Once you are a SPM candidate...


tarik nafas slow slow . fuhh ~ peh , berkurun kot tak update blog . nak login ke blogger pun dah rasa seram sejuk . terbayang suasana suram belog . ala-ala macam istana lama kena tinggal . bersawang . banyak debu . ala labah-labah . ada hantu . eeeeeeeeeee ~ seram makk .

okay cukup la tu merapek . sedih tau . semenjak naik form 5 ni . memang semua orang nak jeles dengan princess teddy . bila time asrama balik je , ada je program . dua minggu lepas orang lain bersuka ria berjimba sakan dekat rumah . princess teddy pulak terdampar di hutan yang penuh dengan anasir anasir jahat seperti nyamuk , semut , ulat bulu , katak dan sebagainya . nanti bulan depan ada lagi camp pengakap . hatoyai . padan muka . nak lagi join pengakap sapa suruh . tapi best jugak . ngee ~

minggu seterusnya baru je niat dihati yang suci murni nak qada tidur yang terganggu sejak dua minggu yang lepas . pasal minggu first sabtu ahad ada tuisyen add math and chemistry . next week tu ada camp pengakap . sekali minggu yang ni ada sekolah ganti lah pulak . esoknya ? warga asrama dengan berbesar hati nak buat senamrobik bersama makcik makcik hot di awal pagi diikuti dengan gotong royong sampai ke tengah hari . damn shit . sumpah spoil gila mood minggu tu .

dah la Po kena rampas . konon tak boleh bawa bear pergi hostel . nanti histeria lah , malaikat tak masuk lah . koya betul . setakat mengaji pun liat , period tak cuci elok elok , tak ada bear langsung kat hostel pun boleh kena histeria jugak . grrr ~geram ni geram . berani betul mereka sentuh Po beta . ni yang buat beta murka nih . tak guna . memang dapat tulah la korang semua nanti . mujur still ada Abang Po . haish...

okay sambung balik rungutan princess teddy tadi . *cepat-cepat tukar muka bengang kepada muka mintak kesian*
minggu ni pulak , cuti seminggu . yey ! eh , yey ? yey hotak you . orang lain memang lah cuti . princess teddy ?  macam haram . petang jumaat tu terpaksa menghadirkan diri pergi kem maran no 1 di smkj2 selama tiga hari . tiga hari yuh . bukan sehari . hari rabu tu terketar ketar badan menahan eksaited tahap lagi dahsyat dari gaban nak balik rumah . nak online . nak tidur . nak release tension exam dah habis . tiba-tiba hari khamis cikgu cakap .
"Anda diwajibkan hadir ke kem ni . Saya tak nak dengar sebarang alasan,"
berdosa tak princess teddy kalau princess teddy nak menyumpah cikgu sekali ni je ? boleh la . eh ? eh ? plissss .

kalau kem tu best tak apa lah jugak . ni macam ntah ape ape . dengan peraturan tak ketat . budak budak sembahyang pun tunggang langgang . budak laki ceroboh masuk aspuri malam malam . nak marah ni nak marah . lagi lagi bila rupanya kem ni dia ajar subjek teras je . baik kasi peluang budak kemanusiaan je yang pergi . ni nak jugak paksa budak sains yang comel ni pergi . nak marah ni nak marah . *berapa kali mau ulang?*


lebih nak marah bila rupa-rupanya kem ni baru fasa 1 . akan datang ada lagi fasa 2 and fasa 3 . ohh , terharunya dahku . tak sabar rasanya nak pergi kem maran no 1 fasa 2 dekat sri jengka . eksaitednyeeeee =..='

lebih nak marah lagi bila lusa princess teddy ada kelas fizik and sebeban semarak jaya yang masih setia menemani princess teddy setiap kali cuti penggal . tak guna punya semarak jaya . 


P/S : dah la lama tak update . sekali update mencarut carut mengadu dekat blog . hehe . sorry ye sesiapa yang rasa nak kunyah lappy bila baca entry ni .

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)