I just lost my grandmother...




Assalamualaikum :)

In life, people come and go .
31st May 2015, nenek aku pergi. pergi mana ? menghadap Ilahi..



"Nenek mak" is what I called her, mengidap breast cancer . She's been fighting for years . and even had a surgery to remove half side of her breast. and lots of chemotherapy. masa buat chemo rambut nenek habis gugur . then tumbuh balik jadi kerinting halus-halus . hahaha . but she's rocking that hair tho . ingatkan lepas operation nenek dah bebas dari cancer lah. tapi takdir Allah , cancer tu datang balik . alah macam dalam cerita the fault in our stars tu. but this time , doktor tak boleh nak operate dah . don't know why . so nenek just chemo je .

tapi cancer tu tak makin baik pun . makin teruk ada lah . and sampailah stage di mana doktor dah transfer nenek ke stage palliative . di mana doktor just bagi nenek ubat tahan sakit je . no more chemo or treatment . ini stage di mana orang cakap pasrah dan berserah . tunggu masa je .


start dari tu , setiap kali aku melawat nenek , aku tengok keadaan nenek makin teruk . mula mula nampak makin kurus . lepas tu cepat penat bila buat kerja . next time aku melawat , nenek dah terbaring . cancer tu dah attack tulang belakang . then , sampai tahap nenek memang dah tak larat nak bergerak pun . and masa tu kulit nenek jadi gatal gatal lepas tukar darah . teruk sangat kulit . aku ingat lagi dalam sebulan lepas , aku urut urut nenek and sapukan losyen kat tangan dia . then dia mengadu la cerita doktor tak bagi ubat sapu pun untuk kulit dia . dia rasa gatal-gatal and pedih sangat . and then nenek menangis , dia cakap dia dah penat . satu satu penyakit datang . tu first time aku tengok nenek mak mengeluh dan menangis . she always being a strong woman .


dalam rumah tu , semua benda nenek buat . rumah sentiasa kemas . pukul 11 dah siap hidang lunch . semua jenis masakan and kuih muih pun dia pandai buat .laman rumah pun sentiasa terjaga . aku rasa nenek lah mak yang paling superb aku pernah jumpa . memang suri rumah yang berjaya . nenek mak kawin masa umur 14 tahun kot ! daebak . dulu masa pakcik aku kecik , nenek always sediakan air milo dalam peti . setiap kali pakcik aku nak minum , dia just tinggal cari dalam peti je . secawan untuk dia je pun nenek aku buatkan . kalau aku nak , aku kena order yang baru . nanti nenek buatkan . heee ~ bila ibu and ayah pergi kursus , aku mesti tinggal dengan nenek . bila duduk rumah nenek pepagi  nak mandi pun nenek dah siap masakkan air untuk aku mandi air panas . nak mandi air kolah kan sejuk . aku kan mengada . ahaha. and then lepas bersiap nenek panggil suruh breakfast . kalau dekat rumah aku memang tak pernah breakfast . minum air je . lepas tu nenek mesti gigih bekalkan air untuk bawak pergi sekolah . tak main lah air masak , mesti air oren or sirap .


so bila nenek mak sakit , benda yang paling semua orang risaukan ialah nenek abah . aka my atuk . like macam mana lah nenek abah nak uruskan semua benda yang selama ni semua nenek mak buat . nenek abah dah lah jenis orang yang kuat risau . bila nenek mak nak chemo ke apa dia yang risau risau sampai demam . bila nenek mak dah terbaring je , nenek abah la kena uruskan rumah and uruskan nenek mak jugak . err , agak tunggang langgang jugak lah . makan pun kalau ibu  aku tak hantar kan lauk , entah apa apa je . tapi paling hebat nenek abah dah pandai buat sambal belacan sendiri . kami balik rumah nenek semua makan sambal belacan nenek abah . haha .


aku baru je melawat nenek hari jumaat baru ni . masa tu memang nenek mak dah kurus sangat . nak bercakap pun bisik bisik je . hari ahad aku sampai je UM , sejam lepas tu ibu aku call nangis nangis cakap nenek mak dah takde . aku nak balik pahang semula pun , dah maghrib . and esoknya aku ada test . so lepas test baru lah aku balik . tak sempat nak tengok jenazah . parents aku lah tak bagi aku skip test tu . cakap tak apa sebab aku baru je jumpa nenek mak . hmm , tapi tu masa dia hidup lagi....


aku balik tengok nenek abah punya mata memang rabak habis lah . everyone keep talking about nenek mak . tapi bila nenek abah cakap pasal nenek mak, mesti sambil menangis . majlis tahlil kat masjid pun dia tak pergi . tak sanggup kot . before solat maghrib kami perasan nenek abah intai tempat katil nenek mak dulu . lepas tu dia berkurung dalam bilik sepanjang malam . nampak la yang dia macam kehilangan betul .

it is sad that nenek mak dah tak de . rasa macam tak lengkap . tapi sebenarnya aku lega jugak dia meninggal . sebab aku lagi sedih tengok nenek sakit . kesian sangat . so dalam diam diam aku berdoa yang semoga kesihatan dia makin baik . tapi bila tengok keadaan nenek makin teruk , aku berdoa semoga Allah cepat cepat tarik nyawa dia . jangan bagi nenek sakit lama lama . lagi seksa macam tu .

so now aku just berdoa yang nenek abah kuat untuk terima semua ni . and nenek mak ditempatkan di kalangan orang beriman . Amin . korang korang semua sedekahkan la Al-Fatihah untuk nenek aku ye. Thanks :)





Photobucket

4 comments:

  1. salam takziah.. i know that feeling.. kehilangan org tersayang.. semoga nenek cuna lebih tenang dan berbahagia di sana, al fatihah.

    ReplyDelete
  2. Singgah Blogwalking....:) cantik blog awak..
    So gurly...hihi




    jemput baca entri tentang masalah "wanita"
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/hilangkan-keputihan-dengan-alfalfa.html

    ReplyDelete
  3. sama mcm atuk aku. kanser buah pinggang. masa arwah meninggal aku kt plkn n parents aku memula taknak bgtau aku. dorg nk bgtau masa weekend tu tp tak jd sbb takut aku mengamuk. aku pun tk sempat tgk jenazah 😔 takziah weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mesti kau kalau mengamuk dahsyat kan sampai parents kau takut . LOL
      it's okay , dah takdir :)

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)