Girl's Problem #1 | Getting Hair Cut

Assalamualaikum..


So , baru baru ni aku pergi gunting rambut . dan seperti biasa . aku tak pernah balik dari kedai gunting rambut tanpa perasaan menyesal dan meratapi pemergian rambut aku . depan tukang gunting tu memang lah jet jet cool je . like, owh wow , cantik dah rambut ni . thanks :) supaya dia berhenti dari gunting rambut aku sampai botak .

keluar je dari kedai tu....


huuaaaaaaa I want my hair back ! T_T

literally like that . everytime babe . everytimes...




cerita dia rambut aku memang dah sedia pendek . but it is just too thick . rambut aku lebat dia tahap melampau . aku actually ada masalah rambut gugur . kalau dalam bilik tu memang rambut everywhere . tapi rambut aku tetap lebat . dan sebenarnya aku bersyukur dalam diam yang rambut aku gugur . sebab kalau tak kau boleh bayangkan tak macam mana . Rosmah pun kalah tau nanti .


so disebabkan rimas aku pun pergi lah gunting rambut . aku sebenarnya tak tau nak describe macam mana kat tukang gunting tu . aku cakap aku nak nipiskan rambut sikit . rambut tepi nak potong sikit . macam pendek sikit lah dari yang belakang . and rambut depan aku nak potong pendek sikit buat bang . macam cute hair bob gittew .


so tukang gunting tu suggest buat layered . so I was like , okay . then aku tunjuk lah kat dia aku nak pendek paras mana . then potong potong potong , aku sedar yang rambut belakang dia layer buat macam ada ekor . I don't like that way . so I said , boleh tak rambut belakang tu nak sama panjang dengan rambut tepi . masa tu rambut aku dah pun potong pendek . then dia repair rambut belakang . tiba tiba dia potong lagi rambut tepi aku jadi lagi pendek . makin pendek makin pendek . rambut depan pun pendek habis takde bang bang nye. aku ni dah menangis dalam hati berdoa dia berhenti potong rambut aku . 


hasilnya ? 


aku rasa macam hensem gila sekarang . rambut aku even boleh buat rambut pacak you know . aku rasa paling paling lagi tiga bulan baru aku boleh ikat rambut . so there you go . no more rambut comel . hiduplah gua bersama rambut pendek gila nak mati ni . memang tahun depan la baru rambut aku cukup panjang untuk pergi gunting semula . tskk..



since that day doa lepas solat dah bertambah sikit . Ya Allah ya tuhanku , kau panjangkanlah umurku dan rambutku . padan muka mengadu rimas rambut tebal sangat kan *nangis dalam selimut*



Photobucket

6 comments:

  1. sedihnye kalo terlebih ptong rambut.. nk sambung balik pon dh xblh..
    sobs.

    xpe dik.. pacakkan rambut.. baru ensem!
    hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. kena sabar je lah tunggu panjang balik . sementara ni kena lah feeling feeling boyish sikit rambut pendek . haha

      Delete
  2. ekekeke. kawan saya pon kena xD rambut panjang tiba2 pendek gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha . cakap kat kawan awak , tak pe , ada insan lain yang senasib dengan dia XD

      Delete
  3. Na lawak duh yg ni. Nak tgk jgk khnseman kau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh tunjuk . takut kau tergoda . hahahaha

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)