Emmeches

MHS was great . dah sebulan pun aku still belum boleh move on . It is that great . mungkin ada yang tertanya tanya sambil garu kepala atau korek hidung, MHS tu natang apa pulak ? MHS is minggu haluan siswa , atau nama kampung dia , minggu orientasi . tapi kita mesti nak jet jet sikit , apa barang panggil minggu orientasi kan ? hahahaha .


penat tapi seronok . like kau kena heret diri kau ke sana ke sini selama seminggu non stop . tidur pukul 2 bangun pukul 5 . berjalan ulang alik dari kolej ke dewan tunku canselor . memang tercapailah seruan kerajaan untuk rakyat berjalan 10000 langkah sehari . sampai je aku dekat UM , that's it . rilek aku selama lima bulan dah berakhir . sampai sampai aku terus kena angkut barang yang sekian banyaknya naik bas . aku tak tau kenapa tetiba kena naik bas pergi kolej . like barang aku banyak gila kot ! sampai sampai kolej kena pergi daftar . disebabkan aku sampai lambat , 10.45 daftar , pukul 11.00 kena berkumpul dekat dewan gemilang .

so aku serahkan segala barang aku dekat parents aku , tolong bawak naik bilik . maknanya aku tak naik bilik and jumpa roommate aku saaaampai lah nak maghrib tu . malam tu pun still ada aktiviti . so , memang hari ke dua ke tiga tah baru aku unpack beg baju aku . tu belum barang barang lain lagi . macam tu lah tahap busy dia .

luckily aku dah pernah rasa MHS kat UM . sebab dulu masuk PASUM . so tak ada lah rasa macam terkejut terus stress migrain nangis nangis call parents cakap MHS penat gila macam orang lain . hahaha . and all the PM (pemudahcara mahasiswa or as you call fasi) were so nice to us . dulu fasi masa PASUM lagi garang nak mam...

the best part yang aku suka time MHS of course lah all the subs and cheers . kalau nak tahu kat sini kami macam berlawan antara kolej . semua kolej kediaman ada sub and cheer masing masing . so masa dekat kolej , selain LDK taklimat bla bla bla kami banyak habiskan masa berlatih sub and cheer . and then belajar menari . hahaha . yasssss , kalau adik adik nak tau , macam ni lah minggu orientasi kat universiti . korang akan buat benda paling tak matured and benda paling tak cool sekali . tapi semua orang buat dengan bersemangat . mula mula memang malu malu , tapi bila dah hari last last tu , semua all out .

lagi lagi bila masuk dewan canselor . masa tu semua kolej akan berkumpul like 3000++ students . dan semua kolej akan lawan lawan cheers macam nak mati . sampai kadang kadang emcee tak boleh nak bercakap sebab semua orang tak pedulikan majlis and nak cheers je . oh how i wish i can show you a video of it . sumpah havoc . the best part is bila ada tetamu jemputan . haa , tetamu jemputan kami bukan calang calang , Dr Faiz yang angkasawan tu dengan Aznil (paknil) wehhh . and ada lah banyak lagi tetamu jemputan lain yang best best .

dan ada satu lagi aktiviti rahsia MHS . yang tak sepatutnya dihebahkan . hahaha . kami tak dibenarkan tangkap gambar or ambil video masa tu . sebab boleh mencetuskan kontroversi . LOL . macam ni , dekat sini , ada 12 kolej . so kolej kolej ni ada yang kawan ada yang lawan . contohnya , aku kolej 12 , kami geng dengan kolej 3, 9 and 10 . tapi kami musuh dengan kolej 5, 8 and apa tah . lupa . so ada satu malam ni , lepas habis aktiviti dekat dewan canselor , masa tu dalam pukul 1 pagi something la . kami keluar dewan aawal berbanding kolej lima , so kami cepat cepat jalan , berkumpul depan gate kolej lima . kolej 12 ni terkenal dengan gelaran kolej kediaman gergasi , as jumlah kami about 2 atau 3 kali ganda berbanding kolej lain . so memang jalan and gate nak pergi kolej  tu completely blocked la .

and then bila diorang sampai , kitorang macam serang la . tak bagi diorang masuk kolej . lawan lawan sub and cheers apa semua . dah macam perhimpunan haram pun ada. bising gila . bila bas or kereta nak lalu , kitorang stop kejap , semua ke tepi bagi laluan . hahaha . malam esoknya , kolej lima pulak serang kitorang . tapi apa ada hal diorang sikit je kitorang ramai . jalan masuk kolej 12 pun besar . benda ni gimik je sebenarnya . nak bagi tanam semangat sayang kolej lah konon .

so that was it , MHS . terlalu banyak benda nak cerita . yelah , cerita seminggu kau nak sumbat dalam satu entry kan . hahaha . dah la dah sebulan baru nak cerita . tapi nak buat macam mana . i'olls busy gilos and internet cam taik .

so then , enjoy the pics . sorry bad quality .



 group sel aku and PM sel :)




 tiba tiba ada budak kinabalu(KK8) sesat dekat royal (KK12)






rocking our UM varsity










acah acah tanam pokok dengan vice canselor UM . 
p/s : aku bangun lambat hari tu so actually aku jumpa vice cancelor tak mandi :P
p/s lagi : tak mandi pon comel kan ? hahahahhahaa



dalam dewan canselor . nampak tak semangat royals ? hahhaa . jet jet je







and...
jeng jeng jeng.. dua gambar favourite aku .
hahahhahahahahaha . rasa nak crop kat tengah tu post kat instagram je . ngeh ngeh
p/s : sorry Abang Po , ni la PM yang saya usha tu *emoticon gambar monyet tutup mulut*







Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)