Drama review : Pinocchio


The fact yang rumah aku just pakai astro basic so semua channel korean tak boleh tengok adalah salah satu factor kenapa aku tak layan kpop , runningman serta drama korea . aku cuma akan tengok kalau kawan kawan aku dok pok pek pok pek sembang pasal cerita tu dan aku bosan gila nak mati baru lah aku tengok . but bagi aku drama korea best , better lah dari drama melayu or sinetron yang klise yang mati tu . dan tak ada scene romance lebih lebih macam drama omputih . PG13 sesuai lah dengan aku . hahahha .


so baru baru ni aku tengok Pinocchio . aku rasa cerita ni pun baru je habis tayang dekat tv kot . sebab macam tengah femes je . gua tak tau sebab gua tak layan tv . but kalau korang tengah pishang duduk rumah macam aku , boleh lah layan cerita Pinocchio ni. it's not that love story sangat lah . dia more tu crime , penyiasatan , dendam kesumat blablabla . selalunya cerita korea mesti laki tu retis or kaya and perempuan tu miskin kan . tapi ni tak . diorang dua dua "pakcik dan anak sedara" yang sebaya dan jadi reporter .

cerita ni macam pasal awareness about kerja seorang reporter lah . kalau salah report , boleh bagi impact negative kat orang lain . dan benda ni jadi dekat family Ha-Myeong (pelakon utama yang hensem tu) sampai mak dia bunuh diri and abang dia larikan diri . so dia berdendam dengan reporter tu . tau tau dia tinggal serumah dengan anak reporter tu , In Ha . macam mana boleh tinggal serumah , haa kena lah tengok sendiri . dan diorang terpaksa act as uncle and niece .


pum pang pum pang last skali happy ending diorang kahwin .

the end . 


aku sangatlah seorang spoiler dan tak tahu macam mana nak buat sinopsis .


overall aku bagi 4 setengah bintang . sebab jalan cerita dia best . tak klise . pastu hero dia hensem muahahaha . pastu aku tak tahu lah kenapa tapi boleh nak cakap aku bazirkan air mata banyak gila tengok drama ni . boleh cakap setiap episode aku nanges . duhhh , sejak bila kau jadi emosi ni Husna ? mungkin sebab dah doploh tahun . *sambung nanges mengenangkan hakikat itu.......*


kalau nak tengok, boleh click >SINI<
kalau tak nak tengok online , nak download , pergi kat link tu jugak . pastu tengok video yang last sekali . haaa yang tu boleh download . pandai pandai korang lah . kaki drama kan ? takkan lah tak pandai download...

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)