Hello. miss me ?
kah kah Husna . plis deh . takde siapa eh nak rindu kat kau !
Ya Allah kalaulah aku boleh explain betapa perasaan bosan tak tau nak buat apa membuak buak dalam hati ni . dia dah sampai tahap bosan yang boleh rasa sakit kat dada . bosan yang tahap keluar bilik , tak tahu nak buat apa . masuk bilik , tak tahu nak buat apa . ulang ulang sampai esok . last last tidur . sampaikan aku jadi lemah badan sebab asyik baring and tidur je .
hari tu masa minggu exam eh banyak betul benda seronok nak buat . masa tu lah tiba tiba aku rasa game aku phone aku addicting gila . masa tu lah aku nak marathon tengok drama . masa tu lah kawan aku bagi aku movie berlonggok longgok . masa tu lah aku rasa cam best gila layan youtube sampai pukul 4 5 pagi . masa tu lah aku sibuk nak baca novel tu nak baca novel ni . masa tu jugaklah aku berangan nak hias bilik sampai rasa tak sabar nak balik rumah . masa tu lah aku ada macam macam idea nak update blog .
tapi bila dah habis exam ? mana semua rasa tu mana ???? satu habuk pun aku takde mood nak buat . internet laju tapi malas nak tengok movie . movie yang dah ada dalam laptop ni pun rasa malas nak tengok . bukak youtube tak tau nak tengok apa . dan tiba tiba terus hilang rasa addict main game . before balik hari tu aku dah beli novel Fangirl tapi sampai sekarang takde rasa macam nak start baca . padahal time beli eksaited gila kot . If I Stay pun tak habis baca lagi . hias bilik ? beg beg aku pun bergelimpangan lagi atas lantai , bilik pun tak pernah sapu lagi sejak aku balik rumah.
mehh... what happenned to me ?????????????
anyone boleh tak suggestkan drama apa yang best untuk ditonton ? please T_T
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)