Tips : Macam mana nak jadi lebih manusia

Assalamualaikum


Sebelum aku taip entry ni , banyak kali aku fikir adakah aku patut ? apakah ada kebarangkalian alien di luar sana sedang baca blog aku dan kemudian datang ke bumi dengan jelmaan manusia . atau adakah ada haiwan haiwan yang dah bermutasi sedang scroll entry ni untuk tau macam mana diorang dapat berevolusi jadi manusia ? dan adakah korang akan buat muka macam ni =..=' depan laptop sambil memikirkan what the hell yang pompuan ni merepek dan kenapa aku masih baca entry ni ?


/first/
be wise
kadang kadang manusia ni ada sifat ingin menunjukkan kebolehan terpendam . nak tunjuk kita paling hebat . tapi kadang kadang sifat tu terlebih extreme . maka wujudlah manusia yang cuba buat world record dengan cuba benda pelik pelik yang boleh mendatangkan kesan buruk pada mereka . 

/second/
jangan over
dalam hidup aku , aku paling menyampah dengan orang yang over. macam kau gelak ketawa melampau sampai mengganggu orang lain . ataupun kau terlalu desperate untuk tonjolkan diri kau sampai orang semua macam "eee muka dia ni lagi . dah dah lah tu". dan selalunya orang over ni dia selalu tend untuk jadi gila kuasa . kalau boleh dalam semua benda kau nak jadi ketua . padahal orang tak suka ?


/third/
get some sense of humor
hidup ni terlalu singkat untuk kau nak serius je memanjang . muka ketat doplohpat jam . tak boleh buat lawak langsung . dan orang pun akan tend untuk takut dengan kau . tapi paling aku tak suka orang yang jenis suka bahan orang . time dia buat lawak , kemain . tapi bila orang buat lawak pasal dia , terus tarik muka .


/fourth/
consider other people 
kalau kau nak buat something , tolong.... tolong fikirkan orang sekeliling kau . adakah mereka selesa ? contohnya kau smoke dekat bus stop . mungkin orang lain yang duduk kat situ tak selesa . dah nampak orang tutup tutup hidung tu silalah faham bahasa . lagi , species sembang kuat atau dengar lagu kuat kuat . kalau kau duduk kat tempat lapang tak apa , tapi kadang kadang bila duduk sebilik dengan kawan kawan yang tengah nak study , jangan lah bising bising kan ? lagi , yang aku pernah kena.. aku tengah makan , tiba tiba ada manusia sembur pewangi sekililing aku . kau faham tak lubang hidung dengan mulut tu bersambung . dan kau dapat rasa apa yang kau hidu . kau ingat aku suka makan lauk ayam perisa lavender ?


/fifth/
be kind
kadang-kadang kita tak sedar benda baik yang kita buat tu walaupun kecil tapi dapat buat hari seseorang tu berubah . so jangan kedekut untuk sedekahkan senyuman , tolong kutipkan barang orang yang terjatuh, beri laluan bagi orang yang memerlukan , dan macam macam lagi . and kalau nampak ada kawan kawan korang yang macam moody , cubalah ceriakan dia . bagi kata-kata semangat ke , pinjamkan bahu dan telinga ke , atau buat lawak ke.... tapi orang kawan kau tu species manusia serius , tak dapek lah den nak menolong . mungkin boleh hulur laptop korang , suruh dia baca entry ni ? kah*gelaktapitaklawak*


/sixth/
get your own personality
atau dalam bahasa kasarnya , jangan fake . apa yang membuatkan kita ni seorang manusia , dan bukannya robot mahupun clone adalah personaliti . kalau semua benda kau nak tiru orang lain , maknanya kau bukan manusia lah . 


/seventh/
terima pendapat orang
sebagai manusia yang sememangnya tak sempurna ni , kita kena sedar yang kita mesti ada kelemahan . jadi kalau orang beri nasihat dan pendapat tu , cuba lah dengar . kalau tak nak ikut pun , at least hargai dan hormat . janganlah terus pangkah orang lain punya idea and claim yang idea kau sorang je yang betul . 


so sekian sahaja 7 tips ringkas menjadi manusia . kenapa aku buat entry ni , sebab aku dah bosan dengan spesies-spesies manusia yang ada dekat sekeliling aku . dan mungkin kadang kadang aku sendiri pun termasuk dalam species-species ni . so , tegur lah aku kalau aku mula jadi kurang manusia .





Photobucket

2 comments:

  1. kadang-kadang tu bila takleh tegur kita pulak yang stress.haihlah.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn . yang jenis langsung tak boleh tegur tu yang sakit hati . haha

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)