Crush kat senior





Rule number 1 : Don't force me to exercise.



Seperti semua perempuan normal kat atas muka bumi ni , aku pun ada jugak lah usha orang . hahahaha . tapi sekadar cuci mata lah . just suka tengok . tak ada lah sampai nak berangan lebih lebih . I'olls dah ada Abang Po mana boleh ada crush . ish ish ish . nanti merajuk sebulan pulak orang tua tu .


memandangkan pencuci mata aku seorang senior dan jugak PM kolej , so aku just nampak dia kadang kadang dekat cafe or masa program je lah . and tak ada lah nak eksaited mana pun kalau nampak tu . tapi adalah jeling jeling sikit . cover cool depan kengkawan . ahaks . dia ni terkenal dengan gelaran Superman sebab boleh cakap kalau lima kali kau nampak dia , tiga kali dia pakai baju superman . aku tak tahu lah berapa banyak baju superman dia ada . and dia ni jenis yang pergi gym suka fitness apa semua tu so body sado lah . sesuai lah tu dengan gelaran superman tu .


tapi dia ni ada sejenis perangai di mana dia suka buli junior dalam program . bukan buli macam mana pun , macam usik usik camtu lah . so selama ni aku cool je lah kan . tapi lepas kem untuk projek Frenster baru ni taubat aku tak nak dia terlibat dalam mana mana program yang aku join dah . ya , aku dah pun tertanam perasaan tak suka kat dia sejak kem tu . sebab apa ?


sebab dia paksa aku bakar lemak lemak aku . NOOOOO ! walaupun aku selalu merengek tak puas hati sebab banyak lemak , tapi aku tetap sayang lemak lemak aku . tidak akan sekali kali aku tukarkan lemak lemak aku kepada muscle . NO !


hari first kem, masa LDK yang dia conduct , kami semua kenapa berlari , melompat satu kaki , melompat macam hantu cina , merangkak , mengesot dalam dewan tu ramai ramai . sampaikan ada kawan aku jatuh tergolek tapi sebab takut jadi orang last sekali sampai terus bangun balik dalam masa 0.5 saat . ahahaha . sumpah boleh apply jadi stunt woman . dan sampai kawan aku terpijak kaki aku masa melompat sampai stoking aku tercabut dan tertinggal kat tengah tengah dewan . malu kau tau dak nak kutip stoking tercicir ???


tu baru sikit *cakap sambil pasang muka sinis*


hari kedua :
ada explorace . jyeah aku memang suka explorace . semua orang eksaited . tetiba dia muncul and bagitau nama explorace kitorang ialah SADORACE . ah sudah . aku dah boleh agak dah apa yang akan terjadi . kau sado sorang sorang dah lah . tak payah la suruh kami semua jadi sado jugak T_T


basically setiap checkpoint , before kami boleh mulakan activity tu , kena buat fitness dulu . push up , sit up , jog , lompat bintang , squad . kau cakap je apa lagi yang tak lengkap . grrr . dah lah ada satu checkpoint tu kami kena naik tangga 9 tingkat . kena cepat cepat pulak tu sebab kira masa . aduh ketaq lutut cek bila sampai kat atas tu tau! nasib baik turun boleh pakai lif . kalau tak boleh jatuh tergolek turun tangga aku . pastu kena skipping , berkayak and macam macam lagi .


yang buat aku annoyed sebab dia mesti ada dekat checkpoint aku . so rules jadi strict sikit . and dia boleh pulak sengeh sengeh bagi kata kata semangat cakap semua tu kacang je . wehh aku dah nak pitam tau tak ?!


disebabkan itu , aku mogok penat tak nak join LDK malam tu and esoknya pun aku skip jugak . hahahaha . pastu layan cerita Pinocchio dalam bilik sorang-sorang :P


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)