Sekali lagi...

*weh sama macam baju aku ! (bangga baju same LOL)*


Assalamualaikum readers :)
semenjak dua menjak tiga menjak ini , manusia kian sulit menklasifikasikan spesies homo sapien dalam golongan umur yang betul . justeru , marcapada pascamerdeka , kita seharusnya menitikberatkan isu sensitiviti perumuran . jika tidak , natijahnya pasti ada yang akan menangis di pinggiran pantai mengenangkan nasib diri . 


ok cukuplah tu buat mukadimah yang gila bombastik wahai Tuan Puteri Husna . actually just nak mengadu lagi sekali , macam biasalah , ketidakpuasan hati bila ada orang yang cop muka princess teddy sekolah rendah . mesti korang dah jelek baca benda yang sama setiap kalikan ? ok fine ! kalau rasa nak muntah tu pergi je lah muntah ! like i care . \tacing tiba-tiba/


hari ni sumpah penat . tapi princess teddy gagahkan jugak diri menaip entry demi mengadu pada sekalian rakyat sejagat tentang kisah ang menimpa dahku petang tadi . (perasan tak ayat princess teddy lain macam dari tadi -,-) well , pagi tadi bangun bangun terus berambus dari rumah maklong ke Keratong . ada kenduri-kendara di sana . well , orang nak bagi makan free . jauh jauh pun sanggup datang . 


tapi tuntas , tengah syok princess teddy makan dengan gaya ayu habisnya , atok yang dari tadi duduk tepi princess teddy pun tegur . agakya dia dah bosan mengira berapa butir nasi masuk dalam mulut princess teddy kot . 
"kakak ni darjah berapa"
uhuk . siyes nak tersedak . tapi demi mengcover ayu (pasal dah pakai gojes habis , nak nangis karang takut eye liner comot) princess teddy pun senyum je sambil meneruskan mengunyah daging yang liat gila . hatoyai , tercabut la gigi pelesu i macam ni . sambung cerita , atok yang tengok princess teddy tersenyum senyum dari dari pun menyambung main teka teka . 
"tingkatan satu ya?"
mungkin dia takut princess teddy kecik hati sebab salah teka princess teddy still sekolah rendah . tapi bila dia teka princess teddy form wa tetap makan dalam . wuuu ~ lalu ayah yang dari tadi terseyum menganjing pun tolong jawab..
"darjah lima..."
atok tadi pun angguk angguk . ohh , darjah lima.. belajar elok elok ya . adakah ini erti sebenar kekejaman melampau ? terasa macam nak buat aduan rakyat je . seorang bapa telah berlaku kejam terhadap anak kandungnya sendiri . adakah ini tanda-tanda akhir zaman ? dan adakah aku akan stop merapek sekarang ? ya -,- 

lalu dengan separa menjerit tapi still cover choomel princess teddy pun bersuara . 
"waaaaa , orang dah tingkatan lima la !"
ceh , ayat tak matured langsung . kenapalah ayat ni yang terkeluar . sepatutnya ayat ni yang sesuai "ehem , maaf ya . saya sudahpun berada di tingkatan lima ." haaa , kan ke terserlah kedewasaan tu . mujur atok tu species yang cakap lembut . dia borak dengan ayah pun macam sweet je . lembutnye . suara perlahan ala-ala macam makcik makcik yang mengumpat . puas princess teddy pasang telinga , rupanya cakap benda tak penting je . ingatkan nak share gossip hot . ceh . so , sejuk la sikit hati . 

bertambah sejuk bila di penghujungnya princess teddy dapat melahap fruit cake . ototototototo . siyes sodap . maka princess teddy pun menggunakan tiket "sedara" yang ada dengan buat muka tak malu makan sebanyak yang mungkin . dah lah kek kahwin orang . aku pulak bantai makan banyak banyak . tapi... peduli apa kan . janji sedap . hik hik . nak lagi ! pengantin tu cakap kek ni dari ECM . so bolehlah princess teddy beli nanti . ohoho . satu biji RM120 . 

.... 

tak pe , akak pengantin tu cakap boleh beli slice . RM4.50 je . kira jadilah . *sedih kan -.-*

P/S : tadi jumpa Zahid AF ! (jakun)

Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)