selamat pukul dua petang !
Assalamualaikum . Berita Husnaland kini melaporkan kejadian ribut taufan yang sedang melanda kediaman diraja . semua jadi tunggang langgang . tapi orangnya masih berlenggang . hish , ni harus nak kena panggang .
mengikut laporan , sejak dari pagi tadi tuan puteri kerajaan Husnaland telah terburu-buru bagi membuat persediaan menghadapi ribut taufan yang kini telah pun melanda . keadaan gawat ini terjadi akibat daripada tabiat kurang sihat tuan puteri itu malam tadi yang sepatutnya sedang buat persediaan tapi dia sibuk buat mesyuarat gossip gossip sedunia bersama penduduk katil sebelah , yang turut dikenali sebagai Cik Lisa Surihati .
jadi balik je dari ADO (Akademi Dera Otak *sekolah*) baginda terus berlari lari menuju ke toilet . eh , apsal pulak ? sebab baginda dah menahan diri dari nak terkucil dari dalam bas lagi . azab sungguh detik detik genting tu . Siap je melakukan proses penyahtinjaan , baginda terus berlari lari pulak packing barang . ehh , nak pergi mana pulak ni ?
untuk makluman semua , tuan puteri Husnaland bakal berambus tepat jam 4 petang ini ke Kem Tengku Mahkota bagi berjumpa dengan putera idamannya yakni seorang tengku yang memakai mahkota . mereka bakal main pondok pondok di sana selama tiga hari dua malam . oleh itu , dinasihatkan kepada rakyat jelata yang merindui tuan puteri , bolehlah melawat baginda di sana . oh ya , jangan lupa bawa kudap-kudapan sekali .
namun begitu , menurut sumber sumber yang tak sure boleh dipercayai ke tak , baginda dilaporkan telah menyumbat beberapa buah buku sejarah ke dalam beg baju baginda . insiden aneh lagi menakjubkan ini terjadi akibat baginda bakal mengambil USO (Ujian Sakit Otak) dan antara subjek yang bakal menanti pada hari isnin ialah sejarah . huh , tak gune .
konklusinya , baginda terpaksa bersuka ria bermain pondok pondok sambil menelaah buku . terbaikkk . so , rakyat jelata diharap dapat mengewishkan sedikit luck kepada baginda .
Sekian , berita merapek jam 2 tamat .
*teneneneng teneneng teneneng ~~~ (music background tamat berita)*
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)