Entry Berasap

Assalamualaikum :)


Tadi aku baca entry ZyraRoxx pasal common sense , terus teringat hari tu ada something yang aku nak cerita tapi tak tercerita dekat blog ni . so here it goes ~


Family aku memang bebas dari asap rokok . Ayah aku dulu merokok tapi lepas kahwin dia stop merokok . kena pulak ayah ada athma and masa aku kecik aku semput so memang say no tu asap rokok lah kan . As time goes by , my younger bro pun ada athma sekarang . he can't even smell anything strong . aku pakai perfume pun ibu aku suruh aku duduk dua meter jauh dari adik aku kalau tak nanti dia start batuk .


nak dijadikan cerita hari tu aku, ibu and adik pergi bandar beli barang sikit . ala tak ada lah bandar sangat pun . pekan kecil je . nenek aku panggil town (sebutan: 'ta wun')
So we walked pass some shops . And masa kami lalu depan satu kedai ni , pekerja dia tengah lepak kat depan kedai sambil merokok . dan masa kami lalu depan diorang pun , diorang masih selamba yaya hembus hembus asap rokok . rasa macam kami ni halimunan je . selain daripada tak ada kesedaran yang tak semua orang suka bau asap rokok , asap rokok tu lebih membahayakan orang yang menghidu , tak ke diorang tahu yang perbuatan diorang tu sangat kurang sopan ? At least..... at least , stop smoke kejap , bagi laluan kat kami . bila kami dah lalu baru lah kau nak hembus buat bentuk O ke W ke apa . much better lah kan.


tapi dalam situasi tanpa common sense macam ni , adik aku lah yang paling win sekali . sebab dalam ramai ramai manusia yang aku hidup bersama abad ini , adik aku lah manusia yang paling tak ada common sense. Iya lah , kanak-kanak empat tahun yang sedang membesar dengan buas serta dikurniakan akal yang nakal dan mulut yang becok , nak buat macam mana kan...
So masa lalu depan para perokok tu , adik aku dengan spontan terus tutup hidung lalu batuk-batuk yang kedengaran sangat dibuat-buat lalu mengibas-ngibaskan tangan beliau . Abam abam yang tadinya tengah syok main hembus hembus asap rokok tu pun nampak macam tersentap . Aku dengan ibu aku yang perasan perbuatan adik aku tu terus jalan laju laju and bila dah jauh sikit terus gelak kekek kekek mak iloi iloi .


Hahahahaha , nak buat macam mana kan . Dah memang adik aku tak boleh bau asap asap ni . LOL .


Btw , cakap pasal asap . sebanyak mana aku menyampah dengan orang yang merokok bersepah , aku lagi menyampah dengan para vapers . walaupun asap vape bau macam sedap , tapi kalau asap keluar kepuk kepuk sampai aku rasa dah macam kena jerebu , tak ke annoying . And vapers ni diorang ada sejenis perangai di mana diorang suka menunjuk nunjuk betapa banyaknya asap yang boleh dihembus dengan sekali sedut . dan mereka ada satu style untuk menghembus asap vape tu yang mana aku rasa sakit menyakitkan mata untuk dilihat . lepas tu post gambar dekat instagram dengan hashtag #vapeon . gambar yang tak ada kena mengena dengan vape pun turut ada #vapeon , menunjukkan betapa bangga diorang sebegai penge-vape . hahaha . pelik pulak bunyi dia bila aku cuba translate vaper in BM .



#akuyangpostentrykauyangpanas #blogakusukahatiakulah #haters #suweg #habislahakudibencilepasni #janganunfollowplis
Photobucket

2 comments:

  1. ahahah! love ur entry! & i must say that kind-of-doodle is hilarious and cute, too ^^ i'm agree with u girrllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha . tak sangka doodle tak berseni tu pun ada orang rasa cute .
      thanks >,<

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)