April Haul

Assalamualaikum readers :3

Hey , sedar tak sedar bulan April dah pun tiba ke penghujung . heh , bagi manusia yang cuma bangun tengah hari dan goyang kaki di rumah macam aku ni lagi lah tak sedar cepatnya masa berlalu . rasa macam baru je semalam habis SPM . pejam celik pejam celik eh dah nak masuk bulan May ghrupenye . mujur ada interview bagai tu . kalau tak , lagi lah aku tak sedar yang dah dekat sangat dah untuk daftar masuk U . lepas ni no more budak sekolah . titew jadi student U lah pulak . teehee ~

cakap pasal bulan April , agak banyak jugak la benda aku beli bulan ni . ok tipu . sebenarnya tiap tiap bulan pun banyak yang aku beli . hahahak

*gambar cantik credit to pakcik gugel*
aku tak sure ni model apa sebenarnya . kikiki .

aku ada mention pasal nak cakap pasal baby baru kan ? haa , ni la baby baru aku . ahak ! so kalau korag asyik nampak aku online sampai subuh , sila faham faham sendiri lah sekarang apa sebabnya . aku pun tak tau kenapa aku pilih lappy warna biru -,-'' . actually niat nak cari warna putih . then aku jumpa asus v45 , white in colour , nice jugak la . tapi disaat aku tengah nak menconfirmkan dengan tauke tu yang aku nak asus v45 , teeett , mata aku ternampak pulak makhluk acer aspire ni . mula mula nampak warna purple . macam cantik . usha usha tauke tu pun cakap lagi ok kalau angkat acer ni . lagipun dia lagi nipis and ringan . tauke tu dah tulis dekat resit warna purple , teettt , tetiba aku tukar keputusan last minute nak ambil warna biru .

sampai sampai rumah... eh kenapa aku beli lappy warna biru ni . aku langsung tak minat biru ok . err , kenapa ?? kenapa ?? jadi aku pun pejam mata dan pakai lappy ni dengan harapan peminat tegar biru akan jeles bila nampak aku pakai lappy warna biru . kalian kalian , harap jeles =..=''


earphone. nah ambik setepek tayang gigi jarang -,-



novels . bittersweet and the wedding breaker . ok aku pun tak tahu kenapa mesti posing macam tu -,-''


kasut vern's . just RM19.90 ok . dia kasi rebate RM20 . so memang aku grab je lah . muahaha . geram nak beli dua . tapi tadi aku nampak vern's Jengka pun ada buat sale . macam ada jugak rebate tu . nak pergi beli seketul lagi la nanti . teehee ~

shawl . 
masa nak beli rasa macam eh lawa la shawl ni . mesti cantik kalau aku pakai corak bunga bunga camni .
bila sampai rumah...
hoi buruk gila shawl ni ! apsal la aku pilih corak ni tadi . belambak corak tribal cantik cantik aku pergi beli jugak corak bunga macam baju nenek nenek ni apsal ???

tudung syria hitam memandangkan aku punya dulu dah lesap .

hahahaha . macam sengal je entry ni . maaf kualiti gambar yang macam haram . maklum pakai webcam je . selain dari malas nak snap guna camera , nak transfer ke lappy lagi and nak upload lembab , aku jugak saje nak tepek muka sakai banyak banyak dekat blog ni . ahak ! jadi konon konon nak tunjuk barang padahal tuannya yang posing lebih . kalau dah bosan pukul 3 pagi gini la gayenye .

sorry. kbye. (jelasnya pipi tembam sebelah -,-)


next entry : preview garnier pure . *bajet bajet lisa surihani promote garnier


Photobucket

Pengalaman ujian FELDA


Hari ni hari jumaat . semalam hari khamis . kelmarin hari rabu . yes , hari rabu . mari kita bercakap tentang hari rabu :)

Ok , temuduga felda ni bukan calang calang ok . korang nampak je felda tu macam sedey . tapi disebalik pokok kelapa sawit dan getah tu , hoi kemain loaded felda  sekarang tau . pegawai felda bonus gaji lima bulan kot ! jangan main main . 

seramai lebih kurang seratus yang datang , dia cuma nak pilih sepuluh orang je . dengar fakta seram ni aku serta merta rasa macam tawar semangat . tinggi betul saingan . memang susah la nak dapat . pulak tu yang datang rata rata semua straight A's memandangkan syarat memohon 8A ke atas . pulak tu belaka dari sekolah hebat hebat . MRSM , SBP , Sri Puteri , bla bla bla . aku sekolah harian je . ok , up la sikit .sekolah rancangan khas . tskk . masih tak dapat lawan diorang . 

sampai dekat ibu pejabat felda , kami semua menuju ke dewan perdana . hoi cantik kemain dewan tu . depan dia ada air terjun aka kolam . rasa nak masuk je dalam tu . hihi , aku memang pantang tengok kolam ni . geram nak main air . pum pang pum pang daftar . dalam area pukul 9.30 , kami semua masuk bilik perdana kot nama dia . mula mula tu test esei . 

soalannya... jeng jeng jeng..

ok aku dah lupa soalannya -,- tapi soalan tu mintak kenapa kita patut dipilih sebagai pemegang biasiswa FELDA . not more than 600 words . in english . hahahahahah . memang aku tak pandai nak puji diri sendiri . maka haruslah karangan aku menyimpang jauh dan kontot je . mungkin 300 words ? or less -,-''

then rehat . ada minum pagi . woot woot ~ ni yang I sayang FELDA ni . hihik . semua makanan tu disediakan oleh d'saji felda . memang sedap lah kan . yang aku suka sebab ada sandwich tuna dengan teh susu . hoi feveret tuu . tapi titew malu nak tambah . cedih :'(

then , pukul 11.15  masuk balik bilik tu untuk test objektif pulak . semua soalan tu menguji kemahiran bahasa inggeris kita lah . ye lah , konon nak pergi oversea . kalau bi hancus , memang tak dapek do . ada 120 soalan . masa yang diberi 2 jam 30 minit. lebih dari cukup kot . section A uji kemahiran listening . dia kasi kita dengar conversation , then jawab soalan . boleh dengar sekali je . so memang kalau kita tak faham conversation in english , memang tak dapat jawab . alhamdulillah aku faham je semua yang diorang cakap just dia ada banyak conversation . bila part conversation in biology class , english class and what so ever class agak sukar la . pasal diorang dok borak pasal term term biology . mampus eden tak faham sebab tak belajar lagi . cuma dalam hati berkata "kau borak mende ni ha sengal ???"

section B cuma uji grammar . section C pulak comprehension . boleh laa . cuma yang esei tu je lah yang aku spoil sikit . huhuhu . lepas habis test , ada makan lagiiiii . ni yang I sayang kuasa dua dekat felda ni . muah muah . macam tau tau je I tengah kebulur . time test objektif tu , perut aku menyanyi bajet macam shila amzah . dah la kuat . banyak kali pulak tu berbunyi . sampai sekali tu , kuat sangat sampai orang sebelah dengar . then dia pandang aku . aku buat tak reti je . pura pura tak ada pape jadi . maluuuu pasal bunyi perut aku serupa bunyi kentut . mesti dia ingat aku kentut . ahh , jatuh saham !

ala tapi aku lupa nak tangkap gambar makanan tu semua . pasal pinggan aku tak berseni langsung . nasi goreng dua senduk , mihun goreng dua senduk . telur mata kerbau sebijik . ayam goreng tepung seketul . fuhh , memang penuh la . beserta air klise , air sirap . memang makan tak ingat dunia la pasal dah kebulur sangat . time makan tu tetiba ada pulak sorang mamat ni mintak nak duduk kat kerusi sebelah aku pasal tempat lain semua dah penuh . aku pon "ha duduk la . tak de orang pun" dan terus sambung makan dengan lahapnya . tiada sapaan . tiada senyuman . pandang pun tidak . cuma fokus kepada nikmat mencekik makanan free ni . nyumm ~

so bagi aku , temuduga (ujian) FELDA ni dapat 4/5 bintang la . nak kasi 5 bintang pun boleh . haha . kiranya setaraf la dengan temuduga UTP . layanan dia pun baik . tempat pun selesa . dalam hall tu je . makan pun sodap . dah macam dekat hotel je . eh perasan tak bila aku pergi temuduga aku bukan fikir pasal temuduga tu tapi aku sibuk menilai servis dia . makanan dia yang penting . hahaha . 

harap harap temuduga dekat UM minggu depan ada makan makan jugak :P

Photobucket

Just that ?



letak gambar telefon merah ni dengan harapan suatu hari nanti aku boleh masuk kat dalam tu untuk mengedik selca masuk instagram . ok , motifnya yang bergambar je dengan public phone ni . bukan nak guna pun . nampak tak jakun -,-''

ok , ini entry pantas . maybe petang ni insyaallah I akan berambus dari rumah untuk pergi ke... ke... err , actually tak tahu lagi nak pergi mana . pokoknya esok nak kena ada dekat ibu pejabat felda di Kuala Lumpur tepat pukul 8 pagi . so , malam ni nak tidur mana ? err , rumah mak uda kot . tak kan ayah tergamak nak ajak aku tidur dalam kereta ? jatuh la reputasi I selaku pwincess . ahak .

so tak tahu lagi petang ni atau subuh esok nak bertolak . eh , bukan ni yang I nak cakapkan . tapi pasal telefon . phone call to be exact . haish , manusia sejagat , peliss la . kalau setakat nak tanya satu soalan , tak payah la nak call . pulak tu call time tengah hari  .

hari ni acara masak memasak aku sangat terganggu . tengah seronok seronok golek golek ayam atas tepung tetiba Huda gegar pintu rumah macam nak tercabut . tahu la baru balik sekolah . sabar la kejap . tengah nak bukak pintu telefon rumah pulak berbunyi . berlari pulak angkat telefon . angkat angkat soalannya satu je .

"Assalamualaikum . boleh saya bercakap dengan Nur Jannatul Husna binti Zazali?"
"Ya saya ?"
"saya dari institut pengajian tinggi bla bla bla bla saya nak konfemkan keputusan SPM adik"
"hah ? (alamak ayam aku hangit) err , 9A"
"Oh , ok . tahniah ya . ok terima kasih"
tuuuuutt tuuuuut......tuuut

ek eleyh , tu je ke ?

baru aku nak angkat ayam yang separa hangit . handphone pulak berbunyi . ahh , memang malas la kan nak angkat . handphone senyap telefon rumah pulak menjerit . grr , kenapa semua orang dengki aku nak goreng ayam ni ????

"Hello???"
"Hello Husna . tengah buat apa tu ?"
"Goreng ayam =..="
"ohh , ayah nak tanya ni . macam mana nak kira ek . kalau 44% = 339 . kalau nak 100% macam mana?"
"lerr . 100 per 44 darab la dengan 339 tu -,-"
"ok , nanti salah kira ayah call semula"
tuuuuutt.....tuuttt... tuuuutttt...

itu je ? rasanya meja ayah sebelah meja cikgu matematik . ataupun dekat library tu ramai cikgu math . kenapa mesti call aku semata mata untuk itu ?? kenapa ?? waaa . lepas ni time aku goreng ayam aku nak cabut batery handphone , cabut wayar telefon rumah , tampal notis dekat pintu suruh Huda sabar kejap.

konklusinya , ayam aku dah hangit . kbye.

P/S: next next next entry aku nak tayang dekat korang baby baru aku . aww aww ~ 
Photobucket

Question from ask.fm

Assalamualaikum :3

hampir lupa pulak nak jawab untuk satu soalan di ask.fm ni . and again , soalan pasal Abang Po . kenapa lah femes sangat Abang Po ni ? tak ada pun orang nak tanya soalan pasal I . sedih tahu . tskkk .

So the question is...

I've done follow ur blog and read almost of your post . then nak tahu lah kan , mcm mane boleh kenal abg Po . pena tak kantoi couple dgn cikgu2 dkt sekolah ? then , bila kantoi , tindakan ape yg pena awk kena ?

oh thanks for following my blog . ahak ahak . tak penat ke baca hampir semua post dekat blog ni yang 99% daripadanya just merepek ? kui kui . so , ayuhlah kita merajinkan diri menjawab soalan pasal Abang Po ni . again . asyik asyik Abang Po . mentang mentang dia buncet . eh ? hahaha


macam mana boleh kenal ? kami satu sekolah . of course kenal . I kenal dia since form 1 pasal kami satu kelas . but masa tu ah benci gila dengan dia ni . suka kacau orang je kerja . then kami pun macam tak ada lah baik mana pun . just classmate . then form 2 kami kelas lain lain dan memang langsung tak pernah bertegur pun seingat I . dunia I and dunia dia memang tak pernah selisih pun . hahaha . masuk form 3 , kami sekelas balik . pum pang pum pang tup tup couple . aku pun pelik macam mana boleh lepas couple dengan makhluk panjang ni -,-''

pernah tak kantoi dengan cikgu ? hoi , kami ni kantoi dengan satu sekolah kot . semuanya gara gara kes party hari jadi vs majlis perpisahan yang kami buat kat KFC . ahh , tak pasal pasal kena panggil dekat sekolah pasal tu . cikgu , pelis lah , you tak ada hak nak campur urusan luar sekolah kami okay . pulak tu tuduh kami buat party yang kononnya syarat dia kena bawa pasangan masing masing . ahh , sabet kesalahan apakah ini ????

sebab tragedi tu maka kantoilah kami ni couple . habis semua cikgu cikgu and warga sekolah sejagat tahu . kecoh pulak tu . they like.... what ?? Husna couple ? dengan Taufiq ??? ohemjiiiii ~~ pasal I kan kononnya pelajar cemerlang yang ulat buku serta skema serta nerd . siapa sangka yang aku ni gatal jugak orangnya ? kahkahkah .

nak menambah perisa dalam cerita ni , ayah I pun cikgu di sekolah tu . makanya haruslah dia jugak tahu dan malu . kesian ayah . tapi ! hoi ada tapi . nasib naik aku dah bagitahu dekat ibu and ayah yang aku couple . kira cubaan berani mati jugaklah aku dengan sukarelanya bagitahu parents aku yang aku ada pakwe . nasib tak kena gulai . dan ayah aku yang hantar aku sendiri pergi party KFC tu . so bila kes ni kecoh kat sekolah , aku rilek je and ayah pun buat tak tahu . hahahaha . mujur ~

tindakan yang dikenakan ? masa kantoi tu  , kami kena isi satu borang pengakuan . nak kena merit lah kot gamaknye . tapi memang tak sabit gila ah , pergi sambut hari jadi kawan dekat KFC then kena panggil and di merit kat sekolah . what the... then kami kena suruh pergi mintak maaf dekat semua cikgu cikgu yang mengajar . sebab ? kami bercouple and keluar makan kat KFC secara berjemaah . ada kaitan ke ? aku pun pelik kenapa cikgu cikgu aku begitu complicated . tak faham aku . haha . so pergi jelah mintak maaf .

tapi bonus sebab aku comel budak baik , tak ada pun cikgu yang marah aku . ahak ahak . semua orang tak puas hati dengan aku time ni . orang lain bukan main cikgu cikgu marah sampai kena paksa putus segala . tapi aku dengan Abang Po ilek je . siap ada cikgu yang support kitorang lagi . siap doakan kami kekal lama -,-''

and sejak tu , tak payah lah susah susah nak berselindung lagi . semua cikgu dah tahu . bila naik form 4 and form 5 pun , cikgu cikgu yang baru mengajar kelas kami pun masuk masuk dah tau kami couple . ahh , ni sah kes cikgu cikgu bergossip dekat bilik guru . dan diorang pun tak pernah marah pasal kami dua dua budak baik . teeheee . lagi kena usik dengan cikgu ada lah . dan Abang Po pun bila cikgu tak kesah macam tu , eh lagi dia naik lemak mengada ngada dengan aku even depan cikgu . konon nak tunjuk sweet . haish , jangan la macam ni . malu titew . sweet sweet kat rumah sudahlah . kah kah kah krohh krohh .

ahh cukup lah tu ! makin panjang entry ni makin bertambah loya orang orang nak membaca . sorry lah . maklum , Abang Po pergi PLKN . bila lama tak jumpa ni , mulalah aku meroyan sorang sorang mengimbau kenangan silam . ahak !



Photobucket

Gara gara berus gigi

Large



Kelmarin , subuh buta aku dah dikejutkan dengan mesej dari Abang Po . can you imagine , belum pun pukul enam pagi , aku terima mesej yang penuh dengan maki hamun sumpah seranah segala . dan dengan mamainye aku pun macam... apa kes orang tua sorang ni menyumpah pagi pagi ?

ghrupenye berus gigi dia hilang . kakakakaka . puas aku gelak guling guling atas katil . gara gara berus gigi hilang habis dia menyumpah pagi pagi buta sampai semua keturunan pencuri tu dia sumpah . ok , ini gerun . nampaknya terpaksa lah aku potong "sorok berus gigi" dari senarai prank lepas kahwin . aku tak sanggup kena sumpah macam tu =,=''

pulak tu pandai betul pencuri tu pilih berus gigi . pasal berus gigi tu mahal , baru je pakai tiga hari . hahaha . time kena curi tu dah siap letak ubat gigi pulak tu . hahahaha . nasib you lah Abang Po . nasib belum campak dalam tong sampah lagi berus gigi lama . boleh pakai semula . moral of the story is , lain kali kalau nak pergi berak jangan tinggal berus gigi atas tembok , nanti lesap .

tapi pelik betullah . kalau sabun or pencuci muka yang hilang tak pe lagi . ni berus gigi . yucks ! bekas mulut orang kot . so disgusting okay . even aku pun tak tergamak nak guna berus gigi family aku even berus gigi tu baru sekali guna . sangat tidak bermoral ok curi berus gigi orang . hish .

oh btw , tahun ni aku tak buat pun entry pasal anniversary kan ? nak kata busy tak jugak . lebih kepada malas . ahak ahak . lagipun time tu kalau tak silap aku dekat kampung . and agak busy jugak lah apply scholar sana sini pasal baru dapat result .

so , selamat 3 tahun dan 25 hari ! semoga tahun depan depan akan ada selamat empat tahun , selamat lima tahun dan sampai satu masa akan patah balik kepada selamat satu tahun . why ? yelah , takkan nak couple forever . nanti jadi selamat satu tahun perkahwinan pulak . kahkahkah . okay ini dah ada ura ura nak menjurus ke arah entry miang .

nasib Abang Po dekat PLKN so tak dapatlah dia baca entry separa miang ni . fuhh . kalau tak habis aku kena ejek . cakap pasal ejek , oh damn I miss school . dah lama gila tak kena buli dengan Abang Po . tak kena usik tak kena kacau tak kena ejek tak kena buli . dan tak dapat nak membuli Abang Po and Cik Naga .  sekarang ni hidup macam mendatar je . tak ada benda benda yang seronok pun . relationship pun sekadar on phone . jumpa jarang jarang . sejak dia masuk PLKN ni lagi lah langsung tak jumpa . dengan Cik Naga pun gossip dalam mesej je . aish , rindunye nak lepak sama sama :(

Photobucket

Temuduga UTP & Mara

Assalamualaikum :)

Hari ni aku nak share pasal pengalaman interview UTP and Mara . mana lah tau ada orang berminat nak tau ? kalau tak berminat pun baca jugak !! tak kira !!

Ahad lepas (14 April 2013) aku ada Educamp UTP . and Selasa (16 April 2013) aku ada interview Mara pulak . Memaaaaang padat . mujur tak straight or bertindih . so interview UTP and Mara memang sangat sangat sangat berbeza . You can see dengan jelas beza pengurusan kerajaan dan swasta . sangat berbeza ok .

we start with UTP first . mula mula aku tak tau pun UTP tu duduk celah mana dekat Malaysia ni . I thought dekat selangor . ghrupenye dekat Perak baq hang . jauh nun dari Pahang . Makanya memang aku terpaksa bertolak hari sabtu memandangkan Educamp tu start pukul 7.30 pagi.

sehari sebelum tarikh pengumuman keputusan permohonan pihak UTP dah hantar mesej cakap boleh check status permohonan esok . esoknya dia hantar mesej lagi cakap oleh check hari ni . lusa pun mesej lagi Tanya dah check ke belum . caring sangat . haha . then dia siap bagi tu peta nak pergi UTP . cara cara pengangkutan awan . anggaran tempoh dan tambang perjalanan . senarai hotel dan homestay berdekatan . kiranya memang don't worry lah . untuk yang duduk area UTP tu dia siap sediakan bas lagi untuk bawak kita pergi sana . sangat terurus ok .

So pagi tu , aku sampai dekat dewan canselor tu dalam area pukul 7.30 +- la . tu pun aku dapat group C . tskk . makanya terpaksalah interview sesi petang . tapi takpe , boleh ilek ilek dulu . walaupun beratur panjang nak mampus buat bulatan sebesar besar dewan tu , tapi sekejap je dah siap . kiranya laju la sesi pendaftaran tu . Time aku beratur , depan belakang aku dua dua lelaki . depan melayu , belakang india . dan gua cakap sama lu , mereka sangat tinggi . aku ni tak sampai bahu mereka pun . makanya aku kan tengah tengah tu nampak macam kanak kanak yang tersesat . tskk :(



ini dewan canselor kalau nak tahu . sangat besar k . belah kiri ada dewan lah . belah kanan is library . so nice weh library dia . aku feeling macam library hogward versi moden dah . haha *gambar gugel saja*

then , ada sesi taklimat dalam dewan . dalam tu sumpah cakap sejuk gilaa . aku tak tau lah kenapa semua dewan besar or cinema suka pasang aircond kuat kuat . bajet kami ni ayam mentah kah ? kalau tak sejuk nanti busuk .

pot pet pot pet selesai sesi taklimat pada pukul 11.30 pagi . then group A and B dah berambus naik bas pergi ke blok B bagi sesi temuduga . bagi group C D E kami boleh la mencekik dulu dekat masjid . dia ada sediakan lunch ok . kalau ekcen tak mau makan benda free jangan risau , belambak café dekat situ . murah murah lagi . sepanjang menunggu tu , ada pertandingan mewarna and campus tour . dia siap sediakan bas lagi untuk mak ayah pusing pusing UTP . kalau malas , boleh lepas dekat masjid terapung dia . best tidur , pasal ada air cond . haha . kiranya memang tak mati la menunggu .

then pukul 12.00 , masa untuk group aku pulak daftar . mula mula tu dia pecah pecah kepada kumpulan kecik . group aku ada lima orang . dua perempuan and tiga lelaki . aku kenal yang perempuan tu je pasal kami dah bertegur time menunggu . nama dia Aisyah . sorang laki india nama dia Raaga kot . lagi dua tu aku tak tau . pasal kami semua malu malu kambing je nak berkenalan . atau masing masing sombong maybe ? haha .

then , kami diberi satu case file . tajuk dia REFUGEES . me like... what the heck refugees means ??? ohemji mati la aku T_T then mujur faci tu terangkan maksud refugees . pasal dia tak mau kami confuse between refugees and pendatang haram . refugees means pelarian . fuh , lega . hahaha . so berdasarkan logic akal and ada sikit article pasal refugees kat kertas dia bagi tu , dapat la aku goring idea .

15 minit lepas tu , group 14- 19 kalau tak silap dipanggil ke waiting room . aku dapat group 15 . masa tu memang jantung aku dah tak berapa nak stabil . makanya aku bedal borak dengan orang sebelah . lantak pi lah dia laki pun . hahaha . kalau bercakap kurang sikit neves . then sorang orang dipanggil ke bilik panel untuk ditemuduga . dia suruh explain pasal diri sendiri , families , school , cocuricular , bla bla bla . then straight to the case file .

lepas habis interview sorang sorang , dia panggil pulak satu group masuk dalam bilik panel tu . then kami kena discuss pasal tajuk tu . time ni kita kena banyak bercakap la . cakap je semua idea yang ada . jangan malu . dan jangan pulak asyik you je yang cakap . sampai orang lain tak boleh nak bercakap . yang paling penting jangan potong ayat orang . nanti kena tolak markah . time ni india tu je la yang banyak cakap . aku mungkin di tangga yang kedua . haha . siyes aku tak faham ape india tu cakap . aku just , oh yes yes . I agree with your idea . dalam hati apo la yang ekau koba kan ni ha .

the end . habis interview grouping semua boleh berambus balik rumah . selamat tinggal UTP . keputusan akan diumumkan 30 April ni . doakan aku diterima lah ya .

INTERVIEW  MARA

interview mara ni nasib baik kawan aku tanya aku dapat ke tak . pasal kalau dia tak tanya , memang aku tak kan tau yang status permohonan dah boleh check . senyap gitu jaa . so interview mara bertempat di Kolej Politech Mara Bangi bagi Zon Tengah . no peta , no what ever . dekat block mana pun dia tak bagi tau.  just kasi alamat . nasib baik dah biasa pergi Selangor . tak ada lah sampai sesat nak cari .

interview aku adalah pukul 6 petang . peh peh peh . memang beruban lah kan nak tunggu . nak nak aku sampai sana awal dalam pukul 2 lebih . pasal takut lambat lambat karang sesat lah traffic jam lah . tak ke naya . so aku pun lepak je lah dekat surau sepanjang menunggu tu . memang panas lah kan . kipas pun ada berapa ketul je . belaka duduk tepi tiang pasal nak kipas .

tepat pukul 4.30 aku dah terpacak dekat depan dewan . pasal dah bosan menunggu . tapi ghrupenye bleh daftar pukul 5.15 . kena tunggu lagi ! dah la dia cuma pasang dua tiga khemah depan dewan tu . kerusi pun tak cukup . mak ayah belaka lepak tepi bukit . duduk atas rumput . feeling macam nak piknik gittewww . makanan pun tak ada disediakan . ada la dua tiga gerai jual burger and air . just that .

pukul 5.15 daftar , pukul 6 masuk dewan . sekali masuk masuk , ghrupenye test bertulis . 50 soalan bi , 50 soalan bm , dan esei pendek . soalannya suruh describe yourself in five years time . in one hour ! hell yeah puas aku mengemis pemadam dekat orang . nasib bawak pensel . pulak tu ada pulak soalan mengira ni . memang aku bawak calculator pun kan . hentam je lah . dia lebih kurang macam IQ test la . soalan bm kacang je . tapi soalan BI a bit tough la .

pukul 7 siap . terus boleh balik . tapi aku kecewa sikit la dengan interview mara ni . rasa macam dah tak ada harapan pun ada . pengurusan macam entah pape . mati mati semua orang ingatkan interview lisan . dia tulis dekat slip tu pun panggilan temuduga . belaka dress up macam nak pergi temuduga siap pakai blazer segala . rupanya test . lain kali mention lah awal awal . ada test kena bawak calculator bagai . nak pergi interview kita tak expect pun kena mengira kan . soalan pulak banyak ke arah usahawan perdagangan bagai , and ICT . memang ada kaitan sangat . haha . dalam tu belaka apply medic and engineering . mana ambil account or perdagangan and ICT kan . gilos .


cuma tu je interview mara . macam entah pape pun ada . padahal interview untuk luar negara. so aku memang tak berharap sangat la . kelengkapan pun tak cukup . ada rezeki dapat la . berdoa and tawakal jelah . hehe .

so kita memang boleh nampak jelas la kan . beza pengurusan kerajaan and swasta . sebab tu kos belajar pun berbeza . ahak ahak . tapi dekat UTP even mahal tapi puas hati la . facilities lengkap . kampus cantik . lagipun UTP well known as a engineering uni . next week aku ada interview dana felda pulak . wish me luck . daa ~

Photobucket

Nervous

Assalamualaikum :D
Haish... aku sangat neves sekarang . ok , tak lah sangat . tapi agak la . hehehe . Ahad ni , aku akan ke EDUCAMP untuk temuduga UTP . seriously aku tak pernah pergi sebarang temuduga . aku jugak jenis yang tak outspoken . aku gugup dengan benda benda macam ni . sebab tu aku blog not vlog . haha .

dah la Ahad ni ibu tak ada . Ibu pergi belajar Ahad ni . so keadaan jadi messy sikit la . Hajik terpaksa dihantar ke rumah pengasuh . I've to go with my dad and sis . you know bila ibu tak ada semua benda pun jadi serabut . haha . dah la kami terpaksa bertolak esok pasal pahang ke perak jauh jugak . kena daftar pukul 7.30 pagi . kalau nak bertolak hari Ahad pukul berapa nak kena bangun -,-''

mula mula tu aku tak de lah fikir sangat pasal temuduga ni . tapi tadi bila aku buat research sikit , habis semua gubra neves cuak ketaq lutut datang . temuduga ni quite tough jugak la . pasal of coz , fully in english . heh , memang I selalu speaking pun dekat rumah . dah la lama tak jumpa kawan kawan or ape , so memang akan tergagap la kalau nak speaking tu . then dia akan bagi satu topic and kita kena hurai atau bagi jalan penyelesaian .

aku dah lama tak catch up dengan isu semasa . lepas SPM ni aku just membuta je dekat rumah . I gain nothing except for weight . benda benda pasal fizik kimia bio tu semua pun dah semakin luput dah dari ingatan . so aku jadi sangat neves kalau aku dapat tajuk yang susah then aku tak boleh nak hujahkan . dah la in english . kalau BM boleh la jugak aku nak goreng kan .

then soalan pertama dia akan suruh kita explain about ourself . heh , what to explain ?

Hi my name's Nur Jannatul Husna binti Zazali . I live in Pahang . I love pink . and I love food . my fav food is bla bla bla bla . my fav drink is bla bla bla . and oh ya I think the best chicken chop is bla bla bla . I don't like to eat bla bla bla . eh you know the food if we bla bla bla .

can we just talk about food ? please ????? *wink wink*


Photobucket

Kenapa Abang Po ?

hambek kau title tak boleh blah . tak pe , Abang Po tak tau aku mention nama dia dekat title blog . lagi tiga bulan baru dia tau . so hell yeah I'm save and free to kutuk kutuk him dekat blog . muahahaha . kalau dia tau mesti dia bersungut then nak balas dendam .

ramai orang tanya , kenapa Abang Po ? Siapa Abang Po ? apa nama betul dia ? memang nama dia Po ke ?
wuuut , lek luh . nama dia bukan Po pun . kalau nama dia memang Po , Po apa ? saipo ? polan ? hahaha , ini macam sesuai . pocong ? too scary . pontianak ? ohemji . polong ? eh kenapa semua naik nama hantu je ni ? seram pulak I . lagi lagi sekarang pukul satu pagi -,- *pandang kiri kanan*

if you memang pembaca setia blog ni , Abang Po is just orang yang sama dengan antu galah . but since kami mengalami kisah menyayat hati lagi tragik dulu , aku dah stop mention dia as antu galah . i start it with a new name . one sebab aku malas nak kecoh kecoh yang kami couple balik . two aku seronok pulak tengok kawan kawan aku dok kecoh ah siapa pulak Abang Po cuna ni . and bila diorang tanya Abang Po sendiri dia pun pura pura tak tahu and konon bersedih yang aku dah ada 'abang' baru . siap mintak tolong budak budak ni cakapkan tahniah lagi dekat aku . heh , good actor aren't you ?

three aku pun naik seram dok seru seru antu galah hari hari *pandang kiri kanan lagi*

siapa nama sebenar Abang Po ? actually nama Abang Po memang tak sedap . sebab tu malas nak mention nama dia . so kita kasi nickname jelah . nama dia is muhammad sameon latip . ok just kidding . ada ke lagi orang muda nama Sameon sekarang ? zaman sekarang ni nama anak kalau boleh nak tiga baris . akan datang saiz kad pengenalan terpaksa dibesarkan . rentetan nama orang semua dah berbaris baris . nama anak dah tiga baris . nama bapak pun dah dua baris setengah . mujur dalam IC letak bin bapak je . kalau bin bapak bin atuk sekali , ada harapan nanti IC kena pakai saiz poskad .

eh panjang pulak aku membebel pasal saiz IC -,-

ok ok . nama sebenar Abang Po is Taufiq . Ahmad Taufiq Hafeez . but you can call him gemok . or panjang . or buncet . or whatever lah like I do . hahaha .

kenapa panggil Abang Po ? sebab I was thinking of a name to mention him . then dia ada teddy bear . named Po . later he gave me Po . for no reason . and now Po dan jadi bear busuk aku . haha . I have no bantal busuk . I just have bear busuk . dan tak pasal dia suka jeles dengan Po sebab asyik berkepit dengan aku . siapa suruh bagi . haha . so I think he was like the bro to Po lah . alah , macam girl kan selalu konon konon bear tu semua anak anak dia . and mention diri dia sebagai mama lah konon . so , Taufiq ni macam Abang lah konon kepada si Po ni .  kalau nak letak Papa Po karang tak sedap pulak bunyinye kan . hahaha .

so actually it is Abang kepada Po . Bukan nama dia Po and I call him abang so dia jadi Abang Po . no no no . tak kuasa aku nak panggil dia abang . dia just tua enam bulan je dari I . tak layak nak dipanggil Abang . panggil pakcik sesuai lah . hahaha . ok tak lawak kan sebenarnye -,- tapi... ahhh , gua tak kira baik lu gelak sekarang !

Photobucket

Alhamdulillah fail :B

Assalamualaikum sayangs :)
I'm thinking about making some videos or vlog coz recently I always lazy to type . but because my voice just so merdu takut nanti korang semua tergoda and my face so cute nanti semua orang akan terpikat , ayuh kita sama sama lupakan hasrat suci murni tu . tunggu suara I berubah jadi macam suara dalam iklan and muka I jadi cantik macam hanis zalikha then I vlog . teehee ~

semalam kan , itew kan , ada test JPJ *cakap dengan muka bersungguh*
mula mula tu kan , itew ilek je . sekali bila sampai turn itew , ketaq lutut cek bak hang ! bertambah cuak bila tengok orang sebelum tu naik bukit pergi bantai langgar line tengah . yess , bukit tu ada dua jalan memang dua dua untuk kau lalu sorang sorang . terus fail .

makanya aku pun takut takut la nak naik bukit tu.. sekali naik , demm tak sampai line kuning . dengan sweetnyer aku pandang pakcik JPJ tu and cakap "nak undur balik boleh ? *wink wink*" cubaan kedua , tayar cecah sikit je dekat line kuning ni . alah tayar ni , malu malu pulak nak kawan dengan line kuning . aku sepak karang ! dah fail.. tskkk T_T

pakcik JPJ tu pun cakap dengan sweetnye "awak ni break awal sangat.. lain kali depan sikit sampai nak dekat tiang tu..." slow je dia cakap . ololoh . terharu I pakcik . sebab orang lain yang tak sampai line semua kena jerkah "awak tak nampak line tu jauh lagi ??? undur balik !" gerun i'olls . ingat cakap sweet sweet dia nak kasi lulus . ghrupenye fail jugak . hahaha . ntah pape . 

makanya dengan senyuman gua meninggalkan kereta tu atas bukit dan jalan ke bawah . and ada pakcik lain datang ambil kereta tu bawak turun . feeling boss pulak . hahaha . and semua orang dekat pondok menunggu tu tengok haku sengeh sengeh je . asal ? muka aku bertukar jadi selena gomez ke semua nak pandang ni ?

test bahagian 3 pulak , nasib baik aku tak neves . pasal mula mula tu pakcik jpj tu suruh tunggu dalam kereta . dia pergi berak dulu gamoknye lama aku tunggu dia tak muncul muncul . then aku start je drive , keluar je dari simpang driving school tu , dia dah bersandar . kaki pun dah silang santai gila . tak sampai lima minit..... 

"krohhhhh... krohhhhhhhh......."

me like... vat da ???? kau boleh tidur time aku bersungguh test ni ??????? siap berdengkur lagi T_T

makanya sepanjang perjalanan aku bawak slow je . tak nak bagi pakcik tu terbangun . nanti karang banyak pulak salah aku dia nampak . dan nasib baik aku dapat jalan A . walaupun jalan A semua orang cakap susah pasal banyak kena keluar simpang besar , tapi bagi aku tak de hal pun . tunggu jela sampai semua kereta ghaib . jalan B lagi susah pasal jalan dia tak cantik then aku tak hafal jalan :P

dan yess , lulus jugak bahagian 3 . kalau dua dua fail malu lah I . hahaha . tak gangster la kalau satu pun tak lulus . tapi yang aku tak puas hati pakcik JPJ tu pergi pangkah dekat check side mirror . padahal aku dah check dah . wuuuu . ni mesti dia tidur or mamai time aku check tu . saya bangkang ! saya bangkang yang arif  ! ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku.....


dan bila aku bagitau cikgu aku yang aku fail....

"iye? kalau macam tu nanti minggu depan jannatul kena test lagi la . hari isnin belajar ."

"cikgu orang JPJ tu tadi tidur je dalam kereta . siap berdengkur lagi !" *semangat gila cakap*

"iye ? mujur la macam tu...."

lepas tu senyap . sepi . cikgu ni memang tak peramah langsung . bosan aku -,- dia asyik main note II dia tu je . mesej awek lettew . tau la nak kahwin . rambut pun dah baru . hari tu rambut dia leper je . tetiba baru ni dia potong rambut and buat pacak pacak sikit . geram je aku nak tegur rambut baru dia . bila aku tengok dia mesti nak ketawa sebab teringat rambut lama . hahaha . 

btw , facing failure tak lah teruk sangat . aku ketawa je bila fikir yang aku gagal . haha . aku tak faham kenapa orang mesti sampai menangis nangis . it's not the end of the world pun . esok lusa boleh cuba lagi . peluang bukan sekali tu je . come on la . even jujur ini test pertama yang aku pernah gagal seumur hidup , tapi aku cool je . fail itu style . wakakaka XD



Photobucket

Chill lah



Hoi hoi , siapakah gerangan orang yang comment "sayang Abang Po" dekat shoutbox tu ? gigit karang nak ? grrrr . hahaha . just kidding . sayang lah . I tak kesah . cinta jangan . LOL :P

actually entry ni just ditujukan untuk diri sendiri . sebab aku rasa minggu ni aku dah lari sikit dari paksi kewarasan aku . asyik mengelamun je . like siyesly . sepanjang masa aku duduk berkurung dalam bilik . baring atas katil tak buat apa apa . mengelamun . mengenang nasib diri . wakakakaka .

yes , ini semua gara gara Abang Po . hoi aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni . ek eleyh dia pergi PLKN je pun . weekend boleh contact . tapi aku ni dah macam orang meroyan mati laki . hari jumaat dapat mesej dari dia sampai rasa nak melompat dah . terharu sampai bocor paip mata . konon sedih sangat lettew . pulak tu weekend ni dia bertugas and ada event . so , tak free sangat lah . eh aku pulak yang rasa macam susah sangat nak hidup tak dapat nak contact dia . emo lebih .

sampaikan Khamis baru ni aku pergi belajar drive , semua benda jadi spoil . selama ni aku bawak macam pro dah . ahahaha . sekali semua tak lepas . nak masuk parking patut pusing stereng ke kiri aku bantai ke kanan . sampai dua kali . nampak sangat aku mengelamun . naik bukit yang selama ni ok je boleh undur turun bukit sampai dua tiga kali . pusing stereng pon sampai terpasang signal sekali . nak tutup signal kanan terbukak signal kiri . nak tutup kiri eh wiper pulak sampai terpasang . nak tutup wiper aku tak perasan kereta tu dah lost control . habis terbabas . sikit lagi nak langgar tepi jalan . 

hari rabu minggu depan dah nak test . jangan lah aku layan blues pulak time tengah test jpj tu . mampos kena jerkah dengan orang jpj tu . hahaha . nasib cikgu aku tak garang . kalau dapat cikgu garang mau dah kena marah bawak kereta macam tu . haih . Abang Po i'm blaming this on you ok !

dan akhirnye gangster pun menangis jugak . agaknya aku ni gangster celup je kot . tskk . hahaha . konon tak nak nangis . tapi bila on the phone memang tak dapat tahan . dengan rindu , stress , penat , sakit otak , semua terlepas bila aku dengar suara dia . tapi macam biasa la , mana boleh kasi kantoi yang aku menangis . puas aku cover suara and nak tarik hingus . hahaha .

Abang Po : nanges ke ?
me : huh ? tak lah T_T
Abang Po : yekeee......
me : iye lah
Abang Po : nanges ea...
me : eee , manade nanges !!! *Srok srek tarik hingus*

benci betul lah . aku tak boleh kalau aku nanges or nak menangis then ada orang tanya aku ok ke tak or aku nangis ke . bila ditanya makin aku rasa sayu tetiba . hahaha . 

so , hari ni aku dah rasa waras sikit . maklumlah , minggu pertama . memang lah mereng sikit . lama lama ok lah tu . err , hope so . so Husna , chill lah . buat lah apa apa yang boleh buang rasa bosan jauh jauh so kau tak mengelamun . aku pun tak nak lepak dalam ward dengan pegawai jpj rabu nanti . hahaha . so aku memang kena betulkan fius otak ni . 


malunya... kenapa aku jadi macam ni >,<

Photobucket

March Favourite

Disebabkan bosan , meh sini I buat March favourite . hahaha . Kebanyakan barang-barang ni memang dibeli in March pun. And I'm so using them .


dua lotion ni memang best . actually lotion mustajab tu I pakai bukan lah untuk menyelimkan badan yang memang dah slim . haha . perasan ok . tapi bila sengal sengal tu best bila pakai . sebab I'm so not into minyak panas . minyak geliga ke cap kapak ke , parang ke , kuali ke , tak suka ! and bau dia pun wangi . tak macam mau minyak angin .


lotion enchanteur ni pulak memang bau dia fresh sangat . siap ada UV protection lagi yuh . jadi bolehlah aku tanpa ragu ragu mendedahkan tangan aku kepada sinaran matahari ketika menyidai kain . hahaha . puih , sidai kain je pun ! tapi siyes bau dia memang menyenangkan lubang hidung aku . rasa nak sedut bau tu sampai ke paru paru je . tapi dia tak moist sangat macam lotion jonsen bebi . ringan je .



Silkygirl Magic BB Cream ~~ magic lah sangooot .  disebabkan I kedekut , haruslah beli BB cream . .pasal dia all-in-one . hahahaha . yang penting ada SPF 30 . If you nak beli apa apa produk kulit , sebaiknya pilih yang ada SPF . lagi tinggi lagi bagus . pasal Malaysia kan iklim khatulistiwa . panas terik je memanjang . so sangatlah bahaya radiasi dari sunlight  ni . BB cream ni memang tahan lama dekat muka . tapi I rasa bila pakai muka nampak gelap sikit dari biasa . eh pulak . tapi lantak lah , yang penting tahan lama and muka kurang berminyak . hohoho

This is my favourite favourite perfume . bau dia memang sweet sangat . as you can see dah tinggal kurang dari separuh . actually ini bukan March fav but all time fav . haha . memang setiap kali nak keluar akan sembur ni . tak pandang dah perfume lain . kesian mereka dianak tirikan . tskk .


disebabkan purse lama comot macam haram , makanya I belilah yang baru . menyesal beli yang lama tu . lepas ni serik dah nak beli purse yang kulit dia berkilat tu . err , macam mana nak terangkan ek . yang penting jenis macam tu memang senang melekat apa apa . dalam bag I memang banyak barang . so melekat tulisan dari sampul duit raya lah , buku nota lah , kesan pen lah , macam macam . dan memang tak boleh hilang . buruk gila . so I pun beli yang ni sebab rasa dia omey angat . tapi warna putih -,- nampaknya memang tak lama jugak lah purse ni .


I always wanted a tribal printed shirt . and a peplum . dan sebagai bonus , aku jumpa tribal peplum . ada jugak usha usha dekat fesbuk , tapi mahal bak hang . Last last I pergi cari dekat pasar malam . hahaha . dekat fesbuk belaka RM40++ exclude postage . I dapat RM65 for two . seperti biasa , adik I pun sebok nak jugak . setelah I buat muka simpati serta mengayat abang jual tribal peplum ni selama sepuluh minit , yessss , dapat pun dengan harga yang boleh blah la . hahaha . tapi peplum ni macam kecik sikit untuk aku -,-''


and pair the peplum with this bawal . actually warna dia gelap sikit dari gambar . tak tahu kenapa tapi I suka sangat dengan warna ni . padahal selama ni tak pernah jumpa pun warna ni . hahaha . tapi suka lah warna ni . suka suka suka .


eh , almost lupa pasal obuse candy lip tint ni . berkat terpengaruh dengan orang ramai , aku pun beli sekotak terus . nampak tak tamak . sebab geram tengok warna dia omey sangat . tak boleh nak pilih . lagipun beli sekotak memang lagi untung dari beli satu satu . so here are my babies . haha . best sangat pakai lip tint ni . selain moisturise , warna ni dia tahan lama . sebab lip tint ni dia menyerap kat bibir . and warna dia pun best . tapi tak la exact macam warna dalam botol . pasal lip kita pun dah warna apa kan . I suka buat gradient lip pakai warna yang paling pekat . haha . then apply lip balm or lip gloss . memang lip ice dilupakan la kan . so I recommend this untuk yang tak suka pakai lip balm . pasal lip balm kan selalu berkilat . yang ni tak pun . 




tak tahu lah kenapa I beli benda alah ni . maybe sebab dia pink . and dia hello kitty . and dia comel . and website tu tengah buat sale and harga dia diskaun 50% . ya , aku sangat mudah terpengaruh . tapi peduli apa . janji omeyyy . hahaha . ala nanti masuk uni boleh pakai . ohohoho . 


okay ini dapat dari kenduri je actually . tapi I rasa warna dia memang comel . terasa macam nak pergi cari manik warna ni and buat gelang je . siyes cantik . huhu .

okay lah , kalau nak tunggu I habis senaraikan March fav memang entry ni kena scroll dalam dua tiga kaki lagi lah gamoknye . so sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku baik I stop dulu . haha . sorry untuk gamba yang ntah pape . siyes malas nak edit and buat watermark . lantak lah . yang penting aku dapat tayang benda dalam gambar tu . bukan untuk menunjuk pun . setakat keychain free dari kenduri , tak layak nak snap masuk instag and hashtag #KauAda??? 


Photobucket

WORDLESS WEDNESDAY | Don't need reason





Photobucket

My Fav GAMES (Suggestion)

Hai readers <3 p="">
My mood is not so good . tapi disebabkan entry ni pasal game . ku gagahkan jua untuk menaip . hahaha . yes I'll do anything for GAMES . ohemji teruknya aku ! ok kita tukar ayat . I'll do anything for ALLAH AND ISLAM . haa , kan sedap sikit bunyinya . sejuk hati makcik makcik kat luar sana . terus recommend dekat anak masing masing calon isteri idaman . hahahahaha . ok ok , ingat Abang Po . ingat Abang Po .

we start with android's games first . or whatever phone yang ada play store lah pokoknya .


SUBWAY SURFERS !!!!
okay mungkin ini game yang paling lama bertahan dalam phone I . And until now still belum terfikir untuk uninstall . this game is so ohsemmm ~ that you'll addict with it . lagi lagi bila lumba dengan kawan markah siapa lagi power . make you play and play and play until you can brag "hahahaha , lawan highscore aku bhai." bagi menambah perisa supaya kita tak bosan , subway surfers ni buat world tour . dalam dua bulan sekali dia tukar location . like , NYC , rio , and currently rome for easter . I highly recommend you to download !!!

p/s : i don;t really like temple run coz i think it is scary . hahaha . and hard to play .



Candy Crush Saga ~~ yang ini I baru je install . and I swear I can't stop playing -,- at first i tht thought it would be boring . but many friend are recommending me to play . It is just a typical game . alah , tipu lah tak pernah main game macam ni . TAPI , what make it so addictive is the move dah disetkan . so kalau lebih , you lose man . and later you'll find that it's so hard to win a level . always not enough move . AND , kita ada 5 nyawa . bila kalah potong satu nyawa lah kan . and if nak nyawa balik , kena tunggu beberapa minit . kadang kadang lima minit . kadang kadang setengah jam . so kita akan "ala dah habis nyawa ! hishh" *30 minit kemudian* bukak balik sebab dah ada nyawa . habis nyawa tutup . sejam lepas tu bukak lagi . so kita akan kejap kejap bukak . hahaha . pandai betul orang buat game ni ye -,-

benji bananas ! best dikala bosan . dan boleh buat kita stress sebab asyik kalah . hahahaha

ini pun best . sekali main sampai dua tiga jam -,- tapi lama lama akan bosan jugak . sebab dia macam tak ada level . but still , sampai sekarang aku simpan game ni pasal sayang nak uninstall . padahal bukan main pun dah . haha . 

selain dekat phone , I just main game dekat facebook . jadi harap maaf my facebook friends kalau banyak dapat game request . haha .


game ni siyes best sangat . tapi sekarang aku dah stop main . pasal kawan kawan aku semua dah tak main . nak main game ni memang kena ada banyak kawan yang main . pasal quest dia semua kena pakai friend request . tahap kronik dia sampai aku menyampah jugak kadang kadang . penuh restoran aku dengan kotak kotak quest yang tergendala . puih . tapi siyes best .


Farm ville 2 is way better than Farm Ville 1 . yang 2 ni dia 3D . memang real gila lah . disebabkan ketridian beliau itu I yang memang tak pernah minat bercucuk tanam ni pun boleh terjebak . hahaha . tapi dalam game je lah . kan bagus kalau aku betul betul tanam tomato labu jagung semua tu dekat luar rumah . dapat jugak hasil -..-''


aku sangat sangat sangat sangat suka main The Sims . tapi disebabkan aku dah lost CD game ni dulu , then BAMM , ada sims social kat fesbuk . memang macam gila aku main . hahaha . yang lagi best kita main dengan kawan kawan . like pergi rumah kawan . and yang paling best sekali , kita boleh cari mate . and of coz lah aku paksa Abang Po main game ni semata mata nak date dengan dia kan =,='' sadis gila tak dapat date dalam realiti dalam game pun jadi lah . krohh krohh . 

bagi kalian kalian yang tak suka game yang banyak quest , game ni tersangatlah sesuai . hahaha . game ni ada jugak quest . but doesn't require friend request . kalau macam game lain tu , quest dia belaka dia mintak tolong kawan kawan . so kalau game ni memang senang hati je main sorang sorang . hahaha . 


game ni sangat sesuai bagi orang yang kuat berangan macam aku . hahaha . first tu dia akan cerita pasal husband and wife ni dok dalam hutan . then bini dia beranak . and you can name them . of coz aku letak nama aku dengan uhuk uhuk ahak hak tuih :P
anak anak tu ada la nama sekian sekian . then nanti kalau ada rezeki dia beranak lagi . bhahahaha . dan kita pun bina lah perkampungan orang asli dalam hutan . dah lama aku tak bukak game ni . dia kira sehari untuk setahun . i bet sekarang aku dalam game tu dah jadi nenek kebayan bongkok tiga . tak pun dah masuk kubur -..-''

Photobucket