Assalamualaikum :3
Heh , kalau nak tahu hari ni aku dah pecah mask bilik sendiri . sangat tak bermaruah okay . petang tadi nak cepat pergi kuliah , pum pang pum pang terlupa bawak kunci . lupa pulak nak text roommate bagitahu aku tak bawak kunci . tetiba balik dari kuliah tak leh masuk bilik .
call Ika banyak kali tapi tak angkat . puas aku terintai intai dari bawah pintu nak tengok ada orang tak . tapi macam takde je . last last ketuk pintu bilik sebelah , and try pecah masuk ikut pintu balcony . alhamdulillah tangan jiran aku panjang , so dia dapat bukak selak pintu tu . kami terpaksa bukak kaca tingkap so dia dapat capai selak tu .
nasib pagi tadi aku tetiba ada kesedaran nak selak langsir and buka tingkap . selama ni tingkap bilik kami tutup je . redup je bilik. baru ada feel nak tidur , memandangkan aku and Ika dua dua kuat tdur . hewhewhew . makanya tingkap tak berkunci . kalau tak memang tak la aku nak dapat masuk..
baru tadi Ika call . ghrupenye dia pergi berjimba tengok movie . budak ni pantang free sikit hilang aje . nasib aku ada bakat pecah masuk . muahaha . sebab selalu time balik sekolah tertinggal kunci . so aku memang pro bab pancat pagar pecah tingkap capai capai semua ni. harap maklum .
so attention to all KK12-ians , sila kunci tingkap anda . sebab kalau tak kunci , individu individu berbakat macam I dengan senang boleh pecah masuk ke bilik anda . sebagai langkah keselamatan dan berjaga jaga , plis . and plis jangan lupa bawak kunci kalau anda tidak berbakat seperti saya =..=''
haha !!!
ReplyDeleteape gelak gelak ? haha
Delete