VShare VCare at PSN

Assalamualaikum :D
fyi , hari Ahad lepas lepas (pffttt , dah dua minggu baru nak cerita . booo husna booooo!!) aku ada joined event under UM Cares di Pusat Sains Negara . buat yang tak tahu , PSN tu yang bangunan dia bentuk macam nanas tu . bak kata ayah aku lah . aku nampak macam bangunan biasa je *buta seni* event ni dilaunch under VShare VCare yang sebenarnya aku tak tahu pun pertubuhan apakah itu . huahahaha . aku just join untuk buang masa sabtu ahad je . dan bagi mengelakkan aku bosan duduk dekat kolej lalu berjimba di mid valley . pokai da woi .

so , kami kanak kanak PASUM yang join benda alah ni merancang untuk buat explorace . event ni dijalankan adalah bagi memupuk minat kanak kanak untuk menceburi bidang sains . chewahh , nampak tak aku rindu nak buat karangan laporan ? ahak !

before event tu start , kami tetiba dijamu dengan domino's pizza and KFC . pehh , wa sayang lu ah for anybody yang belikan tu . ahahaha . sekali lagi , jimat duit makan haku . ngehehe . tugas aku hari tu just conduct budak budak pergi ke stesen stesen . aku ingat kerja mudah , ghrupenye -..-''

korang bayanglah , semua budak budak yang join tu cina . so memang ada problemo sikit dalam communication . nasib ada volunteers from KDU . diorang pun chinese so memang sangat membantu lah . aku ni dah la speaking sangkut . hahah . nasib lahh . pulak tu mereka semua sangat buas . like berlari lari and cepat je hilang merayau pergi tempat lain . last last aku yang semput berlari lara satu PSN tu . phew , gugur lemak i'olls.

so satu group akan ada dua orang yang conduct . each group conducter (conducter electric ?) terdiri dari kanak kanak UM se and kanak kanak KDU se . so my partner is Foong . mula mula aku ingat dia ni cold . and lagi tua dari aku . rupanya sebaya . awal awal tu aku dah risau dah takut aku tak dapat conduct budak budak ni . aku dah la tak-mesra-budak . rupanya si Foong ni sangat likeable oleh kanak kanak sejagat . aku tak tahu trick apa dia guna but budak budak semua suka dia . dah macam adik beradik . diorang asyik buli Foong . pukul dia , geletek dia , cubit dia , panjat atas dia , tarik telinga dia . you know lah kids attack kan . tak dapek den nak menolong . padahal Foong tu tak de lah layan sangat budak budak ni . dia buat ilek je , tapi tapi tapi.... ahh , forget it .

tapi sangat sweet la . tengok dia sabar je kena buli . tengok dia angkat beg budak budak lapan ekor yang berat nak mati tu sampai sakit tangan . aku suka tengok laki yang pandai layan budak . coz I tak pandai . haha . dengan budak aku memang akan dingin je . I've tried wey . aku pandang diorang aku senyum . aku gelak gelak je . tak marah pun . but they just smile back at me and that's it . over . done . but Foong , dia tak de lah senyum sangat pun , but budak budak siap boleh buat geng dengan dia . I'm so jelly you know..

aku tak sempat nak tangkap gambar group yellow (my group) pasal segan nak ajak diorang tangkap gambar -,-

gambar culik dari twitter mini . maaf :P

view from the very top (dari bumbung PSN . i'm siyes)


 aras atas sekali . VIP only . hahaha . 

for no reason setiap kali aku keluar aku akan snap gamba kasut macam ni =,='

so , see you guys next time in the next event . batch 2 >,< *wink wink*

P/S : semalam bukak puasa sama dengan geng UM Cares . ada ayam golek :P (motif??)

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)