Relief :)



Assalamualaikum readers :)
yes yes yes ! eh tak , ni bukan iklan YES (year end sale) yang macam kat tv tuh . ini YES sebab princess teddy dah habis exam . ngeee ~ *pasang muka happy*

choi , macam la dah habis SPM . baru exam penilaian awal . UP1 pun belum . ini baru pre-test ye Husna . =..=

tapi sedikit lega la setiap kali bila dah habis exam . terasa macam beban atas kepala dah boleh campak tepi kejap . walaupun test kali ni just dua hari , tapi tetap tak suka . huw huw huw . ehh , tak boleh tak boleh . ingat azam tahun ni . perlu usaha keras demi mencapai matlamat . chaiyok chaiyok . 

dah cukup . sekian saja mukadimah dari saya . sebenarnya mukadimah di atas dah termotivate dek my cousin yang bakap fly ke australia bulan ni . ok fine . jelesnyeeee ! kak ikin dah fly pergi jordan . kak ila , dah nak fly pergi australia . aku ? tak kan nak terdampar macam ikan paus obes kat tepi pantai sorang sorang kat malaysia . noooooo . wuuu , nak ikot !

tapi tapi tapi . princess teddy cita cita pun tak ada lagi . LOL . ada hati nak pergi oversea . walaupun result power , tapi tak ada matlamat hidup tak guna jugak kan . series rasa macam , gila best kot dapat main salji XD . hari tu baca dear yayah eu claire pun rasa eksaited selama sepuluh saat nak study hard . sepuluh saat je lah . so malam ni dah tekad . nak fikir nak jadi apa sampai tertidur . kak ila nak jadi veterina . best . tapi princess teddy macamtak berapa berminat sangat la pulak . kucing kat rumah pun malas nak bagi makan . kesian Citam . dah macam mengidap anarexia nervosa . kui kui kui .

kak ikin pulak bakal jadi doktor . doktor ? forget it . princess teddy nak jadi chemist ! nak buat perfume banyak banyak . ohohoho . bestnye ~

konklusinya , malam nanti nak fikir !

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)