Pusat Asasi Sains UM Review


Assalamulaikum ;)
Ok sementara tunggu budak budak habis rehat ayuhlah kita update blog sepam dua . Ya , inilah gaya guru berdedikasi . Ahaha . Dedi je yang kasi . Mami tak kasi .

Ok , let's talk about PASUM . short form of pusat asasi sains universiti malaya . Minggu lepas and minggu ni , secara magik lagi misteri lagi tetibe je viewer blog aku melambung lambung tinggi sampai nak dekat seribu orang sehari . Mula mula tu musykil jugak kan . Aku ni tak de lah update blog sangat pon . Maklumlah ticer busy . Banyak kelas nak kena ajar . Ni pun curi curi buat entry dalam bilik guru . Update pun pakai phone je.. dengan mengharapkan wifi sekolah yang lem nak mam..


Ok basically ada tiga course . Sains hayat , sains fizikal and alam bina. Let's make things clear . Sains hayat adalah untuk kanak kanak yang berminat untuk sambung medic . Atau pharmacy . Atau bioperubatan dan segala jenis bio bio genetik apetah bagai semua tu . Sains fizikal pulak, adalah untuk kanak kanak yang nak sambung engineering . Atau programming (sains komputer) , geology ape semua tu fizikal lah . Alam bina pulak , untuk kanak kanak yang suka decor decor bersama eric . Lanscape , arkitek apa semua tu . Kalau nak ambil alam bina sila pastikan anda anda sekalian berbakat seni . Tangan tu tak keras macam kayu nak melukis . Pasal budak alam bina ni markag final diorang banyak datang daripada projek . Macam macam kena buat . Ke hulu ke ke hilir dok bawak board besar diorang tu .


For those yang nak ambil physics or chemistry or maths , boleh lah pilih sama ada sains hayat or fizikal . Course both belajar tiga tiga subjek tu . Ya , jangan ingat yang nak ambil medic tu terlepas dari pijik ye anak anak sekalian . Cuma bezanya hayat ambil biology , fizikal tambah lagi satu subjek math (sem 1 vector,sem 2 engineering math) and sains komputer. So , kalau korang ditawarkan course yang berlainan dengan hala tuju korang , jangan risau . Nanti bila dah dapat masuk pasum , first week tu kau pergilah merengek dekat pejabat mintak tukar course sampai dapat . Jangan menyesal di kemudian hari  . Bak kata pepatah , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya . Ecewahh ~~


Oh ya, untuk sains hayat and fizikal , kita ada lapan paper untuk final . Lapan kau . Tanyalah mana mana asasi or matrik , memang kita la yang menang . Kita je yang over sampai lapan paper . Alam bina kurang sikit . Maybe enam kot. Tapi diorang ada banyak projek . And subjek diorang tak berapa nak sains sangat lah . Dioramg belajar perdagangan apa semua tu (senang sikit lah nak score)


Erm erm erm . Apa lagi ya.. proses belajar ! Dekat pasum , kelas dari pukul lapan pagi sampai lima petang ye anak anak . Tak de lah hari hari macam tu . tengok lah jadual korang . Tapi tu lahmasa pasum beroperasi ( hamboi beroperasi kau. Hahahaha) . Kita ada lecture , kelas tutorial and lab . Lecture datang lah lecture hall . Dia ada dua , satu lecture hall dekat pasum lama , satu lagi auditorium dekat pasum baru . Kelas tutorial pun ada dekat dekat situ Budal hayat dengan fizikal belajar dekat pasum . Budak alam bina pulak agak dianak tirikan actually . Diorang belajar dekat fakulti alam bina . Tapi untungnya diorang agak bebas . Macam budak hayat and fizikal , kami kena pakai baju kurung . Bagi lelaki kemeja , bertie , berkasut . Nak smart aje . Budak alam bina macam bebas sikit pasal diirang belajar dekat fakulti . So bergantung pada lecturer diorang la . Kadang kadang aku tengok diorang pergi kelas pakai seluar jeans je . And jadual diorang pon lain sikit . Kadang kadang balik awal tapi ada kelas malam . Kadang kadang ada kelas hari sabtu . Semuanya bergantung pada lecturer . Tapi hayat and fizikal jadual and dresscode memang dah fixed..


Ok lah . Waktu rehat dah habis . nanti aku sambung review pasal kelas tutorial , lab and life dekat pasum . Tata !


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)