Sem 2 : Started
Assalamualaikum :)
Phew , dah seminggu aku tak update blog . It's because my 2nd sem had started . Alhamdulillah sem ni aku tak ada masalah untuk register courses . tak macam sem lepas . itu clash ini full . stress aku . habis berkedut muka . sem ni jadual yang aku susun semua berjaya diregister dengan senang hati dan aman . dan credit aku pun dah cukup . tak payah nak ambil subjek elektif lagi . cumanya university courses aku sem ni ada 6 subjek . dan ada dua lab . bersiap sedia lah untuk tidur berselimutkan assignment dan lab report yang menggunung .
but so far so good . minggu ni ilek ilek lagi lah . boleh lagi pergi kelas senyum senyum . tak ada kerja lagi . balik kelas boleh santai santai . layan youtube . main game masak donut sampai lebam . dan masuk tidur dengan tenang . Ya Allah kalau macam ni lah life as a degree student , belajar 10 tahun baru grad pun aku tak kisah . heaven bhai . tapi kenyataannya next week aku akan start busy . dengan projek kolej lagi .
konklusinya : mampuih.
Transformation
Assalamualaikum :)
Aku ada jumpa satu quote hari ni : It's just skin and bones that you adore . Nothing less and nothing more .
Pernah tak kau scroll scroll instagram tengok gambar perempuan cantik atau lelaki hensem then rasa macam nak tekup bantal kat muka lantas menjerit "kenapa aku buruk sangat ????" Lepas tu scroll lagi nampak pulak gambar kawan sekolah rendah kau yang dulunya sumpah tak cantik langsung selekeh je tapi sekarang kemain hotstuff bhai . dan kau mula terdetik "aku ni bila nak cantik jugak ?"
Kalau tanya aku , pretty much everyday . hahaha
bagi aku , cantik tu bukan tersedia dan bukan kekal . mungkin lah ada orang yang memang genetik gojes sejak sperma ayah dia bercantum dengan ovum mak dia . tapi tak ramai . dan ada jugak yang masa kecik masa muda cantik comel , tapi bila dah besar macam "eh dia ni dah besar tak de lah cantik mana . dulu kecik kecik comel je" itu antara komen makcik makcik zaman sekarang . suka betul perhati transformasi anak orang . cuba kalau orang cakap eh makcik dulu muda cantik tapi sekarang apasal berkedut beruban semacam ? gemok gedempol pulak tu ." suka ?
Aku ? Alhamdulillah aku boleh cakap puberty hits me quite well . kah kah . aku bukan nak cakap aku cantik . tapi sekurang kurangnya aku tak lah seburuk aku yang dulu . aku masa kecik kecik sangatlah merupakan budak yang tak comel . langsung . lagi lagi zaman sekolah rendah . setiap kali aku tengok album rasa macam nak facepalm and bakar je semua gambar tu . nanti kalau future husband aku mintak tengok gambar masa kecik sumpah tak nak tunjuk .
Aku dulu kecik kecik tomboy . orang lain pergi sekolah tompok tompok bedak kat muka . aku tak main la pakai bedak ni . pastu petang petang main panas . memang lah hitam cerita dia . and then aku siap ada panau kat muka . kah kah . dan sangat sangat sangat kurus . aku ingat lagi masa darjah lima macam tu kawan kawan aku semua dah mula membesar . makin tinggi . makin ada body . makin lawa . aku ? still macam budak darjah dua .
but aku punya puberty lambat sikit . aku akil baligh masa form 3 . nampak tak ketidakmatangan yang obvious di situ ? orang lain da macam mak orang aku baru nak jadi anak dara . aku dah form 3 macam tu baru ada orang tegur aku nampak makin cerah sikit , dah tak kurus sangat , muka dah tak derp sangat . and aku pun dah mula pandai bergaya . kalau dulu pakai tudung bawal pastu pin macam tu je . hahahahah patutlah dulu crush aku tak nak kat aku . aku dah form 3 baru dia macam nak kat aku balik . lololol . baru sedar kenapa T_T
aku dapat buat timeline gambar dari form 2 je . sebab ni semua gambar dekat facebook . masa form 1 tak de facebook lagi . hahaha . dan ni semua bukan gambar selfie . sebab kalau selfie memang la semua nampak 40% lebih cun .
form 2 (2009) *ewahhh . style betul aku pakai tudung en*
form 3 (2010)
form 4 (2011)
form 5 (2012)
after SPM (hujung tahun 2012)
2013
2014
tadaaa ~ jom kita ambik masa 5 saat untuk gelakkan betapa buruknya aku . HAHAHAHA .
so kids , jangan risau kalau korang rasa korang buruk . rasa macam banyak jerawat ke apa . tu semua sebab korang nak membesar . aku pun ada jugak jerawat . sekarang kurang sikit lah berbanding dulu . but once dah tiba masa dia , korang pun akan transform jugak . jadi lebih baik InshaAllah . macam ayah aku , aku tengok dia yang sekarang (hampir 50 tahun) jauh lebih hensem daripada dia masa umur belasan and dua puluhan .
dan jangan pernah kutuk atau ejek kawan kawan korang gemuk ke buruk ke apa . siapa tau 10 tahun akan datang dia jauh lagi cantik atau hensem berbanding korang . dan masa tu korang cuma mampu gigit jari je tengok dia . sekarang ni korang hanyalah ulat yang baru nak jadi kepompong . belum tau lagi hasil dia macam mana . ewahh , bermadah pujangga pulak iolls . ihiks .
Fear
Assalamualaikum :)
Setiap manusia mesti ada something yang dia takutkan . There is no such thing as fearless though actually . Bak kata pepatah , even gajah pun takutkan tikus . Eh ada ke pepatah macam tu ? maaf lah sejak meninggalkan bangku sekolah dan tak belajar subjek Bahasa Melayu ni bahasa aku macam sampah sikit . kalau baca entry lama lama aku mesti ada peribahasa setiap perenggan . nampak tak nerd . hahaha .
Persoalannya , betul ke gajah takutkan tikus ?
The answer is yes . but not really . sebenarnya gajah takutkan binatang kecil yang bergerak laju . mereka cuma terperanjat je .
eh entry ni bukan nak cakap pasal gajah -,-
So , what do I fear of ?
Aku tak takut gelap . aku tak takut tinggi . aku tak takut guruh atau petir . jadi bakal suami kalau you berharap I akan peluk you sebab rumah blackout malam malam dan kat luar hujan lebat kilat petir sabung menyabung dan you boleh jet jet hero dapat tenangkan I , just forget it . time time macam tu aku mungkin akan lepak kat daput sorang sorang makan jajan dalam gelap sambil scroll phone *future life dont need candle anymore*
kalau benda , aku mungkin takutkan sebarang jenis reptilia dan amphibia dan juga serangga . dan siput . kecuali semut. kalau binatang tu tak ada bulu , aku mungkin tak kan pegang . aku bukan takut actually . aku cuma geli .
aku takut dentist . sangat sangat takut . and takut kena cucuk . aku harap aku tak perlu lalui any surgery atau kena jahit dalam hidup aku .
tapi kalau nak sembang lebih sikit , takut dari segi mental , aku takut kegagalan . aku rasa perkataan GAGAL tu macam menakutkan gila . aku jarang gagal dalam hidup aku . Alhamdulillah . kalau dari sudut pelajaran , aku tak pernah gagal . aku cuma pernah gagal ujian memandu sekali . hahaha . and permohonan biasiswa study oversea . but that's okay . sebab it's not a big deal pun . ada pilihan lain . fail test JPJ boleh repeat dengan senang hati . in fact aku balik rumah ketawa kot sebab fail test JPJ . tapi bila masuk universiti , things get harder . aku selalu ada anxiety bila nak exam , bila nak hantar assignment , bila nak start sem baru . sebab aku takut aku tak dapat buat .
next aku takutkan tanggungjawab . In group , bila ada tugas ke apa , aku selalu jadi orang yang bagi idea . sebab semua orang macam blerghh so aku pun terpaksa bercakap and bagitau idea aku . tapi once ketua decide okay , you in charge untuk benda ni . sebab it's your idea . I will scream a big NO . aku selalu akan tolak title ketua dekat orang lain . atau tarik orang lain untuk buat kerja dengan aku . kenapa ? sebab aku takut benda tu tak jadi . and people will blame on me . diingatkan sekali lagi aku takut kegagalan . hahaha jet jet perfectionist sangat khonn ~
aku jugak takut kalau dikejar . kalau kena kejar lelaki tu iolls tak kisah lah . malahan berbangga . ahaks . tapi kalau kena kejar orang jahat atau binatang atau apa apa je lah , aku takut . kalau nak tahu aku takut main game pacman . sebab ada hantu kejar . game mario pun aku takut . senang cerita apa apa game yang ada benda kejar and boleh bunuh kita , aku tak main . haha . hari tu aku tengok cerita maze runner . time part labah-labah besar tu kejar aku dah menjerit jerit and pegang lengan kawan aku kuat kuat . sejak daripada tu kawan kawan aku semua tak nak ajak aku tengok movie dah . LOL
akhir sekali , aku takut masa depan . kenapa nak takut ? sebab kita cuma boleh bayangkan . kita tak boleh jangka . paling takut bila aku rasa macam aku tak boleh nampak masa depan aku . nak bayangkan pun tak boleh . kosong . masa zaman sekolah memang la tak fikir semua ni . hidup bahagia je . tak ada apa yang nak dirisaukan . once kau habis sekolah , baru lah kau akan sedar yang kau kena fikir semua benda . kau kena buat pilihan besar yang akan tentukan masa depan kau . dan benda ni sumpah menakutkan .
kongsikan fear kita dengan orang ramai mungkin bukan benda yang baik . sebab orang boleh gunakan benda tu untuk jatuhkan kita. please lepas ni jangan kejar aku sambil bawak siput dan cicak dan katak serta cakap nak bawak aku jumpa dentist . I'll hate you for life . tapi bila kita listkan semua benda ni , kita jadi sedar and akan cuba cari jalan untuk atasi ketakutan tu . sebab kita takkan selamanya berada dalam zon selamat . kadang kadang kita terpaksa jugak keluar dari zon tu and face our fear .
sekian sahaja entry super deep dari aku malam ni . hashtag deep . so let's share your fear . ada fear dekat benda pelik pelik ke ? manusia kan macam macam .
Surat Cinta
Assalamualaikum :)
Dah sebulan kat rumah , aku diam diamkan je pasal result exam aku . hahahaha . padahal dah lama dapat result . so minggu depan dah balik UM aku ingat aku dah selamat lah . boleh balik tak payah mention apa-apa . tiba tiba pagi tadi ayah bagi aku surat dari UM . and obviously tu result exam sebab ada carta gred and pointer kat belakang tu .
and I was like.... demmit ! kenapa lah bukan aku yang check peti surat T_T
mula-mula aku ambik and buat tak tahu je . tapi lepas tu ayah suruh bukak pulak . LOL . aku pura pura buat kerja lain , sampai dia tak perasan aku senyap senyap bawak lari surat tu masuk dalam bilik . ahaks .
My result was not that bad pun . Alhamdulillah atas 3.0 pointer . tapi tak ada lah sampai dekan . dekan UM mesti 3.7 and above . why UM whyyyyyy ? dah lah study situ tough , nak dapat dekan pun kena lagi tinggi dari uni lain . cettt . but well , tak mustahil pun nak dapat dekan tu . ada je orang yang dapat dekan . tapi aku tengok budak budak coursemate aku pun tak ramai yang dapat dekan . lagi lagi siapa yang ambik statistic sem ni . memang lah tak dapat dekan . hahaha .
And ada satu subjek tu , aku rasa dalam subjek kimia yang lain , yang tu macam paling senang . LOL . confident je kan . tapi bila exam.... Nauzubillah! most students dapat B . and berlonggok longgok orang fail . aku ? nasib baik lah B .
and the funny part , subjek elektif aku dua dua dapat A . Ohoi ! Bangga lah jugakkan . sebab aku terambil killer subjek budak fizik as elective kot ! and aku boleh dapat A . I mean , even budak fizik pun ada yang repeat subjek tu . So I guess , tu sebab aku memang struggle untuk subjek tu . Sem 1 aku lagi banyak fokus dekat subjek elektif . sebab tu semua bukan benda-benda aku . Circuit , diode apa ke benda tu . Eiii , aku memang tak suka . Aku kena study balik lepas kelas baru lah aku dapat tangkap sikit sikit apa yang lecturer ajar . kalau tak sejam lecture satu habuk tak masuk otak aku . yup , that's why I cannot go with physics.
Tapi subjek kimia ? aku macam ambil mudah sikit . last last ? subjek kimia dapat B , elektif yang dapat A . hahaha . rasanya boleh dah ni pergi pejabat dekan mintak tukar jabatan .
and study week aku wasted gila . jadi aku memang tak ada hak pun untuk merungut result aku tak cantik mana . Take that as a lesson lah Husna . next sem , aku kena study betul betul . BUAT TUTORIAL . ULANGKAJI . jangan tunggu malam exam baru kau nak buat tutorial *emoji jeling mata meluat*
SUM UP OF MY STUDY WEEK
Hi , it has been a daily routine for me to watch youtube every night until 4 am . well , guess that's why I woke up at 1 pm everyday . demmit . but here's a short entry . I just want to share a video that seriously sum up my study week . like seriously . exactly . the . same .
Bad side of the brain
Assalamualaikum .
Seperti manusia normal yang lain , aku pun ada otak . atau dalam bahasa latin 'bhraign' . hahaha . tapi i'olls special sikit . kalau otak orang lain terbaagi kepada medula oblongata , thalamus , hypothalamus , cerebrum , cerebellum jadah apa semua tu, otak aku terbahagi kepada bahagian yang lebih..... tidak biologi . haha
disebabkan gambar cross section otak terlalu hambar , maka aku make over sikit . tambah rambut , pakaikan lipstick ciked , blusher ciked . baru la omey . kahkah XD
dan ya , aku tak ada halkum macam dalam gambar tu .
So basically otak aku terbahagi kepada lima bahagian besar .
BLUE SIDE
dimana aku simpan segala ilmu ilmu yang aku belajar di sekolah , dan universiti. ya , tak sampai separuh otak pun aku bagi ruang untuk semua tu . banyak lagi benda lain yang lagi penting . ahaks :P
GREEN SIDE
di mana aku fikirkan tentang makanan . teringin nak makan tu teringin nak makan ni . teringin nak masak tu . eh malam ni nak makan apa ? eh makanan tu sedap tak ek ? agak agak esok ibu masak apa ye ? eh benda ni boleh makan ke ? dan sebagainya .
p/s : aku lupa nak lukis sushi kat situ . dammitt !
BLACK SIDE (with yellow question mark)
itu ruang gelap dimana semua persoalan dalam hidup aku masih belum terjawab. macam mana orang cipta bahasa yang berbeza beza ? siapa yang start cakap bahasa tu dulu ? alien betul betul wujud ke ? bila kereta terbang nak di cipta ? dah nak dekat 2020 dah ni .
dan soalan soalan tentang hidup yang akan buat aku rasa tak tenang , neves , tak senang duduk dan sebagainya .
like.... macam mana kalau nanti aku tak boleh mengandung ? kawan kawan aku suka aku ke tak eh sebenarnya ? boleh ke aku pass university ? lepas habis degree nak kerja apa ? aku ni ada masa depan ke ?
WHITE SIDE
ini lebih dikenali sebagai blank space . bukan lagu taylor swift ye anak anak . no , aku tak tulis nama nama lelaki yang aku kenal dalam hidup kat situ . ahaks . tapi ruangan tu ialah ruangan di mana banyak maklumat maklumat yang masih belum berhubung . yang menyebabkan kadang kadang (actually most of the time) bila orang cakap dengan aku , aku cuma mampu kelip kelip mata . blurrrrr . setengah jam kemudian baru aku dapat tangkap benda yang cuba disampaikan dan cuba sambung balik sembang pasal topik tu but it's already too late . semua orang dah tak nak sembang dengan aku T_T
PINK SIDE
haa ini part paling best . ini di mana semua impian cita cita dan angan angan aku disimpan . atau boleh dinamakan 'imaginary zone' aka kawasan aku berangan . hahaha .
tapi bahagian yang super indah ni ada sikit lencongan yang membawa kita ke dark zone . THIS is the bad side of my brain . di mana otak aku mula membayangkan benda benda yang tak sepatutnya . contohnya aku naik bas , then aku bayangkan bas aku tergolek masuk gaung . aku naik LRT, aku bayangkan LRT tu terjatuh dari landasan atas highway then meletop .
kawasan ni akan jadi makin aktif bila menjelang malam . aku ni species burung hantu . so bila dah pukul 2 3 pagi tu , ting ! dark zone is activated ! aku bayangkan aku duduk atas katil tiba tiba pintu bilik terbuka and ada kepala intai . aku bayangkan ada orang selak langsir tingkap aku . aku bayangkan ada tangan keluar dari bawah pintu toilet . aku bayangkan ada benda duduk atas almari . kalau kat hostel pulak , aku selalu bayangkan ada orang kat luar tingkap balcony . padahal tingkap side aku takde balcony . then bila aku pergi toilet aku bayangkan ada something kat ampaian , kat cermin , dan sebagainya . dan bagi memastikan semua ni tak betul , aku akan pergi check satu persatu . macam bodoh kan kau pergi toilet sorang sorang pukul 3 pagi then kau pergi check ampaian ada hantu ke tak.....
but well , that's me ! and of coz , selalunya ending dia aku akan berlari dari toilet sampai bilik , aku akan cepat cepat tutup tingkap dan tinggalkan semua benda terus masuk dalam selimut , dan aku akan stop online , kunci pintu bilik and toilet, tutup lampu dan tidur .
sorry kalau entry ni buat korang termasuk dalam dark zone otak aku dan mula membayangkan semua benda ni sekarang . muahahahahahahaha *gelak jahat tapi comel*
Seperti manusia normal yang lain , aku pun ada otak . atau dalam bahasa latin 'bhraign' . hahaha . tapi i'olls special sikit . kalau otak orang lain terbaagi kepada medula oblongata , thalamus , hypothalamus , cerebrum , cerebellum jadah apa semua tu, otak aku terbahagi kepada bahagian yang lebih..... tidak biologi . haha
disebabkan gambar cross section otak terlalu hambar , maka aku make over sikit . tambah rambut , pakaikan lipstick ciked , blusher ciked . baru la omey . kahkah XD
dan ya , aku tak ada halkum macam dalam gambar tu .
So basically otak aku terbahagi kepada lima bahagian besar .
BLUE SIDE
dimana aku simpan segala ilmu ilmu yang aku belajar di sekolah , dan universiti. ya , tak sampai separuh otak pun aku bagi ruang untuk semua tu . banyak lagi benda lain yang lagi penting . ahaks :P
GREEN SIDE
di mana aku fikirkan tentang makanan . teringin nak makan tu teringin nak makan ni . teringin nak masak tu . eh malam ni nak makan apa ? eh makanan tu sedap tak ek ? agak agak esok ibu masak apa ye ? eh benda ni boleh makan ke ? dan sebagainya .
p/s : aku lupa nak lukis sushi kat situ . dammitt !
BLACK SIDE (with yellow question mark)
itu ruang gelap dimana semua persoalan dalam hidup aku masih belum terjawab. macam mana orang cipta bahasa yang berbeza beza ? siapa yang start cakap bahasa tu dulu ? alien betul betul wujud ke ? bila kereta terbang nak di cipta ? dah nak dekat 2020 dah ni .
dan soalan soalan tentang hidup yang akan buat aku rasa tak tenang , neves , tak senang duduk dan sebagainya .
like.... macam mana kalau nanti aku tak boleh mengandung ? kawan kawan aku suka aku ke tak eh sebenarnya ? boleh ke aku pass university ? lepas habis degree nak kerja apa ? aku ni ada masa depan ke ?
WHITE SIDE
ini lebih dikenali sebagai blank space . bukan lagu taylor swift ye anak anak . no , aku tak tulis nama nama lelaki yang aku kenal dalam hidup kat situ . ahaks . tapi ruangan tu ialah ruangan di mana banyak maklumat maklumat yang masih belum berhubung . yang menyebabkan kadang kadang (actually most of the time) bila orang cakap dengan aku , aku cuma mampu kelip kelip mata . blurrrrr . setengah jam kemudian baru aku dapat tangkap benda yang cuba disampaikan dan cuba sambung balik sembang pasal topik tu but it's already too late . semua orang dah tak nak sembang dengan aku T_T
PINK SIDE
haa ini part paling best . ini di mana semua impian cita cita dan angan angan aku disimpan . atau boleh dinamakan 'imaginary zone' aka kawasan aku berangan . hahaha .
tapi bahagian yang super indah ni ada sikit lencongan yang membawa kita ke dark zone . THIS is the bad side of my brain . di mana otak aku mula membayangkan benda benda yang tak sepatutnya . contohnya aku naik bas , then aku bayangkan bas aku tergolek masuk gaung . aku naik LRT, aku bayangkan LRT tu terjatuh dari landasan atas highway then meletop .
kawasan ni akan jadi makin aktif bila menjelang malam . aku ni species burung hantu . so bila dah pukul 2 3 pagi tu , ting ! dark zone is activated ! aku bayangkan aku duduk atas katil tiba tiba pintu bilik terbuka and ada kepala intai . aku bayangkan ada orang selak langsir tingkap aku . aku bayangkan ada tangan keluar dari bawah pintu toilet . aku bayangkan ada benda duduk atas almari . kalau kat hostel pulak , aku selalu bayangkan ada orang kat luar tingkap balcony . padahal tingkap side aku takde balcony . then bila aku pergi toilet aku bayangkan ada something kat ampaian , kat cermin , dan sebagainya . dan bagi memastikan semua ni tak betul , aku akan pergi check satu persatu . macam bodoh kan kau pergi toilet sorang sorang pukul 3 pagi then kau pergi check ampaian ada hantu ke tak.....
but well , that's me ! and of coz , selalunya ending dia aku akan berlari dari toilet sampai bilik , aku akan cepat cepat tutup tingkap dan tinggalkan semua benda terus masuk dalam selimut , dan aku akan stop online , kunci pintu bilik and toilet, tutup lampu dan tidur .
sorry kalau entry ni buat korang termasuk dalam dark zone otak aku dan mula membayangkan semua benda ni sekarang . muahahahahahahaha *gelak jahat tapi comel*
Tag | Liebster Award
Assalamualaikum :D
Dah lama tak buat tag entry. So malam ni kita layankan aje lah . haha . So I've been tagged by Fazira . boleh click nama dia untuk melawat tuan punya body punya blog . hihi .
So the RULES are :
- mention the person who nominated with link
- answer the question
- nominate other blogger
- create the questions
- notify your nominate
1) Tinggi awak berapa ?
Phew . susahnya soalan ni . saya memang tinggi . sangat tinggi . kalau dalam kalangan kawan kawan memang saya lah paling tinggi . I am 152cm . *tinggi gila en*
2) Siapakah orang yang paling awak benci ?
Oopss . Bahaya soalan ni takut orang tu baca blog ni . ahaha . rasanya tak ada benci sesiapa . kurang suka tu ramailah tapi tak ada lah sampai benci . i'olls princess berjiwa suci murni . ahaks >,<
3) Dekat mana korang nak travel dan nyatakan sebab.
I would say any beautiful island . Maybe Maldives . Sebab aku suka pantai . rasa tenang je .
4) Apa pendapat anda tentang saya ?
I don't really know Fazira to be honest . tiba tiba je kena tag . ahaha . but you looked decent . and do have a nice blog :)
5) Nyatakan nama orang yang boleh buat korang bahagia (selain ahli keluarga)
semua kawan kawan aku yang gila (nak mention nama ramai sangat) and of coz , the annoying Abang Po (nama dirahsiakan demi menjaga keamanan negara)
6) Kenangan manis anda
I would say high school time . *tiba tiba rasa macam tua* and zaman asasi . Masa asasi lah kot paling manis . Because I met lots of lovely friends there.
7) Bawal vs selendang
Absolutely selendang .
8) Tulis 3 nama guru sekolah rendah anda . ingat kah ?
Cikgu Habsah , Cikgu Rafidah, Cikgu Suhaimi . well , I am a good student *pat my back*
So here are my questions . jeng jeng jeng ~
1) Apa cita-cita awak masa sekolah rendah ? and apa cita cita awak sekarang ?
2) Kenangan paling memalukan ?
3) Benda jahat yang awak pernah buat tapi sampai sekarang parents awak tak tahu.
4) Your favourite song at the moment.
5) Burger or pizza ?
6) Cerita sikit pasal manusia kesayangan awak (selain keluarga)
7) Suka shopping tak ? kalau suka paling suka shopping apa ?
8) Choose one : Nak belajar alat music or new language ? and why .
Aku tag :
Rasya
Ijahoney
Yaya
Dena
Girl's Problem #1 | Getting Hair Cut
Assalamualaikum..
So , baru baru ni aku pergi gunting rambut . dan seperti biasa . aku tak pernah balik dari kedai gunting rambut tanpa perasaan menyesal dan meratapi pemergian rambut aku . depan tukang gunting tu memang lah jet jet cool je . like, owh wow , cantik dah rambut ni . thanks :) supaya dia berhenti dari gunting rambut aku sampai botak .
keluar je dari kedai tu....
huuaaaaaaa I want my hair back ! T_T
literally like that . everytime babe . everytimes...
cerita dia rambut aku memang dah sedia pendek . but it is just too thick . rambut aku lebat dia tahap melampau . aku actually ada masalah rambut gugur . kalau dalam bilik tu memang rambut everywhere . tapi rambut aku tetap lebat . dan sebenarnya aku bersyukur dalam diam yang rambut aku gugur . sebab kalau tak kau boleh bayangkan tak macam mana . Rosmah pun kalah tau nanti .
so disebabkan rimas aku pun pergi lah gunting rambut . aku sebenarnya tak tau nak describe macam mana kat tukang gunting tu . aku cakap aku nak nipiskan rambut sikit . rambut tepi nak potong sikit . macam pendek sikit lah dari yang belakang . and rambut depan aku nak potong pendek sikit buat bang . macam cute hair bob gittew .
so tukang gunting tu suggest buat layered . so I was like , okay . then aku tunjuk lah kat dia aku nak pendek paras mana . then potong potong potong , aku sedar yang rambut belakang dia layer buat macam ada ekor . I don't like that way . so I said , boleh tak rambut belakang tu nak sama panjang dengan rambut tepi . masa tu rambut aku dah pun potong pendek . then dia repair rambut belakang . tiba tiba dia potong lagi rambut tepi aku jadi lagi pendek . makin pendek makin pendek . rambut depan pun pendek habis takde bang bang nye. aku ni dah menangis dalam hati berdoa dia berhenti potong rambut aku .
hasilnya ?
aku rasa macam hensem gila sekarang . rambut aku even boleh buat rambut pacak you know . aku rasa paling paling lagi tiga bulan baru aku boleh ikat rambut . so there you go . no more rambut comel . hiduplah gua bersama rambut pendek gila nak mati ni . memang tahun depan la baru rambut aku cukup panjang untuk pergi gunting semula . tskk..
since that day doa lepas solat dah bertambah sikit . Ya Allah ya tuhanku , kau panjangkanlah umurku dan rambutku . padan muka mengadu rimas rambut tebal sangat kan *nangis dalam selimut*
90's kid
rentetan daripada entry sebelum , aku jadi terfikir apa yang aku buat bila aku bosan masa aku kecik kecik dulu . yup , I was once a nightmare . pakai skirt duduk terkangkang nampak spender . menangis dalam supermarket bila ibu tak bagi beli mainan . kena denda dengan cikgu tadika sebab asyik kacau kawan nak belajar . ahhh , good old time . eh wait , aku rasa semua benda ni aku still buat sekarang . kecuali yang nampak spender tu lah . hahaha .
dulu hakak kecik kecik dik oi , manade tab tab semua ni . budak budak zaman sekarang aku tengok dekat mana mana mesti duduk berkumpul main tab . kepala tunduk je . duduk mencangkung . aku rasa generasi diorang ni umur 20 dah ada masalah tulang belakang . even adik aku sendiri pun , asyik main game angry bird je dekat phone ibu . orang ugut nak buang semua mainan dia baru lah dia nak main . cettt .
benda paling aku ingat masa kecik kecik kawan kawan aku ramai laki . aku tak lah selejen budak budak lain . mandi sungai . pancing ikan . kayuh basikal pusing satu kampung . curi buah . aku budak nerd je . masa kecik kecik dulu aku tinggal dekat rumah guru . so kawasan jajahan aku hanya sekitar pagar rumah guru je lah . parents aku tak bagi aku main luar pagar . cehh . so aku tak pernah la pergi rumah kawan main pondok pondok . lu nak main dengan gua , lu datang rumah gua . agaknya sebab ni lah aku tak ramai kawan sekarang . and asyik kawan aku je yang datang bilik aku . i dont even know their rooms . haha.
so petang petang , aku selalu pergi tangkap belalang . tempat paling strategik ialah kawasan pokok keladi . tapi sejak mak aku perasan baju aku banyak kena getah keladi and pokok keladi tu duduk bawah pokok kelapa , aku dah dilarang sama sekali main tangkap belalang kat situ . cehh . but it's okay . x leh tangkap belalang , pepatung ada . bosan bosan sangat main panjat pokok kelapa . satu lagi benda feveret is cari binatang nama dia undur undur . dia suka duduk kat tanah berdebu . so tempat parking kereta banyak gila binatang tu . dia macam satu kepuasan tau kau gali tanah slow slow pastu jumpa binatang tu . rasa macam jumpa harta karun tau . ahaha
tapi sejak kawan kawan aku bersunat , diorang dah tak nak main dengan aku . tskk . sampai hati . time kau sunat aku datang melawat tau . teman kau tengok cerita ultraman . dasar kacang lupakan kulit . so start dari situ kurang lah sikit aktiviti jantan aku . hahaha .
bila masuk sekolah rendah , aku dah mula jadi perempuan sikit . sikit lah . sebab aku still buat benda jijik like tangkap berudu kat kolam sekolah . euuu . kalau sekarang ni kau baling berudu , belalang atau pepatung sekali pun kat aku rasanya aku boleh meraung dan mati ketakutan tau tak .
masa tu aku dah pandai lah main masak masak pondok pondok semua ni . tapi sedih aku tak ada kawan nak ajak main . maklumlah iolls dapat adik pun masa darjah satu . ah baby baru lahir nak ajak main apa je pun . makanya terpaksa lah main sendiri . aku akan susun barang barang kat bilik aku supaya jadi kedai , hospital, ataupun restaurant atau apa apa je lah yang aku nak . dan kawan kawan aku semuanya.......
sebenarnya anak patung aku ada lagi banyak daripada tu . tu baru separuh . so , I dont need any friend . hahaha . masa aku dalam darjah 3 ke 4 macam tu , ayah aku sambung belajar . dia ambil course seni kot . sebab masa tu kat rumah aku ada semua alat alat seni . tanah liat orang buat pasu tu pun ada . so most of the time aku habiskan dengan melukis . tak pun buat perabot kecik guna tanah liat . and masa tu aku dah cukup besar untuk guna gunting bagai . so i did a lot of crafting .
dan ada satu zaman di mana aku ada semua benda benda cool . skater , roller blade , basikal , kolam plastik . aku cuma tak sempat beli trampolin dengan skateboard je . semua benda ni ada musim dia tau . yoyo, bayblade , apa benda tu yang letak guli kat perut pastu tembak tu . B Daman ? like ada satu masa tu semua orang beli kereta control . masa tu siapa punya paling lawa and paling style kira menang lah . aku selalu main dekat rumah kosong belakang rumah aku dengan anak anak cikgu yang lain . sampai pada suatu hari ada budak gemok ni nak try test kereta gua lepas tu accident langgar dinding sampai habis tayar dia tergolek keluar . sampai sekarang aku masih berdendam . tak guna .
ada jugak musim di mana kebanyakan cikgu cikgu kat situ bela arnab . masa tu kucing dianak tirikan habis habisan . aku ingat lagi zaman tu seiring dengan musim kolam plastik . so petang petang aku memang fully outdoor . pergi kutip rumput nak bagi arnab makan . lepas tu gaul tanah tanam pokok bunga . lepas tu main masak masak . gigih tau kumpul kayu and daun kering . simpul simpul surat khabar , nyalakan api kat dapur gas pastu berlari keluar rumah bawak api . dah panas panas main api , terus tanggal selipar terjun kolam . sampailah maghrib . hari hari macam tu . patut lah dulu aku hitam nak mampus .
nak tengok tv pun masa tu manade astro . kartun ada time petang je . tak pun pagi weekend . semangat hoi bangun pagi semata mata nak tengok kartun . sekarang ni bosan je bukak tv alih channel kartun . hadaplah sampai bosan . untungnya budak zaman sekarang *nangis tak puas hati*
tapi childhood aku mula berakhir bila rumah aku start ada komputer . dan pakcik aku install kan gameboy dekat komputer tu . sejak tu aku dah jarang keluar rumah . masa petang dihabiskan dengan main game pokemon . lepas tu astro pun muncul . hoi memang bertambah heaven lah . malam malam layan disney channel . gua dah tak heran dah kartun tv3 pagi sabtu ahad . lepas tu masa aku form 1 aku dapat phone . lagi lah anti sosial . dan tak lama kemudian ayah aku pasang internet kat rumah . sejak daripada tu lah bermula zaman gelap aku . di mana aku addicted dan langsung tak keluar rumah buat benda lain . bosan ? internet . tak tau nak buat apa ? internet . even tv pun aku dah jarang tengok . dan benda ni berpanjangan sampai lah sekarang...... dan menjadi makin teruk . sampaikan bila aku tak dapat connect internet aku rasa macam kena mental breakdown . ya , begitu dahsyat sekali nian sungguh .
so aku tak dapat bayangkan macam mana budak budak zaman sekarang ni . agaknya kalau tak ada game , tv and internet , diorang mungkin arwah berjemaah akibat bosan . ya mungkin.
dan rupanya gua dah pun berkahwin suatu ketika dahulu . tapi gua dah lupa . suami gua pun mungkin dah lupa yang dia ada bini . maaf Abang Po .
btw tengok muka aku . derp gila . hahahahahaha
Pencuri tak guna
Hai Assalamualaikum :)
It's been a while since my last entry . Semestinya bukan sebab aku busy sebab aku cuma terbaring atas katil most of the time . saki baki masa yang tinggal di habiskan depan tv dan dapur . yup , dat's how pathetic my life right now .
tapi semua sebab ada manusia durjana yang dah curi kabel elektrik . rentetan itu habis satu taman rumah aku and taman sebelah tak dapat connect telefon rumah dengan internet selama 3 4 hari . kau tau tak sadissss ??? aku dah lah lifeless . lepas tu tak ada internet . rasa macam mereput slow slow kat rumah ni .
aku ni pulak species yang tak suka beli data dekat phone . so phone aku pun hambar tanpa internet . sekarang baru aku sedar betapa besarnya impak internet dalam hidup aku . kalau tak ada internet sia sia je kot aku beli phone mahal mahal . satu apps pun tak boleh pakai . game pun mostly kena connect internet .
now aku wonder macam mana aku survive zaman sebelum mumayyiz dulu tanpa handphone . tanpa internet . tanpa astro .
It's been a while since my last entry . Semestinya bukan sebab aku busy sebab aku cuma terbaring atas katil most of the time . saki baki masa yang tinggal di habiskan depan tv dan dapur . yup , dat's how pathetic my life right now .
tapi semua sebab ada manusia durjana yang dah curi kabel elektrik . rentetan itu habis satu taman rumah aku and taman sebelah tak dapat connect telefon rumah dengan internet selama 3 4 hari . kau tau tak sadissss ??? aku dah lah lifeless . lepas tu tak ada internet . rasa macam mereput slow slow kat rumah ni .
aku ni pulak species yang tak suka beli data dekat phone . so phone aku pun hambar tanpa internet . sekarang baru aku sedar betapa besarnya impak internet dalam hidup aku . kalau tak ada internet sia sia je kot aku beli phone mahal mahal . satu apps pun tak boleh pakai . game pun mostly kena connect internet .
now aku wonder macam mana aku survive zaman sebelum mumayyiz dulu tanpa handphone . tanpa internet . tanpa astro .
Subscribe to:
Posts (Atom)