Bottom of the wheel

Hi and assalamualaikum :)

Long time no see T_T
kepada anda anda yang masih belum tahu dan tertanya tanya , eh kenapa Husna dah lama tak update blog eh ? (ada ke orang kesah ? perasan betul aku ni . mih mih mih) aku , sekarang dah jadi freshie uolls ~ hmm , sebenarnya jadi first year degree student ni adalah sangat tak ada benda yang nak dibanggakan . dia macam satu tanggungjawab besar yang tiba tiba kau dengan sukarela atau paksarela kena galas .

so , dua minggu ni , adalah dua minggu yang sangat busy . lagi lagi sepanjang MHS aka minggu haluan siswa . It was fun , but very tiring . I'm not gonna tell you yet about MHS , tunggu next entry ok . tapi one word , HAVOC . MHS memang buat aku rasa macam gempak je jadi student UM . padahal last year asasi kat UM jugak tapi tak ada pun rasa macam tu .


but after MHS , suka atau tidak bermulalah kehidupan sebenar as a degree student . dan aku rasa , minggu ni mungkin boleh dapat anugerah minggu malang sedunia aku . It's like everything gone wrong . literally everything .

masalah pertama aku is bila kena susun jadual sendiri . selama ni hidup aman je ikut je jadual yang orang dah tetapkan . tapi sekarang semua kena buat sendiri . malangnya , aku tak tahu apa masalah jabatan aku , jadual kami banyak gila yang overlap . even jadual yang jabatan cadangkan pun overlap . so aku memang bermasalah nak susun jadual . pulak tu dibebankan pulak dengan nak kejar credit hour . maximum credit hour untuk first sem is 18 . but I only managed to get 13 . ini semua sebab jadual overlap and banyak kelas untuk uni course dah full .

perks of being a chemistry students , kau kena pasrah je dengan jadual padat . sebab lab saja pun dah sehari suntuk . bayangkan lab kimia start pukul 10 pagi saaaaaaampai 5 petang . pishang tak pishang . so most of my other classes overlap dengan jadual lab aku . yang tak overlap pulak dah full . makanya aku terpaksa ambil kursus elektif untuk tambah jumlah credit . itupun jumlah sekarang just 15 . kursus elektif yang aku boleh ambil pun cuma electronics dari physics department atau earth surface process dari geology department . electronics seems too tough even basic aku agak strong . and I dont really like it . all the electronics things... stuff.. (even aku gila gadget , aku tak nak heran pun pasal dalaman wayar wayar gadget tu ) so aku pejam mata je ambil earth surfave process . senior cakap subject tu pasal bencana alam . jangan aku yang ditimpa bencana sebab subjek tu nanti sudah lah .

things getting worse bila aku dapat tau yang kalau credit kau bawah 16 , even kau dapat 4.0 tapi kau takkan dapat dekan . sumpah rasa down . benda ni fakulti ke sape sape ke tak pernah mention langsung pun . ni pun nasib baik ada senior tanya dah cukup ke credit and aku cakap tak . baru lah aku tau . nak tambah kursus elektif lagi satu , aku takut tak boleh bawak pulak . dan satu satunya course yang ada dan boleh cukupkan jumlah credit aku ialah English . malangnya , kelas English waktu yang jadual aku free dah penuh . so..... tak tau lah ceq nak habaq cam mana lagi . pasrah jelah kan .

sementara aku pening pening fikir pasal credit hour yang tak cukup tu , sempat jugak aku pergi apply nak jadi tuuut . tuuut tu aku malu nak bagitau . tapi dia semacam persatuan lah . first stage aku kena pergi ujian kecergasan . first aku kena lari 2.4 km , then sampai sampai dengan tercungap lagi aku kena buat push up . bagi menambah perisa dalam cerita ni , aku datang ujian sesi petang . so , korang bayangkan lah apa perasaan push up atas tar pukul 4 petang . lepas push up , kena sit up pulak . masa tu aku dah rasa macam haus gila nak mati . so aku pergi minum air sekejap sebab dah tak tahan . malangnya , lepas minum air aku terus rasa nak muntah . di pendekkan cerita, aku pun muntah dengan banyaknya like habis keluar balik chicken chop aku makan time lunch yucksss . lepas muntah terus aku rasa segar gila  LOL . then aku sambung balik ujian tu , lari pecut 4 x 10 m , and lompat jauh .

funny story , sementara tunggu bas sampai untuk kutip kami pergi ujian kecergasan tu , Ziha , kawan aku ni call kawan kawan kitorang yang lain nak pesan makanan . sebab diorang dengan bahagianya pergi berjimba dekat mid valley . tiba tiba dapat idea on the spot nak prank diorang . so Ziha ni buat la suara kesian kengkonon aku pengsan masa ujian tu . and now kami dekat emergency PPUM and Ziha tak tau nak buat apa and call siapa . kengkonon phone aku ada password tak boleh nak bukak . gelabah jugak la diorang yang dekat mid valley tu sekejap . haha . bila dah dapat tau kena tipu tu memang kami kena maki lah kan . hahahah . tup tup , realitinya , aku muntah dan Ziha yang pitam . dalam ramai ramai tu , kami dua orang je yang tumbang . kah kah . dan benda ni kekal rahsia . diorang semua tak tahu pun sebab kami malu nak bagitau . shyyy , ni rahsia kita kita je tau !

stage two : medical check up .
malangnya , tahun ni ramai gilos yang apply nak jadi tuutt . dan kuota untuk tuutt adalah sedikit jadi dia tinggikan syarat kelayakan . so , tiba tiba dia nak ketinggian minimum 155 cm . dan aku yang comel ni memang tak cukup syarat lah kan . tapi kawan aku Ziha lepas medical check up sebab doctor tu terlepas pandang . padahal tinggi kami sama je . so pegawai pegawai kat situ kesian kat aku and diorang suruh aku datang balik esoknya sebab doktor lain pulak yang datang . mana lah tau kan. so esoknya aku datang jugak , tapi malangnya sekali lagi , ramai gila yang datang untuk medical check up hari tu . setengah hari menunggu , last last tak sempat nak buat medical check up . kau bayang lah aku dah datang dua hari kot ! then dia cakap suruh datang rabu next week pulak . kena datang pagi sebab petang tu dah start stage 3 : pre-interview . padahal rabu tu aku ada kelas pagi so aku baru rancang rancang nak datang lewat sikit ke apa . tetiba malam khamis tu tuutt mesej aku bagitau suruh datang medical check up hari Jumaat , jam 2 petang . macam asdfghjkl sebab aku dah pergi beli tiket nak balik rumah petang khamis tu . dan tiket aku pukul 12 hari Jumaat . so , say goodbye to tuutt .


cerita malang nombor 3 :
Hari Khamis tu lepas aku pergi beli tiket , aku melencong kejap pergi KLCC . so aku belilah seluar slack untuk pergi kelas . and ada lah beli cincin sikit ihiks . dah sampai UM , test cincin tu macam longgar je . padahal aku test dekat kedai ok je kot . takkan jari aku mengecut pulak ! dan seluar tu..... orang kedai tu lupa tanggalkan benda putih untuk sensor tu . patutlah masa keluar kedai aku rasa macam dengar bunyi tapi masa tu confident je bukan berpunca dari aku sebab aku dah bayar . so iolls buat donno jelah . so now aku nak kena pergi KLCC balik nak suruh orang tu cabut benda putih tu . haihhh .

cerita malang nombor 4:
otw nak pergi perhentian bas tu , boleh pulak batang beg aku tercabut . nasib baik aku jumpa balik skru dia and boleh pasang balik .


konklusinya , hidup ni kan ibarat roda . mungkin sekarang aku tengah berada kat bawah . tapi takpe , at least benda-benda yang jadi ni buat aku jadi lebih tough . lebih ingat Allah . like aku sentiasa rasa insecure fikirkan pasal credit hour aku yang tak cukup tu . and bila aku rasa macam tu mesti aku akan beristighfar ke apa ke . cuba kalau semuanya ok . jangan harap lah aku nak beristighfar dalam hati sepanjang masa . memang tak ingat tuhan la dah bila senang kan . nasib baik jugak lah aku ni jenis yang rilek rilek , setakat ni tak adalah sampai meraung asyik ditimpa bad luck je sepanjang minggu . sebab tu Allah uji aku macam ni . dia tau aku kuat mana . dia takkan uji hamba dia melampaui kekuatan kita .

so I hope things will get better soon . InsyaALLAH :)


Photobucket

4 comments:

  1. Ehem, akak tau tutt tu apa sebab akak masuk itu tutt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha . akak mesti lepas kan syarat kelayakan tu . tak aciiii >,<

      Delete
  2. palapes ke suksis woii ? btw, sadis aa kisah kauu T.T

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)