Assalamualaikum :)
Hari ni aku ada join usrah . It was a fun experience though . bagi orang lain macam ek eleyh kecoh lah usrah je pun . but for me it is quite a big deal and new experience . malu nak mengaku tapi iolls tak pernah join usrah . kekeke .
dulu aku selalu tengok cousin aku punya quran . penuh dengan penanda , sticker , highlight . lepas tu aku bayangkan pulak quran aku . cantik je , bersih ! kesan lipat pun tak ada . haha , it's not that aku langsung tak buka . cuma aku tak pernah lipat muka surat untuk tanda , and tak pernah nak highlight ke apa . sebab aku tak tahu nak highlight apa . aku cuma sekadar baca . kadang kadang je baca maksud . tapi tak meninggalkan kesan pun pasal gua tak faham . meh :-/
rentetan itu aku pernah berhasrat , nanti masuk U aku nak rajin pergi surau , nak join usrah semua tu . sebab aku tak duduk asrama masa sekolah . so aku memang tak dapat peluang untuk join semua tu . so minggu pertama dekat asasi dulu , ada lah sorang akak ni ketuk pintu bilik aku nak jual majalah . then jemput aku join sharing dekat surau petang tu . so dengan semangat yang berkobar kobar aku pun pergi surau tapi malangnya masa tu aku 'cuti' so tak dapat nak join solat jemaah . dan aku cuma dengar sharing tu selama lebih kurang 30 minit sebab lepas tu aku dah janji dengan kawan nak keluar pergi beli barang dekat mid valley . nampak tak aku pilih mid valley berbanding usrah ? LOL
dan 30 minit tu cuma sempat dengar akak senior tu share pengalaman dia dekat PASUM and bagi study tips sikit . lepas daripada tu aku dah mula busy dengan kehidupan as pelajar asasi . dapat mesej ajak pergi surau pun aku buat dunno je . pasal tutorial berlonggok minta disiapkan.. dan hasrat nak join usrah dan teroka maksud ayat al-quran tu pun terkubur di situ .
bila dah masuk degree ni , banyak lah sikit masa lapang tu , tapi disebabkan tak ada kawan , aku ni malas betul nak pergi surau . aku ni sejenis species nak kena ada orang ajak tarik tangan baru nak gerak . nak join usrah pun tak tahu nak join dekat mana .
then sampailah last week , ada sorang akak ni datang bilik aku nak jual majalah sinergi . dia tengah praktikal so ada banyak masa free . then dia tanya kitorang kalau dia nak buat sharing , kitorang nak join tak ? well , orang offer benda baik , takkan nak tolak kan . maka hari ni , berlangsung lah sesi mini usrah kami yang pertama . kenapa aku panggil mini usrah , sebab ahlinya cuma akak tu , aku , dan dua orang lagi kawan aku . tapi sorang tak dapat join . so tinggal bertiga . hahahaha . comel sangat .
akak tu gigih gila , sanggup datang dari Cheras , semata mata nak buat usrah . dan ahlinya cuma kami . mula mula aku ingat ramai yang join sekali . rupanya just kami je . tapi ok lah . kalau ramai ramai nanti aku cuma jadi orang halimunan kat situ . akak tu siap bawa makanan lagi . dan usrah dia memang santai gila . mula-mula taaruf , then baca ayat sikit , and penerangan dan tanya pendapat . lepas tu dia tayang short movie yang berkaitan dengan ayat tu . tak adalah first first terus berat kan . kalau macam tu rasanya aku senyap senyap lari nanti . otak dan hati terkejut . hehehe .
Alhamdulillah Allah bagi aku peluang ni . sebab tu orang cakap yang penting niat tu ada . aku pun tak sangka orang yang malas malas macam aku , yang cuma tahu nak tunggu orang datang kat aku , but at last memang betul betul ada orang yang datang kat aku nak buat usrah . dia siap datang bilik hoi . tak perlu kami nak jalan jauh jauh pergi usrah . Allah , rasa teruk sangat .
so aku nak share sikit dua ayat yang aku dapat malam ni . tak best lah dapat ilmu sorang sorang kan.
Surah Al-Ra'd (13) ayat 28 :
Sahih International
Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
Malay
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
maksud ayat ni mudah je , kalau hati kita rasa resah , benda paling baik untuk kita tenangkan hati ialah dengan ingat Allah . aku selalu dengar lagu , tengok youtube , pergi berjimba kalau aku tension . mungkin benda benda tu dapat hilangkan tension aku . tapi kalau aku rasa risau , anxiety , buat semua tu pun tak dapat tenangkan hati aku . last last dengan istighfar, zikir dan ayat ayat quran jugak yang boleh buat kita jadi tenang .
Next,
Surah Al-Mujadila(58), ayat 11:
Sahih International
O you who have believed, when you are told, "Space yourselves" in assemblies, then make space; Allah will make space for you. And when you are told, "Arise," then arise; Allah will raise those who have believed among you and those who were given knowledge, by degrees. And Allah is Acquainted with what you do.
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
alamak... aku lupa pulak pasal ayat ni . hehehe
sorry kalau entry ni noob dan lame sangat bagi sisthor-sisthor di luar sana . iolls kanak kanak baru belajar . taip entry ni pun sambil dengar lagu Chandelier.. #istighfarHusna hahahhaha tata !
mimin belum ada peluang pergi usrah. mybe one find day i will attend majlis usrah. insyaallah. doakan mimin ye,, salam perkenalan
ReplyDeleteInshaAllah nanti peluang tu sampai.. salam perkenalan jugak :)
Delete