sejak princess teddy duduk asrama ni , terasa macam blog ni makin membosankan . siyes . idea nak menaip pun kian vanish . sekarang nak merepek bagi korang sakit perut gelak guling guling pun dah tak de idea . sangat sadis . follower pun menaik dalam kadar yang lebih dahsyat dari kelembapan siput vavi . kadang kadang menurun T_T
nak tukar background blog pun dah malas . terasa macam nak pakai layout ni sampai tua je . biar nanti bila dah tua , tengok cucu blogging , boleh la princess teddy tunjuk blog ni .
"cucunda , buat apa tu ?"
"blogging nenda . nenda mana pandai benda benda macam ni ."
"eh , sorry to say okay . ace bukak www.princess-of-husnaland.bs.com"
loading....
"fuyoohh , gila ohsem blog nenda ! tolong ajar cucunda coding plisss"
nahh , baru lah terasa still ohsem walaupun dah tua (tapi tetap awet muda)
tapi kalau blog choomel but bersawang , tak guna jugak . update pun jarang jarang . orang masuk pun rasa mengantuk . pasang pulak music mendodoi macam ni . shoutbox dah expire pun malas nak tukar . terasa nafsu berbloging tu dah hilang je .
kalau dulu , balik sekolah dalam perjalanan tu berbondong-bondong idea datang melimpah ruah . sampai je rumah buka pintu terus terkam comp . tak sempat tukar baju . tak sempat tanggal stoking . tak peduli dah kat perut yang dari tadi menyanyi lagu enjit enjit semut . bukak je blogger otometik rasa lapar tu hilang . tak makan dari pagi sampai malam pun boleh tahan . agaknye ni lah faktor faktor berat badan turun tahun lepas . ohoho .
bila dah jadi macam ni , terasa macam tak nak balik asrama . (pulak dahh) . sekarang ni hostel tak ada air , so terpaksa berulang dari rumah . walaupun ayat "terpaksa" , tapi sebenarnya kanak kanak kat hostel tu semuanya bertepuk tampar beriang ria bila "dipaksa" berulang dari rumah . entah apa yang seronok sangat entah . padahal rumah jauh berbatu batu . terpaksa bertolak dari rumah subuh buta . tu pun nak suka . (ayat orang tak merasa perasaan yang sama pasal rumah depan hostel je)
tapi bila dah masuk hari ke tiga berulang ni , hati mula gatal tak nak balik asrama . macam best je duduk rumah . boleh online . hik hik . eh silap . duduk rumah boleh pergi kelas tuisyen malam . tak mengantuk dalam kelas . senang cari rujukan . tak penat . <----- alasan tak nak balik hostel .
konklusinya , tak nak duduk asrama . titik . tapi , koma , kat asrama ada Abang Po . boleh tengok lubang hidung dia sepanjang masa . nak pergi sekolah nampak dia . dekat sekolah nampak dia . balik sekolah nampak dia . lunch nampak dia . riadah nampak dia . makan malam nampak dia . pergi surau maghrib nampak dia . supper pun nampak dia lagi . kadang kadang study dengan dia malam malam . duduk rumah tak dapat semua ni .
aaaaaa , tak tahu nak pilih abang po ke blog !!!!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)