Last week....

Assalamualaikum :)
ya , ini cerita minggu lepas . dah lemau basi berkulat dah . tapi whatever aku nak jugak cerita . hahahaha .


last week , hari...... Rabu kot . Abang Po sebok sebok nak jumpa aku . kengkonon dah lama tak jumpa . ghrindu i'olls lettew ~ but hari tu cuti umum . dan aku tak ada sebab untuk keluar rumah . dan aku memang jenis manusia yang tak keluar rumah pun . so i don't know how we should meet . last last sebab nak jumpa jugak , kami end up dengan satu idea paling bernas abad ini . 

datang je lah rumah . cakap nak jumpa dengan Husna .

ya , sangat bernas . terlajak bernas . nak jumpa sebab apa ? saja . hahaha . so aku pun berlakon tetiba jadi baik pakai tudung pergi sapu rumput kering kat luar rumah . kah kah kah . so unreal ok ! Husna yang selama ni sapu bilik sendiri pun malas tetiba rajin sapu rumput dekat luar . sila beri tepukan gemuruh *clap clap clap*. tapi dah habis sapu pun si Abang Po gemok tu tak sampai sampai . hampeh betul , baru nak berlakon rajin buat kerja rumah depan dia . rugi peluh aku . haha .

yang paling lawak is Huda . dia baca mesej Abang Po cakap nak datang rumah . and dia dengan kadar segera terus cakap " OK , I'll wait !" dan terus bukak pintu rumah duduk depan pintu . sekarang aku confuse yang nak datang ni boyfriend siapa . siapa yang terlebih eksaited sekarang ? kejap kejap tanya kaklong bila topek nak datang . rasa macam nak sekeh je budak tu . haishh..

dan dengan tiba tibanya lagi ibu goreng cekodok and ajak makan dekat..... erm,, apa nama kerusi and meja batu tu . pazola ? palazo ? ah , apa-je-lah-nama-benda-tu haa yang tu . kau tau ayah baru mesen rumput semalam and ada siput babi mati kat situ dan banyak lalat dan nyamuk dan dan dan . tapi ibu nak jugak makan kat situ . dan time tu jugak lah baru Abang Po nak datang . dan dengan tak boleh blah cakap "Assalamualaikum , boleh saya berjumpa dengan Husna?" like kalau cikgu bm dengar dia mungkin menangis terharu kat situ. dan ibu dengan selamber nye ajak Abang Po duduk makan sekali , dan aku dengan awkward ajak dia duduk situ makan dan Abang Po dengan lebih awkward duduk makan dan aku dengan tudung serabai dah macam orang bersilat dengan lalat =,=''


ya cerita belum tamat sampai di sini . Abang Po ni tak faham aku, dia ni jenis senang je nak borak dengan semua orang . so bila dia datang rumah aku memang selalunya dia akan borak dengan parents aku , aku jadi pendengar setia je . borak pasal kontraktor rumah lah , pasal isu semasa pasal pak cik tu mak cik ni dan segala cerita-yang-selalu-orang-dewasa-borak-kan yang kau memang tak ada point nak menyampuk . ngengenge ~ dan keadaan jadi lebih awkward bila ayah balik dengan haziq dari gunting rambut and dua dua pandang Abang Po semacam je. haha . ayah aku ni suka control jet jet siyes je depan Abang Po . saja kasi cuak .

dan (lagi) kami boleh lagi berselfie banyak banyak depan ibu aku . siap buat muka bagai , kau cakap je kembangkan hidung duckface semua kitorang buat. hahahaha . tapi yang lebih lebih kat sini for sure lah Huda . dia siap letak gambar selfie kitorang jadi DP dia lagi kat facebook . like kepala kau , FB kau tapi muka aku yang besar sekali kat depan . muka dia kecik je kat belakang sampai orang pun naik confuse tu sebenarnya FB siapa .

meh la kita belanja gambar dua ketul . ahaks



lepas tu (lagi sekali . ya , panjang lagi ni nak habis) dengan kebetulan kuasa lapan mak ngah sekeluarga pulak sampai . nasib baik anak anak dia tak ikut sekali kalau tak makin kecoh laa . dah la mak ngah aku dah kenal Abang Po pasal cousin aku kawan Abang Po . and they like...
makngah: macam kenal je budak ni....
abang po : ye saya la yang tolong kemas rumah makcik time banjir hari tu.
makngah : tau saja je tegur .
me : =..= *awkward !!!!*

yada yada yada , boleh pulak ibu tanya mak ngah tak kan tak kenal mak Abang Po pok pek pok pek satu sekolah dulu pok pek pok pek beza umur setahun yada yada yada ooooh , yang tu kenal sangat lah mak kau ke pok pek pok pek haa , bagi makcik nombor mak kau pok pek pok pek . lepas Abang Po balik makngah tak menyempat nak call mak dia . nasiblah aku berjaya tahan dulu pasal time tu tengah maghrib kot apahal nak call orang senja senja macam tak boleh tunggu malam sikit (dan sebenarnya aku tak sanggup nak dengar apa diorang borak mulut mak ngah aku ni bukan boleh percaya)

nasib baik maklong mak ude semua tak singgah time tu jugak .


haih , sekian sahaja kisah perjumpaan keluarga . ciao ~


Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)