My fav korean dramas (Suggestion)

Hai tawan tawan ! hayi ni titew nak celita pacai dlama kolea yang titew minat . dengan game sekali . pacai ada guest komen dekat shoutbox mintak titew buat cagecen pacai benda benda ni . eh nampak cangat ke titew cuka main game ? hahahaha

welcome to dunia pelat my friends .

DUSH sekali . ok dah normal balik . ok , let's start with drama korea . actually , I baru je pernah tengok beberapa drama korea . I'm not a big fan of k-drama . but I do love them . berbanding dengan drama melayu or sinetron . drama melayu kinda typical . tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni dah banyak drama melayu yang best . pasal diadaptasi dari novel . sinetron pulak soooo putar belit . mula mula memang best . lama lama jadi sakit hati bila drama ni nak tamat aku dah tunggu 300 episode -..-''



for a beginner I highly highly suggest you should watch Full House. It's just sooooo sweet . or too sweet ? haha . you will fall in love with Rain for sure . cerita ni dah lama gila . but still tayang dekat tv and ramai orang ulang tengok banyak banyak kali.

next !


Dream high . cerita ni agak baru . dalam 2011 or 2012 something la . cerita ni siyes cute . and sedih . tapi cerita ni memang best lah . now ada dream high 2 . but i havent watch it yet . sebab hari tu eksaited gila nak tengok . sekali tengok tengok pelakon dia macam lain je semua . terus tak jadi nak tengok . haha . I hate when buat sambungan what ever story then dia tukar pelakon . because i wanna see my fav actor in my fav movie ! bila tukar orang mood dia pun bertukar sekali .

dream high 2


boys over flower ! ini pun best . kelakar gilaaa . haha . yes , I just tengok drama yang femes je . so maybe semua yang I suggest ni semua orang dah tengok . or maybe ada yang tak tengok lagi ? so entry ni memang sesuai untuk newby . haha

next ~~

cerita ni ada dua nama. Playful Kiss atau Naughty Kiss . aku sukaaaaaaaaaaaaa gila cerita ni . lawak habis . but actually I tak habis tengok lagi . pasal hari tu time tengah SPM tetiba I addict . esok exam petang tu boleh lagi layan drama . tapi bila sampai killer subject memang kena pulun study I tinggal kejap drama ni . dan ya ,sekejap aku tu bertahan untuk lima bulan -,- nanti nak sambung tengok . pasal cerita ni ada kat youtube je .with malay subs. dekat maaduu.com tak ada .

last !
coffee prince . ni pun best . kelakar . okay semua yang aku suggest semuanya kelakar . 
kalau nak cerita sedih , boleh tengok Love Rain . lagi apa ya . to the beautiful you pun macam best . tapi dekat maaduu tak ada . lagi..... err , tak tau ! usha usha lah dekat maaduu.com . banyak drama korea best dekat situ . nak tengok pun laju . tak banyak buffer macam youtube . ada malay subs .


tadi rasa macam nak buat review pasal game sekali . tapi  tengok entry ni macam dah panjang sangat je . so lain entry lah ye I buat game suggestion . pasal I memang kuat main game . so you should have expected that senarai suggestion tu will be panjang gila . hahaha . daa ~
Photobucket

Last. day.

Assalamualaikum :3

hoi lama tak hapdet blog . ini semua rentetan balik kampung , ke-busy-an apply scholarship and uni , kelas memandu lagi , dan of coz , ditambah dengan sebaldi kemalasan . harap maaf hadirin sekalian .

hari ni adalah hari terakhir . atau orang banjar panggil last day . last day for what ? last day for March . last day for kanak kanak bercuti *hahaha padan muka esok start sekolah homework berlonggok lagi* last day for me untuk goyang kaki tak payah masak . esok start sekolah I lah yang jadi bibik balik . wuuuu .

and..... last day for bakal wira wirawati negara bebas berjimba . hahahahahahahahhaahha :(

eh eh . jangan salah sangka . I'm not bakal wirawati negara pon . fuhh lega tak dapat PLKN . hahaha . tapi bila dengar kawan kawan cerita pengalaman macam teringin lah pulak . dorang ye ye je cakap best . tapi tengok camp tu jugak la . kena tempat best , best la .

It is my Abang Po *MY . hahahaha* yang kena PLKN . so esok , lusa , tulat dan seterusnya berlanjutan saaaaaaampai tiga bulan . bye bye . memang tak kan nampak lah hidung kembang kau tu . makanya hari ni dan semalam pulun jumpa dia . hahaha . oloh jumpa bukan buat apa pun . semalam jumpa pergi mencekik kepci kejap . then malam jumpa dekat rumah Nani ada kenduri kesyukuran .





hari ni pulak jumpa kejap dekat taman . konon konon bawak hajik main taman . hahah . tapi memang tak de 'date' mana pun . kalau dah aku dok berlari kejar hajik je kerja . kelakar gila hajik takut dengan Abang Po sampai menangis . dah muka menyeramkan memang la kan . sila lihat gambar . wakakaka


so , selamat berPLKN . nanti jangan lupa send seketul dua gamba kepala botak . buat tatapan dahku bila bosan . boleh buat stok ketawa untuk tiga bulan . hahah . dekat sana jangan pakai wangi wangi . biar bau tengik je . makanya tak ada perempuan lain teringin nak dekat . hahahaha . jangan baik sangat dengan orang . ingat . jadi sombong . faham ?

ok aku selfish -,-

so kanak kanak PLKN kem Chini . nantikan new version of Botak aka Johan Asari di sana . jangan mintak sign sudah . hahahahah . johan asari lerw sangoot ~ johan asari kurus sikit k . haha


Berjimba


btw , sesiapa tahu mana nak cari studs ni ? untuk buat DIY tepek kat kasut atau beg . 
plis tell me :3


Sabtu lepas , is hari berjimba sedunia . pagi tu , I ada kelas memandu for the third time . and oh yeah , I kinda boleh tahan la in parking tu . and I think I dah boleh buat yang part bukit tu . just once tak lepas pasal lupa tutup aircond and tarik handbreak over sangat sampai susah tak turunkan . but part yang tiga penjuru tu tak pasti sebab asyik mati enjin . kakakakaka

balik dari kelas memandu , saje je gatei tangan mesej nani ajak pergi karok . sekali , ok set , jom . and 
off we go . aku selalu keluar tak dirancang macam ni . and nanti mula ah ada orang tacing . hmm . so , kami pun pergi karaoke . aku ajak nani , nani ajak cousin dia , cousin dia ajak adik dia , adik dia ajak kawan kawan dia . and di kalangan kawan kawan dia tu.. eh , sesat pulak sorang minah kuat typo pakai baju kurung . hahaha . baju kurung pun , dia conquer mike . haha . betul tak shue? kekeke

so we're having a great time . even kami tak kenal pun (me and cousin nani) ahh peduli apa . seronok je kami nyanyi syok sendiri even suara sumbang . hahaha . nak best lagi semua nyanyi lagu omputih je . aish , tak main la lagu melayu ni . siyes bila search lagu melayu , majoriti kami tak tahu pun tu lagu apa .   feeling macam minah saleh pulak . pui , kulit gelap , nak koya omputih . haha . nani ngan cousin dia tu boleh ah kulit putih . tapi muka jawa tak leh nak sorok jugak . hahaha

then , penat karok , semua menyumbatkan diri dalam kereta . hoi , tujuh orang kot . nampak tak kami slim ? *wink wink* then pergi coolblog and balik . haish , I still can't find flavour yang betul betul kena dengan tekak . setakat ni memang honeydew je yang bertahta di hati . ohh honeydew , i love you . aww aww >,<

sepanjang sejarah aku berjimba , ni lah yang paling jimat sekali . pergi karok 10 lagu share tiga orang . satu lagu just sehengget . so , sepatutnya sorang dalam RM3.3333333333333 la . but cousin nani yang baik hati nak belanja kami semua . so x payah bayar la . teeheee . then coolblog RM3.50 . then balik . hoi , just RM3.50 je habis . selalu kalau keluar balik balik kempis dompet . terharu gila pergi berjoli habis tak sampai RM5 . boleh tulis dalam rekod ni . hahak

p/s: next post is about my monthly fav .


Photobucket

Alhamdulillah :)


Assalamualaikum :3

Hari ni seperti yang semua maklum , hari sindrom kecut perut serta seram sejuk bagi semua calon SPM 2012 . So , hari ni aku cuba bangun selewat yang boleh sebelum bersiap pergi ambil result . ceh , padahal memang aku liat nak bangun . hahaha . 

sampai je sekolah . orang dah wish tahniah dapat straight A's . padahal cikgu tak bagi result lagi . aku pun dalam hati rasa nak marah . kenapa bagitau awal awal . tak surprise langsung . aku nak rasa debar tunggu result diumumkan dalam dewan -,-

dan rasa lega . lega yang amat . at least aku tak hampakan harapan semua orang . harapan ibu ayah . harapan guru guru . harapan sekolah . harapan tukang kebun . harapan kawan kawan . harapan nenek aku . harapan kucing kucing aku . harapan ikan laga . dan harapan aku sendiri .

harapan untuk apply scholarship . harapan nak pergi oversea (in sha Allah) . harapan buat asasi kalau tak dapat oversea . harapan untuk tuntut hadiah dari semua orang . harapan .

Alhamdulillah . 

walaupun aku tak lah dapat straight A+ . tapi sekurang kurangnya target aku tercapai . straight A's and no A- . result aku terbalik dengan result trial . 

6A+ 3A

Alhamdulillah lagi . dan yang paling lawak sekali , sejarah aku boleh dapat A+ . i was like..... YA ALLAH ! BIAR BETIK ???? aku sampai tak berani nak target A untuk sejarah . aku harap A- je . pasal masa jawab hari tu memang hancus . aku memang tak boleh jawab paper 2 dengan baik . struktur macam haram . satu page aku hentam sebab tak tahu langsung . esei lintang pukang . 

Alhamdulillah lagi . Allah beri lebih dari yang aku harapkan . mungkin graf turun . dan mungkin skop diluaskan . makanya jawapan kbkk aku diterima . hahaha . 

tapi benda benda yang aku harap A+ tak pulak dapat . A solid aku physics , english and biology . ya ya aku memang tak pernah dapat A+ untuk BI and BIO . tapi aku macam berharap jugak bio tu pasal hari tu rasa macam best je jawab . macam la . hahaha . tapi paper 2 sedang sedang je la . physics pulak aku tau silap aku banyak . aku sangat sangat confuse untuk paper 2 . yeehaaa . 

tapi A solid . okay lettew . aku terima je seadanya. hahah . ayat pasrah . dan terima kasih jugak untuk sedara mara and kawan kawan yang ucap tahniah sepanjang hari ni . nenek mak sampai menangis sebab terharu bila dapat tahu result aku . walaupun aku gelakkan nenek sebab rasa macam over je nangis bagai . thanks thanks and thanks . ya aku memang tak pernah menangis terharu bila dapat result dari kecik lagi -,- belaka cakap nanti dah berjaya jangan lupa mereka . hey , tak kan lah . sampai mati aku akan ingat korang . kecuali suatu hari nanti muka korang tiba tiba berubah sama ada semulajadi atau palstic surgery . ataupun suatu hari nanti bila aku nyanyuk atau hilang ingatan . mungkin aku akan lupa korang . haha .

dan lagi . aku nak ucap tahniah dekat semuaaaaaa kawan kawan aku yang ambik result hari ni . tak kira lah result korang best atau tak best . terima dan redha dengan pemberian Allah . yang kurang berjaya mungkin rezeki korang banyak tu je . mungkin esok lusa Allah bagi rezeki lain ? mungkin nanti korang akan berjaya ? In sha Allah . pasti ad hikmah disebalik semua result ni...

aku kesian tengok kawan kawan aku yang menangis hari ni . sebab result diorang tak seperti yang diorang harapkan . actually result tu not bad la . taraf boleh tahan . tapi maybe yelah , kita target mesti lah tinggi . bila dapat rendah sikit , mesti la sedih . sebab tu aku sendiri pun walaupun target straight A's tapi aku tak mengharap sangat . sebab aku tak nak frust .

bersyukur dengan apa yang kita terima . bak kata orang...
orang cerdik menangis sebab dapat satu B . 
"8A 1B ?? hish,,, kenapa tak straight ?? tak puas hatinyaaa"

manakala orang yang tak berapa cerdik pulak menangis sebab gembira dapat satu A
"Alhamdulillah . tak ada yang fail . dan dapat jugak 1A ."

It's all about bersyukur . renung renungkan lah....


btw congrats Abang Po ! walaupun I know tak mencapai apa yang diharapkan , hoi tapi okay apa 5A 4B . tak ada C okay . yang penting sejarah B . even semua you bantai KBKK . i know . hahahaha . jangan sedih sedih . jangan frust . I'm proud of you . I love you . eh ?



Photobucket

When time comes, we have to face it.



Assalamualaikum :)

ESOK
ya esok . esok esok esok esok esok .
bersamaan hari Khamis
21 MAC 2013
setiap calon SPM 2012 amaaaat takut dengan tarikh ni .
ilek ah . bukan kiamat pun.
pui


selama ni aku cuba lari dari kenyataan yang result SPM akan keluar . aku buat tak tahu . tak peduli . tak kesah . who cares . tapi akhirnya the day comes.  and when it's time, we need to face it . esok kita mungkin akan lihat senyuman pada wajah wajah mereka . atau tangisan mungkin ? segalanya telah ditentukan . jangan menyalahkan . terima seadanya . redha dengan hasilnya . sebab kita yang tentukan takdir kita. bukan orang lain . no pain no gain . 


random quote

Don't be afraid to fail. Learn from your failures.
It's okay to fail.
If you're not falling, your not growing
ALLAH is with us :)



Photobucket

WORDLESS WEDNESSDAY




Photobucket

5th Anniversary Mini GA



Jom join GA ni . simple je . tepek banner omey ni and link kan ke GA tu . 
senang je kan ?
so , jom la ramai ramai join GA nih :)
Photobucket

Me SAD


Assalamualaikum 
Saat ini cuna rasa macam nak cekik cekik orang sebab marah dan rasa nak ketawa guling guling sebab bangga . hahaha . ya ya , I selalu ada masalah macam ni . nak marah tapi nak ketawa . ok , sila kasihani diriku ini.

Hari ni bonda tak ada . so tengah hari tadi kami anak beranak pun merempat makan di KFC . sedih kan .  maklumlah , semua tak lalu nak makan ayam goreng celup tepung dan kuah kicap masakan I . sedih . sebenarnya aku pun tak lalu . muak . bosan . hahahak . 

lepas balik dari mencekik Pais pulak datang tayang SG Note II celup dia . haish , mujur I tengah sengkek pasal tak kerja. kalau tak , memang dah ambik seketul dua . kononnya nak pergi pasar malam . sekali hujan selebat lebat alam . masa duk lepak dalam rumah cerah je . baru melangkah keluar and kunci pintu..... kebaboomm *bunyi hujan versi akustik*

makanya terus pecut pergi pasar malam , ayah turun sorang beli murtabak and straight pergi asrama MAAHAD nak melawat cousin ku yang tak berapa nak waras tu . hahaha . tapi mungkin hari ni hari kurang bernasib baik sedunia , puas wa pusing satu hostel tak jumpa jumpa jugak budak debab tuh . hoi , dah la wa pusing bawak adik , pegang plastik bungkus murbatak , sambil jalan kecikkan mata pasal rabun . orang semua tengok pelik je .

nak tanya orang pun malu . like.....

"Dik , kenal Farhah Wahidah tak ?"

and 'adik' tersebut pandang wa macam tak puas hati . mana tak nya . I pun serba salah nak panggil budak tu adik . I know she's younger... but.... she's way taller than me T_T
last last jumpa dorm Farhah tapi dia tak ada dalam dorm . ada gotong royong kelas dari pagi . puih , gotong royong kelas . school life . hahahaha . dah sampai dua kali pusing hostel dia tetap tak ada , aku pun terpaksa serahkan mandat murtabak beserta RM50 dekat budak dorm dia . sebenarnya takut jugak . pasal dia baru je hilang RM300 . terkejut gila aku dengar . coz even I biasa duduk hostel and memang jenis letak duit merata , tapi duit I tak pernah hilang.

bayangkan la . dia mintak tolong kawan dia keluarkan duit dari atm RM300 . sekali kawan dia kata account tu kosong . tak ada duit . padahal memang mama dia dah isi RM300 . gamaknya memang kawan dia dah ambik la kot duit tu . moral of the story , jangan percaya kawan suruh tolong keluarkan duit . huuu .

yang membuatkan aku rasa nak ketawa , budak bilik dia yang aku kirimkan murtabak tu dengan muka naif nya tanya aku...

"ni darjah berapa ni ?"

and me like.... BHAHAHAHAHHAA

dia pun dengan naifnya lagi tanya...

"darjah lima ? enam ? ke form one ?"

me : HAHAHAHAHAHHAHAHAHA . see Huda , betapa awet mudanya aku . Nanti awak tanya lah farhah sendiri umur saya berapa ya . tata ~


mesti budak tu fikir 'budak' mana lah datang cari kakak dia ni . sedih wooo . padahal I rasa tinggi I dengan budak tu lebih kurang je . but why dia mesti tanya darjah berapa ?? kalau orang tua yang tanya tak la terasa sangat . tapi bila budak budak yang tanya , aku terasa macam oh nooooo . aku nampak macam budak sekolah rendah sangat ke ??? at least teka la sebaya dengan dia ke . ni darjah berapa . oh plis .

lepas ni kalau aku nak melawat orang aku nak pakai macam makcik makcik siket lah . dah tak boleh pakai seluar slack and t-shirt . memang orang akan tanya darjah berapa . sedih k sedih . kalau I sekolah lagi orang tanya darjah berapa tak pe . ni aku dah lapan belas kot . dah habis sekolah . wuuuuuuu T_T

My first DRIVE

omnomnomnomnom ~ tajuk tak leh blah . taip dengan muka bangga habis . hahaha . macam ni ha



ok seram -,-

berbalik kepada main point . hari ni first day aku start belajar memandu . chewahh . actually second . kali pertama dengan ayah . tapi malangnya tak gaya drive pasal just pusing jalan depan rumah and kereta asyik tersengguk sengguk lalu innalillah .

makanya haruslah malam tadi susah nak tidur akibat eksaited -,-
dan Abang Po lah yang jadi orang paling risau I nak belajar drive . dia bukan risau haku pecut masuk longkang . tapi dia risau kalau kalau cikgu yang mengajar tu pegang tangan I . sebab memang testimoni rakan rakan mengatakan *puih , testimoni tuu . hahaha* normal kalau cikgu pegang tangan sebab nak mengajar . yelah , kalau dah nak tukar gear sangkut tak pegang karang meletup kereta orang tu . ok ini over . hahaha .

makanya haruslah dengan semangat wajanya beliau membelikan dahku sepasang sarung tangan . terima kasih daun keladi . daun keladi memang miang . jangan main dekat pokok keladi , bergetah . TAPI , ya tapi . Abang Po pergi beli sarung tangan warna putih . dah lah putih , kain dia macam tebal pulak tu . dan akhirnya membuatkan aku gelak tiga puluh saat depan cermin pasal aku dah nampak macam polis trafik . dan makanya lagi memang aku tak kan pakai -,-

maaf Abang Po bucuk.

Tapi mujurlah cikgu I tu muda lagi . so dia macam faham sikit lah . dia memang langsung tak pegang tangan lah . kalau dia nak tolong pun dia pegang stereng atau batang gear . fuhh . sebab kalau dapat cikgu yang veteran , diorang selalu fikir budak budak sebaya aku ni macam anak . makanya suka suki suku pegang tangan tanpa rasa bersalah macam kita lambung lambung bayi . memang tak rasa bersalah langsung kan lambung bayi . best pulak tu .

mula mula tuh I ingatkan dia nak ajar basic je dulu . macam mana nak drive . jalan slow slow kedek kedek dekat litar dia tu . SEKALI BAQ HANG.... semua dia ajar . macam mana nak naik bukit . parking . tiga penjuru . habis keluar segala otot tangan aku nak pusing stereng . ohoho , dan jangan ingat sampai di situ...

tiba tiba....

"ok kita bawak dekat bandar pulak."

and I was like..... TOWN???? Me + car + town + many other cars = kebabooom !!
hoi hoi lek luhh . wa baru first time drive kot ! tapi tu cuma dalam hati jela . saya anak murid yang tidak membantah U.U (ceh padahal dulu time sekolah suka complain bila cikgu bagi homework) makanya aku hentam jelah drive dekat jalan besar .

hoi hentam hentam pun aku pecut sampai 80km/j jugak -,-
bila sampai sekolah mulalah kalut nak turunkan meter sampai 30 . hahaha . lepas pusing ikut jalan besar masuk balik driving school . then cikgu cakap..

"ok , keluar balik . bawak sampai rumah awak terus"

ok . cikgu nak duk ilek la tu . cisss . memandangkan drive hale balik tak de nak ikut 30km/j depan sekolah , memang sedap lah aku pecut kan . jangan salahkan mak mengandung . salahkan bapak yang suka drift kereta . hasilnya lahirlah aku yang memang rasa tak puas hati selagi meter tak cecah sekurang kurangnya 70 km/j . sebab selalu ayah bawak 100 and above . dan lahirlah aku yang bila pusing stereng tangan terlebit belit macam drifter . ok ini semua pengaruh ibu bapa . don't blame on me !

so in shaa Allah , kalau tak mati sakit jantung time ambil result SPM (LOL :P) aku akan dapat lesen hujung bulan tiga atau awal bulan empat ni . lepas tu... come to me my love . get your but here . lemme kiss em .


sexiest ass everrrrrrrrr

koya anak raja betul dapat lesen terus nak vokswagen beetle . hahaha . jangan risau , aku ada plan aku sendiri nak dapatkan kereta ni . sama ada aku rompak bank atau culik anak orang then mintak tebusan . korang rasa mana lagi ok ?


Photobucket

Kecelaruan Emosi


Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak *cuna plis la stop!* ok ok . lately , sejak aku menginjak masuk ke usia cwit cebentin ni aku sering mengalami kecelaruan emosi . kadang kadang tiba tiba aku rasa sayu . and the problem is perasaan tu sering hadir pada waktu dan tempat yang tak sesuai .

contohnya masa aku ajak ibu pergi shopping . pun aku rasa sayu sampai berair mata. kadang kadang time aku ketawa tengok gelajat hajik , pon berair mata sebab tetiba rasa sayu . aku nak buat air milo tapi air panas tak ada pun aku meraung nangis masuk bilik . dan kadang kadang bila aku tengok cerita kartun , lagi aku mudah rasa sayu . contoh watak dalam kartun tu mati atau sakit . ye ye je aku nangis . cuba kalau cerita yang manusia berlakon , orang tu mati aku cakap padan muka je -,-

dan lagi . bila tengok video makeover atau makeup dekat youtube , bila tengok orang tu terharu tengok rupa dia dah transform jadi cantik , aku pulak rasa terharu sampai menangis . tapi bila tengok movie sedih , kawan kawan yang lain ye ye menangis selok , haku rilek je . siap komen cerita tu bosan lagi -,-

dan aku cepat rasa eksaited . selalunya kalau ada apa apa aku takde lah eksaited sangat . wat lek je . tapi semenjak cwit cebentin ni cepat pulak eksaited . contohnya aku order barang atau nak pergi shopping . bersorak riang sambil terlompat lompat bukti eksaited kemain . hari tu aku join GA dekat blog orang . bila nama aku terpilih , aku siap menjerit tekup muka dekat bantal . dan malam tadi , aku tak dapat tidur sebab eksaited hari ni teha nak datang hantar lip tint and hari ni aku mula belajar drive .

dan banyaklah lagi benda benda pelik yang aku suka buat semenjak cwit cebentin ni . contohnya aku mula buat regangan and exercise sambil mandi . u know , like berlari setempat in the shower -,- lagi aku jadi rajin pulak main mekap mekap malam malam . pukul doblas je aku start tengok segala video makeup dekat youtube . then lepas tu ohohoho malu nak cakap . macam tu jugak dengan tutorial tudung . pukul dua tiga pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk aku try tutorial tudung baru atau reka style belit belit shawl sendiri .

aku jugak dah mula suka menyanyi kuat kuat . menyanyi slow slow then buat suara garau . then menyanyi sekuat hati sepenuh jiwa raga . lagi lagi time semua orang pergi sekolah and tinggal aku sorang dekat rumah . memang buat consert lah kan . aku jugak dah mula suka miming lagu depan cermin sambil terlompat lompat .

aku tak tahu adakah ini side effect hampir empat bulan duduk rumah goyang kaki ataupun memang budak cwit cebentin semuanya mengalami sindrom yang sama macam aku . ataupun sebab SPM bakal melahirkan resultnya minggu depan . OMG , MINGGU DEPAN ?????? takutnya mak ~ *cakap gaya bapok*

ahhhhh , aku cuba buat tak peduli pasal result . tapi sebenarnya.... takut jugak . huk  huk . tapi actually memang aku tak terfikir sangat pun . hahahaha . tapi bila dah terfikir takut lah ! ok tak nak cakap dah ! kbye.

Photobucket

WORDLESS WEDNESDAY | Tawakal




Photobucket

Tips tingkatkan keyakinan diri



Assalamualaikum :3
Dah lama I tak buat entry pasal tips and benda benda yang berguna ni kan . asyik asyik merepek pasal kehidupan seharian . pliss la cuna . orang tak teringin nak baca pun . but anyway ini blog haku so suka suki suku I lah kan ? hikhik .

berbalik kepada tajuk . I know ramai orang dekat luar sana especially girls lah kan , yang kurang keyakinan diri . yeaa , saya salah seorang darinya . But I just kurang yakin bila nak voice out anything je , sebab malu mungkin ? tapi tips ni maybe berguna untuk orang yang tak yakin dengan penampilan diri dan malu nak bergaul dengan orang lain . so let's get started !


\one/
I highly highly recommend you untuk tukar penampilan . if you the one yang always wear dark coloured outfits , jangan pelik la kalau orang selalu tak perasan kehadiran you kan . try to put some colours on . bright colour la of course . tapi jangan la highlight sangat . silau pulak nanti , kekeke . sekarang kan pemes colour block . baju biru tudung kuning . baju merah tudung biru . and semua warna terang . kalau dulu dari atas sampai bawah sedondon je warna .  so bila pakai baju yang cantik dan ceria , orang pun akan pandang dan tertarik nak kawan dengan kita . kita pun akan rasa lebih yakin .

\two/
put a healthy and happy face . cuba kalau muka pucat , lesu , tak bersemangat macam orang sakit , orang pun tak berani nak datang dekat . kita pun kurang yakin nak communicate . so why not apply some foundation or BB cream . ni boleh tolong sekatakan warna kulit . kadang kadang bedak compact tu tak dapat tolong hilangkan muka pucat and lesu kita . lagi lagi siapa yang pakai bedak tabur je kan . laaagi nampak lesu . tapi kalau kulit dah putih mulus macam model iklan tu tak pe lah . hehehe .

and jangan lupa pakai lip balm sikit . untuk naikkan seri wajah . tak la nampak pucat je . lagipun penting untuk elakkan bibir kering . tak perlu lah kot nak bergincu segala . itu macam over sangat . tapi kalau dah biasa tu , tak kesahlah . it's optional .

\three/
care for your hygiene . raaamai orang ada masalah bau badan . atau nafas berbau . benda benda ni lah yang kadang kadang buat kita kurang yakin nak berinteraksi dengan orang . orang pun kurang selesa nak lepak dengan kita. hoi , ketiak tengik , peluh masam , mulut bau petai , siapa yang suka kan -,- so benda benda ni perlulah jaga . kepada yang ada masalah bau badan tu , I recommend pakai deodorant yang spray . sebab yang tu bau dia tahan lebih lama and ketiak rasa lebih kering . buktinya haku berani cium ketiak sendiri lepas balik jalan kaki dari sekolah . still wangi ok -,-  then sembur body spray satu badan .

untuk mulut , rajin rajin lah gosok gigi . dan kurangkan makan benda benda yang berbau . tapi kadang kadang mulut kita berbau sebab kita tak makan . I tak pasti but I do think so . So bila pagi pagi tak breakfast lagi tu bolehlah makan gula gula atau mint chewing gum untuk hapuskan bau bau yang kurang enak tu .

untuk masalah jerawat pulak , yang ini memang sangat sangat menghantui semua orang rasanya . tak kira lah remaja atau orang tua sekali pun . terutama remaja lah . memang rasa malu dan tak yakin bila kulit muka bermasalah . so cuba lah apa apa cara pun untuk hapuskan encik encik jerawat yang bertandang tu . I recommend krim jerawat clean and clear . harganya dalam RM9.90 gitu untuk satu botol kecil . tapi so far bagus lah jugak produk tu . kalau ada any produk yang memang berkesan , plis plisss commend below . I pun selalu jugak ada masalah pimples ni dekat area hidung pasal berminyak .

\four/
bagi aweks aweks yang bermata empat tu , kadang kadang cermin mata tu yang buat kita tak yakin and tak menyerlah . so for me , better untuk pilih cermin mata yang omei sikit . yang fashionable la . yang sesuai dengan muka . jangan sebab pakai spec kita nampak buruk . atau boleh juga pakai contact lens bagi siapa yang biasa . without spec kita akan rasa lebih yakin .

kalau I pulak , kalau ada majlis or so whatever yang memerlukan I berdepan dengan orang atau naik pentas , I prefer not wearing any spectackles or lenses . biar semua kabur . so just me , myself and my world . orang lain semua tak ada muka . muahaha . so tak ada lah malu atau segan . sebab tak nampak pun senyum sumbing orang atau muka troll kawan kawan kita . so boleh buat muka blur selamber je lah  . heheh .

\five/
size and colour even matter . tak kira lah anda sekeping macam papan atau gemok gedempol macam gajah sekali pun . tak kiralah anda putih melepak macam opera cina atau hitam legam macam bontot kuali sekalipun . just be yourself . jangan malu sebab semua tu . Allah dah ciptakan kita ni sempurna . terima jelah . even orang yang cacat kudung tu pun tak malu dengan diri mereka dan boleh berjaya . kenapa kita nak malu dengan fizikal kita yang boleh halang kita dari berjaya kan ?

cuma pandai pandailah pilih baju yang sesuai dengan saiz dan warna kulit kita . asalkan menutup aurat sudah . gemok comel apa . gelap sweet apa . tapi janganlah gemok sampai obes , itu memudaratkan . dan kalau yang gelap sangat tu , sekarang kan banyak produk pencerah . you could try one . memang tak dinafikan kulit yang lebih cerah boleh buat kita lebih yakin .


so itu je lah dulu tips tips nye . sebab macam dah panjang sangat je ni . ahak :P
I hope tips ni dapat membantu . sama samalah kita usaha untuk tingkatkan keyakinan diri . pesanan penaja for me and for you . haha . well then , good luck >_<
Photobucket

Demi scholarship !


Assalamualaikum :3
Petang semalam I teman Cik Dila pergi print out borang scholarship maybank . Hari ni pulak pagi pagi Dila dan datang rumah . gigih nak isi borang sama sama . hahaha . puncanya sebab borang tu in English . makanya kami slow sikit nak isi . Oh My English ! nanti ada season 2 . nantikan di astro tviq ok ! eh terpromote pulak -,-

justeru setelah dari pagi hingga ke petang berhempas pulas isi borang yang just dua keping actually , kami pun berambus ke bandar untuk pos . gagaga . mula mula kami pergi bank dulu untuk cash in cek . actually *cough* ni first time *cough* saya berurusan dengan bank sendiri . makanya haruslah nak ambil nombor pun aku tak reti . siapa suruh pelik sangat mesen tu . konon touch screen . puas aku tonyoh tak jadi . last last ada pakcik tu tegur...

"dik , sentuh pakai kuku"

and I was like . kuku . ok . kuku =.=''
then nak isi borang pun terkial kial . tiba tiba tunggu punya tunggu punya tunggu . DAMN ! wa baru teringat ic wa tertinggal kat dalam scanner . haruskah aku menangis dan cabut lari sekarang ? nombor giliran tinggal satu je lagi sebelum nombor giliran aku . walawey betul . tapi sebab nekad dan tebus cek punya pasal , wa redah je bhai . memang dalam hati dok doa je jangan lah pakcik tak berapa nak hensem ni mintak ic aku . fuhh , mujur dia tak mintak . alhamdulillah . kalau tak memang aku dah nekad nak merengek je dekat kaunter tu supaya luluskan je tanpa guna ic . hahaha 

then bergegas pulak pergi pejabat pos . kalau keluar dengan Dila ni special sikit . asal dia nampak je parking , kat situ lah dia berhenti . lepas tu menapak lah ke satu bandar . lepas tu merungut panas . padahal ada kereta . LOL . aku nak buat surat bantahan dekat JPJ lah suruh tarik balik lesen Dila . dengan lesen Fuad sekali . dia drive macam orang gila !

sampai dekat pejabat pos , ada lagi baki 15 minit sebelum surat surat kena kutip . kami pun rushing sebab baru nak masukkan borang dalam sampul . baru nak tepek setem . hoi , aku tepek setem pakai peluh yang meleleh leleh kat dahi tahu ! ambik berkat kononnya . baru lah nampak gigih usaha penat jerih demi nak apply scholarship . sekali time nak tulis alamat......

krikkkk krikkk krikkk *bunyi cengkerik*

"Dila , kita lupa salin alamat dekat website dia tu la -,-"

demm sekali lagi . saat ini sila menangis anak anak . cepat cepat contact ayah suruh search and send kan alamat tu . mujurrrrrrr ja sempat . kalau tak memang sedih lah kan . masa kitorang nak tulis alamat tu terkekek kekek dah ketawa . macam ni nak pergi Cambridge kononnya . baru nak hantar borang pun alamat boleh lupa . ada harapan ke ? hahaha . pilih uni kemain demand . oversea saja . hahaha . 


konklusinya , hari yang haru ini haruslah disudahi dengan mencekik coolblog honeydew smoothie seketul dua . sedap hingga menjilat straw yuh ~~



Photobucket

My first amigurumi bunny

maaf untuk kualiti gambar yang tah pape . henset cikai mari .


Ehem...
Mempersembahkan.....

MY FIRST AMIGURUMI BUNNY !!

wooohoooo . yeehaaa . hohoho . krohkrohkrohhh . hik hik :3
you know , dalam tiga bulan I membazir benang dan sekarang baru terhasilnya benang yang berbentuk . even telinga dia capang , besar sebelah dan nampak agak cacat . even skala mulut dia terbesar dari yang tutorial punya . even aku tak ada benda nak tepek sebagai mata makanya aku tepek manik bling bling yang stok aku tepek tepek dekat casing phone tu je . even aku dengan suka hatinya bloush kan pipi dia dengan pen pink .

tapi omei jugak kan ? teeeheee ~

bila I amati *peh , amati . haha* betul betul tutorial dekat youtube tu , barulah faham cara dia. rupanya tak lah susah mana -,- . and guess what , I dapat siapkan amigurumi bunny ni just dalam satu malam . aku start dalam pukul dua belas lebih , pukul empat pagi siaplah . haha . nampak tak punya fokus mengait . cuba kalau study pun macam ni . tak lah aku risau sangat nak tunggu result 20 Mac ni . ehh , what ??? 10 Mac ni ? patblas hari bersamaan dua minggu lagi ???? oh noooooooooooo O_o

peh , seram k seram . dah , jangan cakap pasal result SPM . tutup mata , pekakkan telinga . buat buat tak tahu je !

berbalik kepada bunny omei kita . hewhewhew . well , sebelum ni memang I stress betul tengok tutorial tu . pasal blurrrrr gila . I didn't even can see where the hell dia cucuk jarum and tarik benang tu . but at last I jumpa satu tutorial yang alhamdulillah HD lah sikit . nampaklah tang mana dia cucuk jarum tu . baru lah aku macam... ohhh , lalu ikut dua benang tu ghrupenye .

tapi tuntas , baru separuh kepala bunny aku buat esoknya tengok tengok vid tu dah ghaib begitu saja . tskkkk . terpaksa berbalik kepada tutorial yang lama . walaupun blur tapi mujur aku dah faham cara cara dia . just pattern jela lain sikit . 

and now , siaplah amigurumi bunny dahku . walaupun tak ada kapas , I sumbat bunny dengan segala benang yang tak jadi tu . membazir kot . hehe . so , omei tak ? omei kan ? baik korang cakap comel cepat ! kalau tak I nangis tiga minit !



Bakar lemak !


Haish , nampak tak pipi tu ? ya ya pipi . sila abaikan gigi jarang aku tu . nanti esok lusa tulat aku pakailah braces -,- . berbalik kepada pipi , walaupun I cuma tembam sebelah , tapi tetap terserlah ketembaman tu bila pakai tudung bawal . and yang awkwardnya sebelah je pulak tu . sebelah tembam gila , sebelah lagi kempis . tak ke cacat tu ? 

argh , dah memang cacat pun -,-

makanya petang tadi i pergi bakar lemak dengan mengayuh basikal . hehe , actually ini semua dusta belaka . adalah tersangat fake kalau tetiba aku nak kayuh basikal semata mata untuk exercise . tapi disebabkan nak pergi makan abc (with my ehem ehem uhuk uhuk ahak tuih :P) dahku gigih mengayuh walaupun realitinya kaki dah terketar ketar mengayuh dek jalan berbukit sepanjang menuju ke destinasi . 

fuh , sampai je kedai abc , siyes terasa nak tercabut kaki den . sampai tahap kalau ada orang tolak sikit kaki tu kompom terjelopok jatuh . wa siyes ni bhai . tak tipu . hmm *muka ketat* sampai sampai terus terduduk . habis basah baju berpeluh peluh . hahaha . ni lah gamaknya bila hari hari ku dipenuhi dengan duduk tengok tv , baring atas katil , makan , serta tidur je . 

makanya haruslah aku melahap semangkuk abc dengan jayanya . choi , nampak tak cara diet aku ? mula mula kita bakar lemak , lepas tu kita terus refill balik lemak tu . wakakakka . btw Abang Po cakap tangan aku gemok sebelah . sama macam pipi . lepas tu dia sabitkan ke hormon aku tak stabil lah . terlebih terkurang hormon oestrogen lah . 

hoii , kau tak belajar bio jangan cakap bukan bukan . hormon oestrogen tu untuk..... untuk..... jap aku lupa *bukak buku bio* ok , function hormon oestrogen tu adalah untuk stimulates the repairing and thickening of endometrium . hormon ni dihasilkan oleh egg follicles . paras oestrogen yang tinggi akan didetect oleh pituitary gland , lepastu dia akan keluarkan hormon luteinising hormone yang akan stimulate ovulation and formation of corpus luteum . corpus luteum pulak akan hasilkan progesterone yang akan maintain the thickening of the endometrium.

nampak tak aku tengah rujuk buku bio ? kalau dulu sebelum SPM aku baca semua ni kan bagus =,=''

*penyesalan yang tiada guna T.T*


jadi untuk memuaskan rasa ketidakpuasan hatian , aku pun balik rumah terus pinjam losyen mustajab ibu then sapu dekat tangan , kaki , perut . huahahaha . jangan terkejut ah lepas ni I macam model . teeheee ~

Photobucket

1th Bombastic Giveaway By Cik Amabee




Assalamualaikum :)

hari ni terasa macam nak join GA pulak. dah lama tak join mana mana GA rentetan nasib dahku yang begitu malang tak pernah menang . tskk . makanya marajuk tak nak join GA dah . tapi GA ni macam best je . hadiah pun ohsemm . jadi pulih sekejap rasa merajuk tu . heheh . 

so kalau nak join , boleh click banner atau SINI je
syarat syarat nya simple je .

so ini 3 random blogger yang kene tag . hihi


Photobucket

Ma lil' bro


uh oh , I really gonna search for this shirt . super ohsem bhai :D

Assalamualaikum :D
actually I wanna talk about some movies that I've watch . indon movie . ahaha ini pengaruh Diba -,- 
and I wanna talk about some ohsem videos on youtube . but , nanti nanti jelah . my lil bro first :D

so , he's so so so growing up now . from baby , sekarang dah pun pandai berlari melompat . I mean , dia berlari dan melompat all the time . don't know where he gets the super energy . padahal dia just minum susu and eat random food . tapi dia sangat sangat hiper . 

and now he's going to be two next month . so pada usia ni memang mulut tengah becok nak bercakap lah kan . tapi si Hajik ni memang cepat betul cakap . semua benda dia boleh sebut . as like he knows all the words lah . so bila dah dapat mulut , makin susah lah nak jaga . dia dah mula pandai mintak tu mintak ni tak nak tu tak nak ni . and we can't force him anymore . 

kalau dulu....
"haziq tolong buang sampah ni !"
*hajik pun diam je ambil sampah and pergi buang . pandai :D*

but now...
"haziq tolong buang sampah ni"
"TAK NAK !"
=..=''

and my biggest problem right now is dia dah mula merimaskan . setiap kali aku masuk bilik and tutup pintu , baru an kgolek golek atas katil sambil main phone , tak lama lepas tu....

"kak yong!!......kak yong!!!" *ketuk ketuk pintu

dan selagi I tak bukak pintu selagi tu dia panggil . bila bukak je , muka dia berseri seri , tersengeh lebar sambil cakap "haaa , ni kak yong" ataupun "caaaak"
macam mana aku tak cair kalau macam ni . nak marah pun tak jadi . then bukak je pintu dia terus pergi ke katil aku and cari phone aku . yang super pandai nye , dia tau dekat mana aku sorok phone aku . yang kadang kadang Huda and ibu pun tak jumpa . I usually put my phone under my pillow . so dia akan angkat satu satu bantal atas katil tu saaampai jumpa phone .

then cakap , "nak ain gem lah." =..=''
and dia tau game apa yang ada . "ain dog lah (talking ben)" atau "nak ain meow lah" (talking tom)
he also know ada youtube dekat phone ni . kadang kadang dia cakap "nak ngok win lah . kak win lah!" (pingu) atau pun "kak api ! kak api !" (thomas and friends)

and macam macam lah . mintak bukak chicken dance dan lagu bapaku pulanglah . memang tak larat nak layan . kalau buat tak tau , selagi tu dia menjerit jerit mintak and menangis . heeeeeee , rasa nak cekik je !!

dan tadi baru je dia ketuk ketuk pintu . and nak tau dia cakap ape ?

"kak yong !!! kak yong ! jik yak . jom asuh"
dan aku pun menjerit "kenapa suruh kak long ?????? pegi lah ajak ibu basuh !! eeeeeeeeeee"

Photobucket

Petua hilangkan kedut di mata


Assalamualaikum readers :3
di entry yang entah bila konon kononnya nak post pasal petua hilangkan kedut di mata ni . tapi seminggu kemudian banyak pulak entry entry merapu yang lain muncul . LOL

Berkat aktiviti harian selama tiga bulan yang memang tak pernah miss , yakni tidur di subuh hari dan bangun di tengah hari , haruslah saya punya eyebag yang sungguh menawan . jangan jeles dengan eyebag I pliss . hari tu tengok mata dekat cermin.... and I was so so so surprise . like.... macam mata orang tua dah . banyaknya kedut kedut . waaa , i'm aging so fast maybe ?

makanya haruslah cepat cepat tanya pakcik gugel macam mana nak dapatkan mata menawan . tapi dak buat pun . search saje . haha .
ok stop merapu , ini tips nye ~

\first/
pecahkan telur , then isinya buat lah apa apa . buat kek ke , telur dadar ke , telur mata kobau ke.... tapi kulitnya jangan buang dulu . ace intai dalam kulit tu . kalau korang nampak macam buih buih kecik tu , haa itulah dia . ambil sikit lebihan telur putih yang macam buih buih tu then sapukan dekat sekitar mata . sesuai pakai time nak masuk tidur . sebab mata kita tak banyak gerak . konon konon nya berkesanlah kalau buat selalu .

\second/
lu tau ka itu pokok lidah buaya ? ala itu . orang jawa panggil aloevera . hiris daun dia , then letak dalam peti ais . dalam 15 minit agak agak dia dah sejuk boleh la tepek dekat mata . best kot . ala macam letak timun sejuk la . ala ala . tapi khasiat aloe vera ni semua orang tau bagus kan ..

\third/
ambil uncang teh yang bekas mak korang buat air teh tu , tekap dekat mata . boleh hilangkan lingkaran gelap dekat mata nih . lagipun I dengar dengar kalau nak bulu mata lentik boleh celup bulu mata dalam air teh . haha . entoh betul ke tidak .

\fourth/
untuk surutkan eyebag anda boleh tuamkan ais dekat mata . petua jepun ke korea entah ada cakap , boleh tekap sudu dekat eyebag tu . sudu kan sejuk . ceh , padahal diorang kedekut ais . hahaha .

\fifth/
belilah segaa jenis produk dekat pasaran . terbukti berkesan . dijamin . hahaha . ataupun , dapatkan tidur yang secukupnya . kompom mata cantik :D
Photobucket

Ke-slim-an terserlah


AMARAN KERAS : INI ADALAH ENTRY GILA SYOK SENDIRI . KEPADA YANG TAK TAHAN , SILA TINGGALKAN BLOG INI DENGAN KADAR SEGERA :P

Assalamualaikum . hai hai hai :D
well , urusan ceramah amali dah pun selesai . now tunggu lagi dua minggu sebelum start belajar . weeee . and oh ye , seperti yang aku jangka , memang semua yang masuk kelas hari tu semuanya makcik makcik . and mereka semua kepoh . you know la , makcik makcik macam mana kan . they talk abaout kedai runcit tu kedai runcit ni , si tipah punya laki tu minah kawen dengan laki ni . 

and I was laughing hard (dalam hati je laa , nak kena sekeh?) when cikgu tu panggil nama masing masing..

"ragayah.... asiah...."

 so so nama orang lama *tak mau mention orang tua :P* dan aku lah gadis paling comel muda dalam kelas tu . ohh , terasa sangat awet muda masa tu >,<

btw , berbalik kepada tajuk entry . ramaaaaai sudah kawan kawan and kawan ibu tegur I makin kurus . huahahaha . bukan maksudnya sebelum ni I gemuk -,- no no no . bukan dah kurus tapi makin kurus . means sebelum ni dah kurus and now semakin kurus . muehehe .

actually , I do . walaupun zaman kegemilangan tahap keslim-an aku adalah pada tahun lepas , sebelum bulan puasa . because aku ada enam belas hari untuk diganti puasa . dan bila tersedar yang bulan ramadhan dah nak dekat sangat aku terpaksa ganti puasa secara marathon . kalau tak memang tak sempat ganti . so masa tu memang aku slim tahap the slim-est lah kan . hahah . but after raya ofcoz I naik berat semula -,-

and now makin kurus balik . rasanya ramai yang tegur pasal rata rata kanak kanak after SPM ni akan menggemuk mengepam ngepam bila habis SPM . lagi lagi yang tak kerja duduk rumah macam aku ni . bosan bosan makan . yedok ? dan kawan kawan aku semuanya dah mula merengek rengek berat dah naik . 

tapi I cool . hahaha . keep calm and stay slim :D

sebenarnya bukan diet pon . makan tahap melantak tak ingat jugak . cuma selalunya aku makan sehari sekali je . ehem , mana tak nya . bangun dah tengah hari . then terus tengok tv , sidai kain , masak , tengok tv balik . aku tak kan makan benda yang aku dah masak tu selagi ibu and ayah belum balik . lagipun tak terliur :P

kadang kadang aku lupa nak makan . dah nak malam baru teringat yang hari ni langsung tak makan . kadang kadang pagi tu just minum air segelas . then sampai ke malam tak makan . mana tak kurus -,- 

tapi bila sekali makan memang banyak . senduk nasi sampai penuh pinggan . ayah pun tak makan banyak tu . semalam makan dekat luar tak cukup char kuey tiaw sepinggan . aku order pulak roti telur -,- hari ni pulak melantak nasi goreng kampung . sampai tahap tak boleh masuk baru aku berhenti makan . haha . tapi tu lah , mana tak makan banyak . satu hari langsung tak makan . kiranya sekali makan tu bekalan tenaga untuk 24 jam lah . haha .

konklusianya , aku slim . abang po sila jeles sebab anda gemok berlemak . haha . terasa bahagia tahap heaven gila setiap kali kira BMI . pasal BMI aku antara tahap kurang berat and normal . rasa nak kira hari hari . hahaha . 





Photobucket