Scout's Scenes Camp (Part I)



Assalamualaikum my dear readers :)
sebelum princess teddy start entry ni haruslah korang semua tahu yang princess teddy sedang menaip dalam keadaan yang sangat menyayat hati . dengan muka capek habis , dengan rambut serabai , maklumlah , bangun-bangun tidur terus online .

well , selama tiga hari ni princess teddy pergi join camp pengakap , Scenes Camp . siyes penat . pasal kami tak ada masa nak berehat langsung . si fasi pulak kerja tak habis habis terjerit terlolong sambil mengira . menciknye dahku !

"ok semua berkumpul cepat ! sape lambat kena denda ! satu ! dua ! tiga ! empat !"

"semua pergi surau cepat ! satu ! dua !"

"cepat semua berkumpul depan dewan ! satu ! dua ! tiga !"

=..= apa lagi yang dapat saya katakan di sini . baru bagi arahan sekali terus nak mengira . agaknya dia ni kurang kasih sayang . dulu masa kecik kecik bonda dia tak kasi dia mengira kuat kuat kot . kesian .

sampai je dekat camp tu , bukan setakat nak tercengang , nak garu kepala sambil hentak kaki mahupun pasang muka protes , tapi nak menjerit sambil buat semua sekali . last princess teddy camping time darjah enam ya . harap maklum . time tu camping dekat padang . rumput pendek . tak ada pun pokok tinggi tinggi ni . tapi kali ni , rasa macam sesat dalam hutan . pokok pokok semua saturibuempatratustujuhpuluhdua kali lagi tinggi dari princess teddy . rumput semak semua paras betis . mana ada padang . mana ada tapak camp . semuanya hutan . 

pulak tu sampai sampai hujan renyai renyai . keluar la segala nyamuk yang saiznya tiga kali ganda lagi besar dari nyamuk dekat rumah princess teddy . siyes terkejut tengok . agaknya kalau nyamuk species hisap darah babi hutan ni memang besar besar kot . 


then kami kena kutip sampah . start dari aktiviti first ni princess teddy baru tersedar yang gambaran "scenes camp" yang dalam kepala hotak princess teddy tak sama dengan yang realiti . princess teddy bayang kami nak pergi mengkaji pokok pokok ke , kaji pH air sungai ke , menikmati suasana alam sekitar ke . tapi rupanya sepajang camp kami terpaksa kutip sampah . motif ? kurangkan pencemaran alam sekitar -,-

tu tak apa lagi . tapi yang tak boleh blah nye patrol princess teddy pergi bantai kutip pampers baby yang bersepah sepah atas tanah . kalau satu tak apa . ni tiga ketul ! tergamak diorang kutip . yekk . pasal kami tak jumpa sebarang bentuk sampah yang lebih choomel dari pampers tu time tu . tiba tiba.....

miss wani : okay sekarang saya nak kamu semua recycle sampah yang kamu kutip tadi . pastikan beg sampah kamu tu mengecil . 

princes teddy jenguk dalam beg plastik tu memang nampak pampers je . sampah lain semua dah memang kompom tak leh guna balik . patrol lain dah laju buat pasu , buat menara guna botol-botol yang diorang kutip . kami ni nak buat apa dengan pampers tiga ketul tu ?? basuh pakai balik ??

hari first dah spoil . hari kedua ? lagi spoil . haha . tapi nak story mory sekarang tak sempat . huk huk . nanti yaaa ~


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)