Assalamualaikum :)
Aku ni sejenis manusia yang jarang tengok wayang . sebab aku selalu rasa tengok wayang ni membazir . sebab boleh tengok free je kat internet . hehe . tapi bulan ni , entah mood apa datang , rajin betul aku tengok wayang . sampaikan last week aku pergi tengok wayang sorang sorang , pagi pagi weekday pulak tu . memang tebiat sangat -,-'
so ada dua movie yang aku rasa tak rugi kalau korang tengok
#Pitch Perfect 2
first , of course lah Pitch Perfect 2 . cerita ni memang gua nantikan sejak tahun lepas lagi . finally keluar jugak . phew . tahap lama menunggu tu kalau aku simpan bulu ketiak rasanya dah boleh sikat and ikat buat tocang dah . hahaha . nasib baik hati terubat pasal dapat tengok awal . released date 14th May tapi aku dapat tengok 9th May. pasal apa GSC tayang awal , gua pun tak tau.
cerita ni memang sumpah lawak . kalau korang tak pernah tengok cerita Pitch Perfect 1 , memang rugi . better tengok yang first dulu baru tengok yang second . tapi aku boleh jamin memang tak kering gusi lah tengok cerita ni . walaupun aku tak faham kenapa tak kering gusi . sebab selalu kalau aku ketawa lama lama tayang gigi nanti gusi aku rasa macam kering sebab terdedah . tapi dia agak banyak lawak kotor aka kuning so maybe adik adik yang belum mumayyiz tu tak boleh tengok kot . dan seperti biasa , movie yang kedua ketiga dan seterusnya memang takkan dapat lawan best yang first punya . basically movie ni pasal kumpulan Barden Bella ni diorang kena band pasal ada accident something (tengok sendiri kalau nak tahu) . So diorang tak boleh ambil ahli baru and akan dibubarkan kalau diorang tak dapat clearkan nama baik diorang semula . and cara nak clearkan tu , dengan menang pertandingan acapella antarabangsa . tapi si Beca ni pulak senyap senyap pergi buat internship dekat company music . so macam ada conflict commitment lah kat situ .
tapi aku agak hampa sebab macam tak ada banyak nyanyi nyayi macam yang first punya . yang first punya aku impressed gila kot . and Pentatonix yang digembar gemburkan ada dalam PP2 rupannya just ditayangkan selama 2-3 saat . and tak de pun tayang diorang punya performance . sobsob .
so aku rasa , aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni.
#The Age of Adaline
cerita ni pasal kisah hidup si Adaline ni . Dia ni asalnya normal... hidup bahagia kahwin dengan engineer and ada anak satu . then suami dia mati . and one day ni , masa dia drive , dia accident and masuk dalam tasik . then jantung dia dah berhenti berdegup tapi tetiba kereta dia kena sambar petir and dia pun kena sekali . so dia ni macam terhidup semula sebab kena kejutan elektrik . tapi after tu , dia stop aging . tak tua tua sampai ke sudah . sampai anak dia dah tua kerepot pun dia awet muda lagi . hoi best betul . tapi lama lama orang pelik and nak tangkap dia untuk buat bahan uji kaji . so dia ni hidup larikan diri . setiap 10 tahun dia akan pindah and tukar identiti and nama . then one day ni dia jumpa sorang laki ni and jatuh cinta . haa bermula la drama cintun . hahaha . pasal si Adaline ni takut nak bercinta , pasal nanti dia kena lari jugak.. so kalau nak tau apa jadi lepas tu , tengok lah sendiri . kat tengah tengah nanti ada plot twist yang baik punya .
cerita ni agak slow , sebab genre drama . tapi best lah bagi aku . bagi kengkorang yang suka movie genre drama , cerita ni mungkin boleh dapat 4.5/5 bintang .
sekian sahaja entry oleh pengulas movie terhebat abad ini . terima kasih .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Geramnyaaa... nak tengok cerita tu T.T
ReplyDeletetengok jangan tak tengok . sumpah best . huhu
Delete