Hari ni UM ada lancarkan program UCE (University Community Event??) ; Merdeka Walk . So main point program ni untuk tanamkan semangat cintakan negara lah kiranya . but majoriti yang join semestinya untuk dapatkan sijil dan merit . ahahahaha . apa ingat kami rajin ke nak bersiap awal pagi pukul 7 dok senamrobik and then jalan pusing satu UM saja saja ?
gua masih sayang lemak lemak gua beb.
tiba tiba emcee tu cakap yang cuma 1000 available . so siapa 1000 yang terawal tamatkan walk tu akan dapat sijil . total orang yang join program ni adalah 1000++ . makanya semua rakyat jelaya terus panas bontot berdiri bersedia untuk mulakan merdeka walk dengan bersemangat . tiga puluh saat pertama semua orang berjalan lain . lima belas minit selebihnya semua orang lari laju gila nak mati . dah macam marathon kau tau ! semua gara gara risau sijil habis !
jadi nama program Merdeka Walk tu memang dah tak sesuai . patut potong walk tu jadi run . hampeh betul . nasib baik aku dengan tiba tiba ada tenaga lebih pagi tadi semangat je lari . tak pancit pun . mungkin berkat hari hari mendaki bukit tinggi bapak nak pergi lecture . hahaha .
lepas habis event tu , aku ingatkan nak refill balik lemak yang tercicir dengan ayam Uncle Bob . tapi malangnya event tu tamat pukul 9 pagi . gerai ayam tu pun tak bukak lagi . tskkk . kempunan aku .
and then kami terus berambus laju laju balik kolej sebab Mimi , ex classmate PASUM kitorang datang . kau tau betapa eksaitednya rasa jumpa member . hahaha . lepas brunch kitorang just lepak kat pusat sukan , selfie sampai lebam , baru lah bersurai . entahlah . rasanya selain borak memang itu lah aktiviti wajib bila jumpa kawan . lagi lagi perempuan . pulak tu Mimi ada phone baru . iphone 5c punya camera sangat lah cantik . so... faham faham lah . hihi
you know... walaupun masa kami berkawan tu kejap (asasi setahun je) tapi bonding tu macam sangat kuat . like we miss each other like hell . padahal kalau ikutkan , even kami sekelas kami tak ada lah rapat gila pun masa mula mula . semua macam awkward . pura pura rapat . hahaha . tapi lepas sem 2 , baru la semua macam dah selesa . so actually our true friendship tu cuma terbina dalam masa kurang dari enam bulan .
you can see the bond when even kami semua lain lain kolej (for those yang still dapat UM for degree) tapi selalu la singgah kolej kolej lain datang melawat . makan sama sama . even yang dari university lain pun , kalau ada masa sanggup datang sini jumpa kami . selalunya tempat lepak rasmi wajiblah cafe KK12 or mid valley . tu memang dah jadi tempat lepak rasmi kitorang sejak PASUM lagi . hahaha .
dan kawan kawan aku yang dari sekolah dulu pun entah kenapa , ramai pulak yang rajin contact aku sekarang . call , whatsapp . terharu iolls . hahahaha . bukan apa , sebab aku ni jenis yang susah nak contact orang dulu . bukan tak ingat , cuma malu nak tegur dulu . kehkehkeh . mengada betul . tampor diri sendiri karang . so macam baru sekarang aku rasa yang aku macam ada kawan . haha . macam la macam . sebab aku tak tahu kan , manalah tau syok sendiri . selalu rasa macam forever alone je .
so, i really hope that all the friendship that built , will last forever and ever after . walaupun bunyi macam fairytale sangat , tapi aku selalu dengar orang cakap , kau boleh putus cinta tapi tak boleh putus kawan . sebab hilang kawan tu rasa dia lagi deep dari hilang partner . gittew .
pengajaran dari entry pukul 3 pagi ni : berkawanlah dengan balak dan awek anda so korang takkan kehilangan orang tersayang . kah kah . tak motif langsung kbye !
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)