kononnya . but now.....
 
 
so memang wajibulghunnah bagi aku untuk beli kertas pasir  and cat balik ni. nak gosok balik otak yang dah berkarat ni . cat balik supaya tak karat semula . siyes otak macam shock bila dah enam bulan duk menternak lemak and berlaku process oxidation and reduction dekat otak aku ni . so bila tetiba terima input , sistem dia macam lambat sikit nak terima . gear gear nak berpusing pun berat je pasal karat dah tebal sangat . balik ni kena minum air zam zam lah gamaknya . cuci balik otak .
 
 
btw ada satu benda yang best hidup kat sini . it's not about PASUM , but about kolej kediaman ni . cafe dia best woo . pasal makan dekat sini sangat murah . aku boleh breakfast satu pinggan penuh , just RM1. aku boleh lunch lauk best best , tak sampai RM4 pun selalunya . masakan panas pun boleh order , range harga just dari RM3-RM5 je . burger ada , takoyaki ada , buah ada , ais krim, kuih pun ada . western pun ada. chicken chop double just RM7.90 . aku beli double pasal ingat kalau single sikit. pasal just RM3 lebih camtu . ghrupenye memang dua ketul betul ayam dia . banyak gila . ada french fries lagi , mashed potato sampai dua  , coslaw lagi . memang bahagia betul ah perut aku kat sini kan . ni yang aku sayangcafe KK12 lebih ni .
 
so kalian kalian , jom la jemput makan di KK12 . hik hik :D
Photobucket

2 comments:

  1. cik abg aku cakap mahal lahh . mai penang lg murahh woo :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal ?aku rasa boleh blah la . xde la mahal pun..

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)