Moral of the story : baju kurung nampak tua


tawan tawan . titew sedeh ni . malam tadi kan , titew kan , punya lah semangat iron baju kurung . dengan harapan dan tujuan yang satu , esok nak pakai untuk pergi kelas addmath . hik hik . menunjukkan ke-eksaited-an saya untuk ke kelas . betapa kudusnya hati ini . 

alasan lain , kalau dah iron baju awal-awal , pagi esok bila terasa malas nak pergi kelas mesti akan paksa diri jugak sebab dah penat penat iron baju . rugi tenaga dan elektrik . 
konklusinya : iron baju awal = pemangkin paksaan untuk pergi kelas 

tapi malangnya , wa tersalah tema . ada ke patut , baju yang princess teddy iron tu baju yang meriah gitu . dah la warna pink strike , menggerbang gerbang pulak . keluar je bilik , terus kena tegur dengan ibu .
"amboi , kau ni nak pergi kenduri ke ape ?"
tergamak bonda berkata begitu . isk isk . sampai kelas pulak , semua orang tergamam tengok baju princess teddy yang terlebih gojes nih . memang kena cop muka nak pergi kenduri lah . huk huk . 

keluar bandar pulak , singgah mana mana kedai mesti orang akan tegur ,
"ye kak nak beli apa ?"
tu teguran sebelum nampak muka . baru nampak baju . bila princess teddy angkat je muka terus ayat bertukar . 
"pilih la dik , ada banyak warna ni"
dua kedai tudung princess teddy masuk , dua-dua wa terima nasib yang sama . choi ~


kenapa , pakai baju kurung ni nampak macam orang tua ke ? tak nampak ke muka saya yang choomel lagi awet muda ni ? cuba kalau pakai macam biasa , kompom orang ingat budak sekolah rendah . minggu lepas pergi beli baju pengakap , cina tu kasi princess teddy seluar budak budak . yang ada getah tu . mujur masa nak bayar tu dia tanya , u darjah berapa ? demm , dengan penuh emosinya princess teddy pun jawab "adoi tokey , wa dah form 5 lorh . dah nak habis sekolah pun !" terus dia pergi bagi  seluar untuk orang besar . dia cakap bahaya kalau sekolah menengah pakai seluar bergetah . nanti kawan main tarik tarik seluar terlucut susah . masalahnya , dah sekolah menengah ada ke orang main kejar-kejar tarik seluar ni lagi ? -,-

kalau selalu , kemain marah lagi bila orang ingat princess teddy budak budak . tapi bila orang panggil kak pun nak marah jugak . agaknya kena panggil cik muda atau tuan puteri baru saya boleh tersenyum senang kot . ekekeke ~

P/S : agak-agak nak kena dressup macam mana ya baru dapat menyerlahkan ke-teenager-an princess teddy ni ? selalu teens pakai baju macam mana -..- (ayat orang yang langsung tak mengikuti perkembangan fesyen)
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)