MAG : A Night In Disguise

Assalamualaikum uolls~


Last Friday, kolej kediaman aku ada buat dinner kolej dekat The Royale Chulan Hotel. sebab kolej aku kolej gergasi dekat UM ni , so kami guna both indoor and outdoor hall . dayyum , itu pun tak semua penghuni kolej join dinner tu . sooooo many people hoi !


so petang tu aku dengan kawan aku dah siap pack barang nak pergi sana . kami naik bas pukul 5 , so ingatkan better bersiap dekat sana sebab it's too early kot . tapi masa naik bas semua orang dah siap melaram sakan kau ! kami berdua je yang selekeh dengan usung beg galas besar gedabak macam orang nak pergi camping . dan aku pulak siap siap pakai heels dengan seluar dari kolej dan jalan macam orang mabuk naik bas. baru dua tiga langkah dah terpeleot . sumpah tak cool .


dah lah sebelum pergi tu ada tragedi . lif yang kami naik tiba tiba jatuh . siyes masa tu cuak gila . rasa macam adakah ini penghujung riwayatku ? dah la aku ada banyak baca kes kes pasal lif malfunction . ada yang terhempas jatuh la , terkepit pintu lif sampai kepala putus apa semua.... then dia macam berhenti dan bunyi tett tettt tettt . aku tekan butang loceng kecemasan tu tak bunyi apa pun . masa tu aku fikir macam habis lah kami mati kering kat sini . tak ada siapa nak tolong , semua orang pergi dinner . then tiba tiba dia bergerak naik ground floor and pintu terbuka di first floor . terus kami berlari keluar dari lif tu lalu menghembuskan nafas lega . pheww ~



the food was okay . tak ada lah best gila . and our waiter sangat lah stone . haihh . dan aku makan banyak gila and struggle gila nak tambah makanan sebab dia duduk tengah tengah meja . waiter pulak lambat . habis sampai garfu terpelanting , tudung masuk pinggan dan sebagainya. sampai waiter tu aim muka aku muka menketedarah . lepas tu cepat cepat dia datang kat aku and tambahkan makanan banyak banyak . hahaha . and for the next next dishes dia mesti akan tanya aku nak tambah lagi ke tak . bila aku cakap tak , terus dia angkat pinggan besar kat meja tu . tak tanya dah kat orang lain . apakah dia telah membuatkan aku sebagai penanda aras kekenyangan sebulat meja ? apakah ayatku ini ?


dayyumm , baru nak jet jet ayu serta tidak kuat makan pada malam itteww . guess like i failed . lol


tapi yang bosannya meja aku cuma aku berdua dengan kawan aku . yang lain semua strangers yang tak friendly . dan kami pun tak friendly . dan tiga seat kosong . makanya suasana meja tu sangat amat nian hambar . semua orang buat macam makan kat kenduri . keep smiling at others and just eat . don't even bother to ask names and stuffs . hahaha . and ada persembahan dari retis retis . yang bestnya ada Syed Syamim and Amir Jahari . I'm a big fan of Ed pasai dia hensem and Amir Jahari pasai lagu dia semua best . and memang rasa nak nangis terharu bila dapat makan sedap sambil dengar lagu peberet dinyanyikan secara live . Amir Jahari punya performance sumpah daebak . padahal dia sakit tekak . but sadly meja aku indoor and terletak elok elok belakang tiang besar . so kami langsung tak nampak stage . tengok ikut screen je . sobsob .


but overall aku rasa gempak lagi Malam Emas Pasum . dewan dekat PWTC lagi gempak and lighting dia lagi superb . and dulu banyak photobooth siap ada ice carved 'PASUM' lagi . hadiah cabutan bertuah pun lagi gempak . cuma dulu tak ada retis . ada Lan Pet Pet je buat lawak hambar . ahaks .


lepas habis makan , apa lagi , bergambar lahh . so korang pun apa lagi , selamat menjamu mata. harap tak ada sesiapa yang kena cancer mata tengok gambar kat bawah . siapa yang ada alergi pada "jemahsyoksendiri" disyorkan supaya tidak teruskan scroll dengan lebih lanjut ke bawah . I've warned chuuuu....



meet Hana , my coursemate . 


look at the height difference . ni pun aku dah pakai heels and dia pakai kasut flat . kenapa la aku ditakdirkan hidup dengan manusia manusia panjang T_T





me trying to pose on the red carpet . but of course , failed horribly .



and these are my girl squad from PASUM . sama sama sambung degree di UM , fakulti yang sama and duduk kolej yang sama . hahaha .

yang paling comel dan tinggi berkat heels dan make up itu aku (:P) ; Ziha ; Nash ; Syafa
p/s : kenapa nampak macam aku dengan Nash je yang ada kening ? adakah Ziha dan Syafa keturunan Monalisa ?



 ini pulak jiran sebelah bilik yang kepoh . ahahaha
 dan ini jemah jemah yang kepoh cuba bergambar di tepi kolam di tepi tangga



 dan ini aku yang cuba jadi tiang =..=











sorry gaiz , quality gambar buruk . aku pesan dekat ayah kirimkan camera untuk bawak pergi dinner . dia kirim dekat aku camera zaman sebelum aku mumayyiz yang lens nya lagi sadis dari lens camera phone aku . phone 13MP camera 10 MP . pe cerr =,='

Photobucket

3 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)