Transformation

Assalamualaikum :)

Aku ada jumpa satu quote hari ni : It's just skin and bones that you adore . Nothing less and nothing more .

Pernah tak kau scroll scroll instagram tengok gambar perempuan cantik atau lelaki hensem then rasa macam nak tekup bantal kat muka lantas menjerit "kenapa aku buruk sangat ????" Lepas tu scroll lagi nampak pulak gambar kawan sekolah rendah kau yang dulunya sumpah tak cantik langsung selekeh je tapi sekarang kemain hotstuff bhai . dan kau mula terdetik "aku ni bila nak cantik jugak ?"


Kalau tanya aku , pretty much everyday . hahaha 


bagi aku , cantik tu bukan tersedia dan bukan kekal . mungkin lah ada orang yang memang genetik gojes sejak sperma ayah dia bercantum dengan ovum mak dia . tapi tak ramai . dan ada jugak yang masa kecik masa muda cantik comel , tapi bila dah besar macam "eh dia ni dah besar tak de lah cantik mana . dulu kecik kecik comel je" itu antara komen makcik makcik zaman sekarang . suka betul perhati transformasi anak orang . cuba kalau orang cakap eh makcik dulu muda cantik tapi sekarang apasal berkedut beruban semacam ? gemok gedempol pulak tu ." suka ?


Aku ? Alhamdulillah aku boleh cakap puberty hits me quite well . kah kah . aku bukan nak cakap aku cantik . tapi sekurang kurangnya aku tak lah seburuk aku yang dulu . aku masa kecik kecik sangatlah merupakan budak yang tak comel . langsung . lagi lagi zaman sekolah rendah . setiap kali aku tengok album rasa macam nak facepalm and bakar je semua gambar tu . nanti kalau future husband aku mintak tengok gambar masa kecik sumpah tak nak tunjuk . 


Aku dulu kecik kecik tomboy . orang lain pergi sekolah tompok tompok bedak kat muka . aku tak main la pakai bedak ni . pastu petang petang main panas . memang lah hitam cerita dia . and then aku siap ada panau kat muka . kah kah . dan sangat sangat sangat kurus . aku ingat lagi masa darjah lima macam tu kawan kawan aku semua dah mula membesar . makin tinggi . makin ada body . makin lawa . aku ? still macam budak darjah dua . 


but aku punya puberty lambat sikit . aku akil baligh masa form 3 . nampak tak ketidakmatangan yang obvious di situ ? orang lain da macam mak orang aku baru nak jadi anak dara . aku dah form 3 macam tu baru ada orang tegur aku nampak makin cerah sikit , dah tak kurus sangat , muka dah tak derp sangat . and aku pun dah mula pandai bergaya . kalau dulu pakai tudung bawal pastu pin macam tu je . hahahahah patutlah dulu crush aku tak nak kat aku . aku dah form 3 baru dia macam nak kat aku balik . lololol . baru sedar kenapa T_T


aku dapat buat timeline gambar dari form 2 je . sebab ni semua gambar dekat facebook . masa form 1 tak de facebook lagi . hahaha . dan ni semua bukan gambar selfie . sebab kalau selfie memang la semua nampak 40% lebih cun . 


form 2 (2009) *ewahhh . style betul aku pakai tudung en*

form 3 (2010)


form 4 (2011)
form 5 (2012)
after SPM (hujung tahun 2012)

2013


2014






tadaaa ~ jom kita ambik masa 5 saat untuk gelakkan betapa buruknya aku . HAHAHAHA .


 so kids , jangan risau kalau korang rasa korang buruk . rasa macam banyak jerawat ke apa . tu semua sebab korang nak membesar . aku pun ada jugak jerawat . sekarang kurang sikit lah berbanding dulu . but once dah tiba masa dia , korang pun akan transform jugak . jadi lebih baik InshaAllah . macam ayah aku , aku tengok dia yang sekarang (hampir 50 tahun) jauh lebih hensem daripada dia masa umur belasan and dua puluhan . 


dan jangan pernah kutuk atau ejek kawan kawan korang gemuk ke buruk ke apa . siapa tau 10 tahun akan datang dia jauh lagi cantik atau hensem berbanding korang . dan masa tu korang cuma mampu gigit jari je tengok dia . sekarang ni korang hanyalah ulat yang baru nak jadi kepompong . belum tau lagi hasil dia macam mana . ewahh , bermadah pujangga pulak iolls . ihiks .



Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)