rentetan daripada entry sebelum , aku jadi terfikir apa yang aku buat bila aku bosan masa aku kecik kecik dulu . yup , I was once a nightmare . pakai skirt duduk terkangkang nampak spender . menangis dalam supermarket bila ibu tak bagi beli mainan . kena denda dengan cikgu tadika sebab asyik kacau kawan nak belajar . ahhh , good old time . eh wait , aku rasa semua benda ni aku still buat sekarang . kecuali yang nampak spender tu lah . hahaha .
dulu hakak kecik kecik dik oi , manade tab tab semua ni . budak budak zaman sekarang aku tengok dekat mana mana mesti duduk berkumpul main tab . kepala tunduk je . duduk mencangkung . aku rasa generasi diorang ni umur 20 dah ada masalah tulang belakang . even adik aku sendiri pun , asyik main game angry bird je dekat phone ibu . orang ugut nak buang semua mainan dia baru lah dia nak main . cettt .
benda paling aku ingat masa kecik kecik kawan kawan aku ramai laki . aku tak lah selejen budak budak lain . mandi sungai . pancing ikan . kayuh basikal pusing satu kampung . curi buah . aku budak nerd je . masa kecik kecik dulu aku tinggal dekat rumah guru . so kawasan jajahan aku hanya sekitar pagar rumah guru je lah . parents aku tak bagi aku main luar pagar . cehh . so aku tak pernah la pergi rumah kawan main pondok pondok . lu nak main dengan gua , lu datang rumah gua . agaknya sebab ni lah aku tak ramai kawan sekarang . and asyik kawan aku je yang datang bilik aku . i dont even know their rooms . haha.
so petang petang , aku selalu pergi tangkap belalang . tempat paling strategik ialah kawasan pokok keladi . tapi sejak mak aku perasan baju aku banyak kena getah keladi and pokok keladi tu duduk bawah pokok kelapa , aku dah dilarang sama sekali main tangkap belalang kat situ . cehh . but it's okay . x leh tangkap belalang , pepatung ada . bosan bosan sangat main panjat pokok kelapa . satu lagi benda feveret is cari binatang nama dia undur undur . dia suka duduk kat tanah berdebu . so tempat parking kereta banyak gila binatang tu . dia macam satu kepuasan tau kau gali tanah slow slow pastu jumpa binatang tu . rasa macam jumpa harta karun tau . ahaha
tapi sejak kawan kawan aku bersunat , diorang dah tak nak main dengan aku . tskk . sampai hati . time kau sunat aku datang melawat tau . teman kau tengok cerita ultraman . dasar kacang lupakan kulit . so start dari situ kurang lah sikit aktiviti jantan aku . hahaha .
bila masuk sekolah rendah , aku dah mula jadi perempuan sikit . sikit lah . sebab aku still buat benda jijik like tangkap berudu kat kolam sekolah . euuu . kalau sekarang ni kau baling berudu , belalang atau pepatung sekali pun kat aku rasanya aku boleh meraung dan mati ketakutan tau tak .
masa tu aku dah pandai lah main masak masak pondok pondok semua ni . tapi sedih aku tak ada kawan nak ajak main . maklumlah iolls dapat adik pun masa darjah satu . ah baby baru lahir nak ajak main apa je pun . makanya terpaksa lah main sendiri . aku akan susun barang barang kat bilik aku supaya jadi kedai , hospital, ataupun restaurant atau apa apa je lah yang aku nak . dan kawan kawan aku semuanya.......
sebenarnya anak patung aku ada lagi banyak daripada tu . tu baru separuh . so , I dont need any friend . hahaha . masa aku dalam darjah 3 ke 4 macam tu , ayah aku sambung belajar . dia ambil course seni kot . sebab masa tu kat rumah aku ada semua alat alat seni . tanah liat orang buat pasu tu pun ada . so most of the time aku habiskan dengan melukis . tak pun buat perabot kecik guna tanah liat . and masa tu aku dah cukup besar untuk guna gunting bagai . so i did a lot of crafting .
dan ada satu zaman di mana aku ada semua benda benda cool . skater , roller blade , basikal , kolam plastik . aku cuma tak sempat beli trampolin dengan skateboard je . semua benda ni ada musim dia tau . yoyo, bayblade , apa benda tu yang letak guli kat perut pastu tembak tu . B Daman ? like ada satu masa tu semua orang beli kereta control . masa tu siapa punya paling lawa and paling style kira menang lah . aku selalu main dekat rumah kosong belakang rumah aku dengan anak anak cikgu yang lain . sampai pada suatu hari ada budak gemok ni nak try test kereta gua lepas tu accident langgar dinding sampai habis tayar dia tergolek keluar . sampai sekarang aku masih berdendam . tak guna .
ada jugak musim di mana kebanyakan cikgu cikgu kat situ bela arnab . masa tu kucing dianak tirikan habis habisan . aku ingat lagi zaman tu seiring dengan musim kolam plastik . so petang petang aku memang fully outdoor . pergi kutip rumput nak bagi arnab makan . lepas tu gaul tanah tanam pokok bunga . lepas tu main masak masak . gigih tau kumpul kayu and daun kering . simpul simpul surat khabar , nyalakan api kat dapur gas pastu berlari keluar rumah bawak api . dah panas panas main api , terus tanggal selipar terjun kolam . sampailah maghrib . hari hari macam tu . patut lah dulu aku hitam nak mampus .
nak tengok tv pun masa tu manade astro . kartun ada time petang je . tak pun pagi weekend . semangat hoi bangun pagi semata mata nak tengok kartun . sekarang ni bosan je bukak tv alih channel kartun . hadaplah sampai bosan . untungnya budak zaman sekarang *nangis tak puas hati*
tapi childhood aku mula berakhir bila rumah aku start ada komputer . dan pakcik aku install kan gameboy dekat komputer tu . sejak tu aku dah jarang keluar rumah . masa petang dihabiskan dengan main game pokemon . lepas tu astro pun muncul . hoi memang bertambah heaven lah . malam malam layan disney channel . gua dah tak heran dah kartun tv3 pagi sabtu ahad . lepas tu masa aku form 1 aku dapat phone . lagi lah anti sosial . dan tak lama kemudian ayah aku pasang internet kat rumah . sejak daripada tu lah bermula zaman gelap aku . di mana aku addicted dan langsung tak keluar rumah buat benda lain . bosan ? internet . tak tau nak buat apa ? internet . even tv pun aku dah jarang tengok . dan benda ni berpanjangan sampai lah sekarang...... dan menjadi makin teruk . sampaikan bila aku tak dapat connect internet aku rasa macam kena mental breakdown . ya , begitu dahsyat sekali nian sungguh .
so aku tak dapat bayangkan macam mana budak budak zaman sekarang ni . agaknya kalau tak ada game , tv and internet , diorang mungkin arwah berjemaah akibat bosan . ya mungkin.
dan rupanya gua dah pun berkahwin suatu ketika dahulu . tapi gua dah lupa . suami gua pun mungkin dah lupa yang dia ada bini . maaf Abang Po .
btw tengok muka aku . derp gila . hahahahahaha
Rambut helmet. Hahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahaha Kbai
ReplyDeleteEntry ni paling best kahkah
ReplyDeletebuat la jugak entry childhood kau . letak gambar sekali . nak tengok . hahaha
Delete