Busy weekend

Assalamualaikum :D

so this weekend is the busiest ever lah . semalam aku kena pergi ibu pejabat tabung haji untung ambil anugerah pelajar cemerlang kelab taha . demi RM500 , sanggup je aku . hahaha . pagi tu dalam pukul 8.30 ayah call tanya dah siap ke belum . padahal aku baru bangun. kalau ayah tak call aku still bermimpi lagi . ahak . so cepat cepat bersiap . kekeke . dalam pukul 9.30 lebih kami sampai . tu pun lepas sesat pat lima nam kali *normal lettew . ayah kan*

sampai sampai orang dah siap dah bagi hadiah . tinggal makan je lagi . so masuk masuk terus duduk makan . aku tak kesah pun tak naik pentas. sebab memang niat datang situ nak makan . hahahaha . tapi tuntas , makanan nya kurang sedap . cett ,semangat aku simpan perut . siap makan baru claim hadiah . dpt sijil , trofi , and goodies bag . ghrupenye duit dia dah siap siap bank in semalam . cett , da la masuk dalam akaun tabung haji . memang tak leh nak keluarkan la .baru ingat nak shopping . pffttt .

disebabkan frust, aku ajak ayah shopping raya dekat sogo . mula mula ayah macam malas sebab takut jam . dan aku dengan yakin berkata "alah , tak punya . hari ni sabtu . bukan ahad . tak kan la jam sangat kot" dan itu hanya dusta semata . memang jam gila baby ah hala ke sogo tu . ayah dah pasang muka ketat . aku cuma boleh sengeh and nyanyi lagu rilek brother dalam hati . demi shopping !

sampai sampai aku pelik apsal ramai sangat manusia bergelimpangan depan sogo tu . guard pun semua berkawal je . ghrupenye ada raya sales . weeee ~ kebetulan yang tak disengajakan . ahak ahak . tapi memang macam gila shopping dalam tu . sesak nak mati .berebut baju dengan orang lagi . hahaha . nasib aku tak beli beg . pasal dekat area bag tu memang dah macam woman war ah aku tengok. gerun gila .

so dapat la empat helai baju . total RM148.85 . rasa bangga gila tunjuk resit dekat ayah pasal under budget . ayah budget RM150 je . so aku memang gunakan RM150 tu tanpa rasa rugi . hahahaha . esok lusa tulat lah aku tayang kat korang baju tu . (macam korang nak tengok kan)

siapa yang nak shopping raya tu sila lah bersesak sesak di sogo sekarang . pasal tengah sale . sekian . haha

hari ni pulak aku pergi pusat sains negara untuk program V Care V Share . memandangkan aktiviti sehari suntuk , makanya kena buat entry baru  . wait for the update aaa .

P/S : rasa nak pergi sogo lagi nak beli kasut :P


Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)