Anxious Post

Assalamualaikum :)

I'm feeling anxious right now . tapi disebabkan tak ada siapa untuk aku mengadu *sobsob* makanya aku mengadu dekat rakyat jelata Husnaland sekalian je . Korang mungkin akan bukak blog aku and nampak satu ruang entry yang kosong . tapi kalau korang pandai , korang mungkin dapat baca luahan perasaan dahku ini . siapa dapat baca mohon tinggalkan komen . hahaha .


cerita dia macam ni , petang tadi aku teman roommate aku keluar jenjalan . for the first time ever kot aku keluar dengan dia . padahal dah ber-roommate sejak last year . LOL . then masa keluar tu tetiba office call roommate aku . and tanya dia dah ada roommate ke belum . then orang office tu mention nama aku . diorang suruh aku datang office segera tapi disebabkan aku kat luar , so diorang suruh aku datang office hari isnin . wajib !


The problem is , aku ada kelas hari isnin dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi diikuti dengan lab saaaaampai pukul 5 petang . so there's no time for me to datang office . kecuali aku ponteng kelas pagi tu . So I called office balik and tanya apa yang diorang nak sebenarnya . then surprise surprise....

bla bla bla
me : saya tak dapat datang hari isnin . saya ada kelas straight dari pukul 8 sampai 5.
akak office : haa awak nak duduk kolej ke tak ni . awak rayuan kan ? awak belum confirmkan nama awak lagi ni . kalau tak daftar by Isnin nanti kita akan masukkan orang lain kat bilik awak .
me : ehh , tapi saya bukan rayuan ! nama saya ada dalam list .
akak office : yeke ? habis tu kenapa nama awak tak ada dalam sistem ni ? awak tak hantar borang pink ya masa masuk kolej ?
aku : saya dah hantar lah !
akak office : pot pet pot pet


Aku syak orang yang kumpulkan borang tu dah cicirkan borang aku so that's why nama aku tak ada dalam sistem . then office call tuduh aku tak hantar borang bagai . padahal aturan masa pendaftaran kolej , kau isi borang , beratur , hantar borang , lepas tu kat kad matrik kau akan ditampal nombor bilik yang dah ditetapkan , then kau kena pergi kat next kaunter and tunjuk kat matrik and dapat kunci . kalau aku tak hantar borang pink tu , takkan lah aku dapat kunci . and kalau aku ni pelajar rayuan , jadah apa nama aku ada dalam list bilik tu .


So hari isnin nanti , aku wakilkan roommate aku je untuk setelkan hal daftar aku kat office . harap harap semuanya ok je lah . kalau tak terpaksalah aku bercamping di sekitar uni . 


sedih betul lah . kolej ni memang betul betul nak pedajal aku ke apa . hari tu masa nak diterima pun sistem banyak kali missed nama aku . sampai kena call office 3 4 kali baru diterima . ni dah daftar nak cakap tak daftar pulak . eeeee geramnya !!!!! nak mengadu kat Abang Po , dia pun tak nak layan aku . mengadu kat kawan kawan , diorang semua ingat aku buat prank hambar . sorang pun tak nak percaya . pastu siap suggestkan page untuk cari rumah sewa lagi . alamak , agaknya ni lah effect kalau kau selalu prank orang . nanti cakap benda betul pun orang ingat kau main main . 

tetiba teringat cerita yang budak jaga kambing tipu ada serigala datang tu . eh panjang betul tajuk cerita tu . hahaha . ok dah puas membebel . sekian . bye !




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)