Masalahnye sekarang ni..... acano ??
macam mana nak mengajar ? macam mana nak berinteraksi dengan budak ? macam mana kalau budak budak tak hormat aku ? macam mana kalau diorang tak nak dengar cakap ? macam mana kalau diorang bosan ? macam mana kalau diorang bising ? macam mana kalau ada yang terberak dalam kelas ????
sebagai langkah awal , aku dah beli satu plastik besar gula gula . kengkonon nak umpan budak walhal aku dapat rasakan yang separuh dari isi plastik tu akan masuk dalam oesophagus aku . eh macam tu ke eja dia ? dah lama meninggalkan alam biology ni . ahaks . tadi proses daftar dekat PPD dah beres . tapi yang paling sentap bila ada pegawai tu cakap muka aku macam budak darjah enam .. tskkk . masuk pejabat pun semua ingat aku ni nak tukar sekolah ke apa . pelan je aku geleng . and dengan muka penuh teragak agak diorang tanya balik . "nak apply kerja ke?" *angguk pelan pelan sambil sengeh tayang gigi jarang* dan diorang pon pandang je aku dengan muka ketat cuba terima hakikat yang budak ni nak apply jadi guru ganti . ni pun nasib guru besar memang dah cop aku suruh jadi guru ganti . kalau tak memang tak de harapan la dengan gaya aku yang macam tak cukup umur ni . kalau aku jadi budak pun aku tak confident kalau cikgu gaya hopeless macam aku ni masuk mengajar .
and esok maybe aku tak mengajar lagi . so ibu tanya nak buat aktiviti apa dalam kelas ? jawapan aku senang je . main lah game . ibu ingat game macam kotak beracun ke apa . tak tak . bukan game yang tu . tapi game dalam fone . aku main . budak tengok . bukan ke budak budak suka tengok orang main game ? bosan bosan kita selfie lah ramai ramai . boleh masuk insta . buat hashtag #sayacikgu . caption : selfie with little rascals .
oh . lupa pulak fact yang aku tak suka budak . like siyesly . aku tengok budak budak yang kotor main lari lari tak pakai kasut tu pun rasa eeee gelinya . lepas tu budak budak sekarang ni kwajaa lain macam . kadang kadang kalau aku selisih dengan budak diorang boleh pulak sergah sambil buat muka annoyed . hoi panas betul hati dengan budak macam tu . rasa macam nak patah balik pergi sekeh kepala dia kejap . nasib ada mak bapak diorang je kat sebelah . haishhh
tapi sekarang ni macam orang lain je yang over eksaited aku nak masuk mengajar esok . Huda tak habis habis tergedik . suruh aku iron baju cepat cepat lah tidur awal la . ibu pulak dah cadangkan macam macam aktiviti nak buat esok . suruh aku ikut cikgu lain masuk kelas tengok diorang mengajar la apa la . ayah pulak kecoh suruh aku buat research kat internet macam mana nak mengajar . buat reseacrh pasal sekolah lah apa la .
search je la... bacanya tak pon..
"sekolah ada wifi tak ?"
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)