Faham tak perasaan iri bila kau dah ada something but ada something yang sama macam kita punya , cuma lebih cun . haaa , begitu lah perasaan aku bila tengok Samsung Galaxy Note 3 rose gold black ni . tskk . aku memang tak pernah berminat dengan phone samsung warna hitam . tapi Note 3 warna hitam gold ni sumpah cun habis . walaupun dulu aku mati mati kempunan tak dapat beli note 3 pink , tapi sekarang aku mengidam note 3 rose gold black pulak .
lagi satu yang aku perasan , texture skin belakang yang hitam punya lagi rasa macam kulit berbanding warna putih . warna putih feel more like plastic . kenapa racist sangat ni ??
but for those yang nak cari phone , terutama students or orang yang bekerjaya , aku memang cadangkan note 3 la . function dia memang sangat memudahkan kehidupan seharian . kalau dulu leceh pape hal sikit nak kena buka laptop . sekarang gua boleh download file edit bagai siap nak buat graf dalam phone pun boleh bhai . planner pun ada . battery pun tahan lama . even dia phone besar , tapi battery dia pun besar. tak perlu powerbank bagai . tahan je sehari suntuk . kalau tak banyak guna sangat sampai esok esok pun tahan . gambar ? camera 13mp tak cukup cantik lagi ke ? kalau nak gambar superb , jangan beli phone . baik RM2300 tu kau beli DSLR .
pendek cerita , semua benda yang kau perlu ada lah dalam seketul phone besar ni . kalau nak bandingkan dengan note 2 or S4 , memang note 3 jauh lebih baik lah . tapi ramai orang takut beli pasal size . jangan risau , first time memang rasa agak besar , tapi bila dah biasa rasa normal je . it's not too big pun . and makin seronok nak layan movie or youtube on the go pasal gambar clear HD lagi gitu . haha . and once kau pakai phone besar , kau akan kurang selesa bila pakai phone kecik . rasa macam.... alahai tomey tomey . haha .
tengok lah tu... tskk
T_T
untuk tengok kegojes-an beliau dengan lebih lanjut , boleh pergi >SINI<
tapi paling lawak ialah ini
dayummm
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)