Bad side of the brain

Assalamualaikum .

Seperti manusia normal yang lain , aku pun ada otak . atau dalam bahasa latin 'bhraign'  . hahaha . tapi i'olls special sikit . kalau otak orang lain terbaagi kepada medula oblongata , thalamus , hypothalamus , cerebrum , cerebellum jadah apa semua tu, otak aku terbahagi kepada bahagian yang lebih..... tidak biologi . haha



disebabkan gambar cross section otak terlalu hambar , maka aku make over sikit . tambah rambut , pakaikan lipstick ciked , blusher ciked . baru la omey . kahkah XD
dan ya , aku tak ada halkum macam dalam gambar tu .


So basically otak aku terbahagi kepada lima bahagian besar .

BLUE SIDE 
dimana aku simpan segala ilmu ilmu yang aku belajar di sekolah , dan universiti. ya , tak sampai separuh otak pun aku bagi ruang untuk semua tu . banyak lagi benda lain yang lagi penting . ahaks :P


GREEN SIDE
di mana aku fikirkan tentang makanan . teringin nak makan tu teringin nak makan ni . teringin nak masak tu . eh malam ni nak makan apa ? eh makanan tu sedap tak ek ? agak agak esok ibu masak apa ye ? eh benda ni boleh makan ke ? dan sebagainya .
p/s : aku lupa nak lukis sushi kat situ . dammitt !


BLACK SIDE (with yellow question mark)
itu ruang gelap dimana semua persoalan dalam hidup aku masih belum terjawab. macam mana orang cipta bahasa yang berbeza beza ? siapa yang start cakap bahasa tu dulu ? alien betul betul wujud ke ? bila kereta terbang nak di cipta ? dah nak dekat 2020 dah ni .

dan soalan soalan tentang hidup yang akan buat aku rasa tak tenang , neves , tak senang duduk dan sebagainya .
like.... macam mana kalau nanti aku tak boleh mengandung ? kawan kawan aku suka aku ke tak eh sebenarnya ? boleh ke aku pass university ? lepas habis degree nak kerja apa ? aku ni ada masa depan ke ? 

WHITE SIDE
ini lebih dikenali sebagai blank space . bukan lagu taylor swift ye anak anak . no , aku tak tulis nama nama lelaki yang aku kenal dalam hidup kat situ . ahaks . tapi ruangan tu ialah ruangan di mana banyak maklumat maklumat yang masih belum berhubung . yang menyebabkan kadang kadang (actually most of the time) bila orang cakap dengan aku , aku cuma mampu kelip kelip mata . blurrrrr . setengah jam kemudian baru aku dapat tangkap benda yang cuba disampaikan dan cuba sambung balik sembang pasal topik tu but it's already too late . semua orang dah tak nak sembang dengan aku T_T

PINK SIDE
haa ini part paling best . ini di mana semua impian cita cita dan angan angan aku disimpan . atau boleh dinamakan 'imaginary zone' aka kawasan aku berangan . hahaha .

tapi bahagian yang super indah ni ada sikit lencongan yang membawa kita ke dark zone . THIS is the bad side of my brain . di mana otak aku mula membayangkan benda benda yang tak sepatutnya . contohnya aku naik bas , then aku bayangkan bas aku tergolek masuk gaung . aku naik LRT, aku bayangkan LRT tu terjatuh dari landasan atas highway then meletop .

kawasan ni akan jadi makin aktif bila menjelang malam . aku ni species burung hantu . so bila dah pukul 2 3 pagi tu , ting ! dark zone is activated ! aku bayangkan aku duduk atas katil tiba tiba pintu bilik terbuka and ada kepala intai . aku bayangkan ada orang selak langsir tingkap aku . aku bayangkan ada tangan keluar dari bawah pintu toilet . aku bayangkan ada benda duduk atas almari . kalau kat hostel pulak , aku selalu bayangkan ada orang kat luar tingkap balcony . padahal tingkap side aku takde balcony . then bila aku pergi toilet aku bayangkan ada something kat ampaian , kat cermin , dan sebagainya . dan bagi memastikan semua ni tak betul , aku akan pergi check satu persatu . macam bodoh kan kau pergi toilet sorang sorang pukul 3 pagi then kau pergi check ampaian ada hantu ke tak.....


but well , that's me ! and of coz , selalunya ending dia aku akan berlari dari toilet sampai bilik , aku akan cepat cepat tutup tingkap dan tinggalkan semua benda terus masuk dalam selimut , dan aku akan stop online , kunci pintu bilik and toilet, tutup lampu dan tidur .


sorry kalau entry ni buat korang termasuk dalam dark zone otak aku dan mula membayangkan semua benda ni sekarang . muahahahahahahaha *gelak jahat tapi comel*


Photobucket

1 comment:

  1. yaya pun selalu fikir.. macam mana la cipta bahasa yg beza2 tu.. :(

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)