Assalamualaikum
Tiba-tiba je terasa rindu dekat zaman sekolah -,-
pffttt . hahaha . dulu bukan main . hoi cepatlah habis SPM ! tak sabar nak habis sekolah . but now... oh how i miss those "budak sekolah moment". yeah , you know . kena iron baju sekolah . pakai kasut sekolah . stoking putih tapak hitam . name tag n lencana yang memang I degil sampai ke sudah tak mau jahit . rindu masa lepak dekat tangga depan lab chemistry time tunggu cikgu Suzan sampai . Rindu doing my own things (berangan) in SAL room and dengar teacher punya cerita yang memang pelbagai . terasa mcam bedtime story pun ada . hahah , maklum , orang veteren , pengalaman hidup banyak sangat yang nak diceritakan . and sometimes she told us more than once -,-
rindu nak pergi rehat dengan Cik Naga and buy "roti seronok" dekat koop then makan sambil bergosip . hahah , actually sepanjang masa pun kami duk bergosip . rindu bila dalam kelas , time semua orang mental then mat noor akan start menyanyi dan akan disambung oleh orang lain . hahah . rindu lepak belakang kelas kacau semua orang yang ada . err , actually I cepat bosan . so disebabkan tak tahu nak buat apa , I memang suka pusing satu kelas and start disturbing everyone .
rindu nak gelakkan perangai kapten yang sumpah pelik nak mampus . first time aku jumpa orang macam tu . dia macam pendiam . and...blur.. but he knows a lot of thing like siyesly . and dia macam dalam dunia dia sendiri . obses dengan basikal . hahah . once he ate ikan patin mentah mentah time experiment bio . ada jugak dia pergi cabut ekor mengkarung untuk kaji tulang dia =,=
and of coz . rindu nak kacau Abang Po dalam kelas . hahaha . atau aku yang kena kacau dalam kelas ? errr . ingat time aku nak tidur je mesti dia datang kacau cucuk-cucuk pipi pakai pen . pffttt !! he likes to conteng all my stuff (termasuk tangan) dengan tulis "gemok" . padahal dia tu lagi gemok tak sedar -,-
dia selalu jugak curi curi dengar aku menyanyi dalam kelas and once I noticed I'll stop . haha . and hey macam macam la ! kalau nak failkan senarai pembulian beliau terhadap dahku memang tak cukup satu entry ! tapi yang paling paling aku ingat of coz time dia cabut kasut aku then letak atas pintu kelas . and of coz aku tak sampai nak ambil . and tak sempat nak ambik tetiba cikgu add math masuk . sepanjang waktu addmath aku sorok kaki pasal tak nak kantoi yang aku just berkaki ayam . and of coz , all my classmate just tahan gelak and keep usha kasut mahal aku yang tercongok atas pintu tu . mujur cikgu tak perasan -,-''
then , time balik sekolah , haruslah salah sorang dari kami yang tercepat jalan pura pura jalan lambat sebab nak balik sama . hahaha . padahal satu kelas kot ! duduk pun berdepan je . tapi we (or me actually) just too shy to just tunggu tepi pintu and jalan sama . siap je pack barang terus keluar . segan nak ajak balik sama . ahak ahak . padahal memang balik sama hari hari :P
hey lagi satu ! lupa . rinduuu pada cikgu cikgu kelate saya yang semuanya aneh aneh . haha . adakah semua kelantanese begitu ? first cikgu nuar . dia ni actually garang gila . dekat sekolah lama dia ni memang menggerunkan . tapi dengan azam baru yang dia bawak time baru transfer sekolah kami untuk tak nak jadi garang dah , who knows kan . dia jadi cikgu paling likeable . comeyyyy gitu . haha . kalau waktu dia , half dia akan gunakan untuk bagi ceramah bla bla bla or just to tell his story . half lagi baru dia start bagi salam baca doa and mengajar -,-
cikgu che wil pulak , nampak simple je , tapi dia antara cikgu paling terer aku pernah jumpa . imagine semua dia boleh . addmath , math , bio , kimia ? and kalau ada pape je soalan yang terlintas kat fikiran , just ask . abaout anything pon . insyaallah dia boleh jawab . pengetahuan dia memang luas gila . once my friend asked "cikgu , mati pucuk tu apa ?" kawan I ni memang jenis lampi siket . and cikgu try his best untuk terangkan without keluarkan sebarang perkataan yang 18SX . haha . and dia ni jugak sangat terer memasak . dan menyanyi jugak . dia suka menyanyi sambil duduk atas meja dalam kelas . kadang kadang dia berlakon . bukak tie tegakkan koler , senseng lengan baju berlagak samseng . koya kpop . menari nari . hahaha . perangai dia ni memang sama je macam kami . gila gila . but dia tetap cikgu yang dihormati :D
hoi kalau nak cerita pasal semua memang tak habis . ni pun baru just FORM 5 punya story . esok esok lah aku sambung pasal form lain (macam ada orang nak tahu kan ? hahaha)
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)