Assalamualaikum readers :)
Dewasa ini princess teddy tak habis habis membebel kan ? balik balik mengadu pasal manusia manusia yang kurang prihatin cakap princess teddy still sekolah rendah . diri sendiri pun dah rasa nak muntah pink , apatah lagi kanak-kanak sekalian yang sedang membaca . mungkin akan muntah pelangi . *tiba tiba teringat kat kucing yang lari lari atas pelangi tuh . nyan nyan ~*
so apa kata hari ni kita share share tips untuk hilangkan stress . sesiapa ada tips baik punyer , boleh lah share :)
\one/
kalau rasa serabut otak , apa kata kita tidur dulu . best . siyes ni tak tipu (ayat orang kuat tidur) tapi memang cara ni agak berkesan la . princess teddy sendiri pun kalau sakit hati sakit perut mahupun sakit mental , princess teddy akan cari katil dulu . tak jumpa katil cari sofa. tak jumpa sofa atas lantai pun kira bolehla . janji tidur . and bila bangun nanti almost 60% benda benda yang meyerabutkan otak tu akan pergi dibawa mimpi . cehh ayat -,-
\two/
jumpa kawan kawan . kalau korang jenis yang suka share problem , maybe boleh mencurahkan perasaan yang terpendam kat kawan-kawan . huhu . kalau yang jenis secret of akochan macam princess teddy , boleh gossip-gossip dengan kawan . cakap pasal benda yang boleh buat kita ketawa .
tapi kalau stress malam malam macam mana ? kawan takde . kredit pun kering . inisiatifnya , cakap dengan cermin . nak mengadu pun boleh , nak ketawa sorang sorang pun boleh . dijamin cermin tu tak kan bosan .
\three/
main game ! tapi dinasihatkan main game yang peratusan korang takkan kalah tinggi . kalau tengah stress , main game yang mencabar gila . then kalah . harapan lappy korang akan melayang keluar tingkap tu sangat tinggi . so , elakkan .
\four/
karaoke . sama ada nak pergi dengan kawan-kawan , atau berjoget joget sambil pegang sikat depan cermin sorang sorang . terserah . yang penting enjoy . nak menyanyi depan anak-anak patung yang konon kononnye penonton pun boleh . bolehla koya macam rock star kan . hik hik (kantoi pernah buat -,-')
AMARAN : sebarang bencana alam seperti banjir , ribut taufan atau gempa bumi adalah di luar tanggungjawab pihak kerajaan Husnaland . harap maklum .
\five/
makan ! tapi.... sekiranya terjadi kesan sampingan , sila jangan hack blog princess teddy ya .
\six/
terapi haruman . cara ni agak berkesan . terutama kalau kita juga bau bau yang lembut . lavender ke , rose ke , vanila ke , whatever ke . cara ni terserah nak buat macam mana . sama ada yang mandi lama lama sampai habis satu botol sabun , atau pasang lilin yang wangi wangi tu , ataupun pakai losyen . tapi yang paling best mandi lama-lama sambil letak lilin wangi kat tepi then siap mandi pakai losyen then tidur . wuuuuu , bestnye !
\seven/
cara paling ringkas dan cepat , ambil wuduk and buat la solat sunat dua rakaat . kalau buat betul betul , kompom stress tu akan hilang :)
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)