I really need this...

Assalamualaikum =)

untuk kali keseratus lima puluh juta , mereka tanyakan ku soalan yang sama . eh kenapa kau buat tutorial , tapi tak boleh nak right click and copy ???? habis macam mana nak copy code pot pet pot pet link pot pet bla bla bla . jangan lah serang I macam ni . I tak bersalah yuh >,< #cakap sambil bersimpuh atas lantai untuk effect dianiaya .

actually....


#click uuntuk tumbesaran
kotak merah yang deabakk serta puluhan anah panah haruslah ditujukan kepada pesanan penaja tersebut



di awaaaaaaaaaal senarai tutorial dan freebies ada sepatah dua kata dan pesanan penaja perihal tatasusila peradaban penjagaan ketingkahlakuan dalam pengcopian secara haraman atau copycat-ian . DAN JUGA note pasal blog ni diharam ni right click . makanya reti reti lah kalian semua menghighlight kan serta menekan button ctrl dan c secara serentak . untuk paste anda juga boleh menekan button ctrl dan v secara serentak . disebabkan bapakku pulang dari kota seorang cikgu ICT makanya beta saya berasa bertanggungjawab bagi menyebarkan ilmu ini kepada kanak kanak naif yang hanya tahu pakai mouse je .

dan untuk keajaiban berlaku sila tekan Alt dan F4 secara serentak . sila tersenyum girang selepas melihat keajaiban tersebut . muehehehe


MAKANYA !
aku tau orang tak kan baca sepatah dua puluh ratus kata aku tu . bukak bukak dengan gelojohnya terus scroll bawah dan pilih tutorial yang berkenan di hati . kan kan kan ???? so I'm gonna tepek this besar besar di page tutorial . kalau ada lagi yang merungut pasal tak boleh nak copy sila tampar muka sendiri segera !


Photobucket

Unfriendly

mari berkabung . pasal result SPM dah nak keluar . haha

Assalamualaikum cinta :3

Ehem... actually I tengah dalam kesusahan kehatian ni . memandangkan tiada siapa yang bisa mendengar luahan hati , makanya blog haruslah jadi mangsa paling setia dipaksa rela menadah telinga . eh . blog ada telinga ke ? LOL

Esok I kena pergi ceramah amali untuk lesen kereta tu la . boooo husna boooo . dah dua bulan lepas pergi ceramah kpp baru nak pergi ceramah amali . booooo . tapi masalahnya , konon kononnya nak pergi dengan kawan . tetiba dia cancle pulok nak pergi esok pasal tak ambil ujian statik lagi . so I have to go alone . you know , alone . yeah , I am forever alone . apa nak heran sangat khoooon .

tapi tapi tapi , bukan tak ada kawan masa dengar ceramah tu yang dirisaukan . tapi risau tak ada kawan masa nak lunch . mesti awkward gila nak lunch sorang sorang . duduk sorang sorang dekat meja , orang lain semua ada kawan . kalau seat penuh , terpaksa berdiri tunggu sorang sorang ? oh nooooo . gonna be in trouble tomorrow . mayday mayday .

haha . manja gila kan ? sila sekeh kepala aku sopan sopan sekali . bukan manja actually . tapi rasanya semua orang pun akan rasa kekok bila sorang sorang dalam situasi macam ni . lain lah kalau orang tu memang jenis selamber badak dan sangat berdikari . I mallew lah nak tegur siapa siapa dekat situ nanti . how I suppost to say ?

"hai , nak join makan sekali boleh ?" lalu berkenal kenalan
atau..
"hai , seat ni kosong tak ?" lalu duduk makan syok sendiri tanpa hiraukan orang .
atau...
*nampak seat kosong pakai duduk je . langsung tak tegur orang sebelah*
atau...
aku bawak biskut then kunyah sambil lap air mata dalam surau Y^Y

aaaaaaa . trouble trouble trouble . eh ternyanyi lagu tele swip pulok . actually I'm not that sombong . siyes . just aku jenis yang if you not gonna say hi to me first , then I'm just gonna shut up and pretending you doesn't exist . haha . tak sombong kan ? :P
heee , malu je . agaknye sebab tu la ramai orang yang belum kenal aku akan cop aku ni budak sombong . pasal aku akan diam je . pandang pun tak . senyum pun tak . tapi kalau dia senyum dulu , aku balas la . tapi memang tak la kan kalau nak tunggu aku yang tegur dulu . tanya nama siapa duduk mana . aku tak seramah tu . sebab ni la aku susah nak sesuaikan diri kalau sorang sorang macam ni .

jeles betul tengok orang yang selamber je tegur orang . kejap je dah dapat kawan baru . dan dia macam selesa je . walaupun dia dengan tak malunya ajak orang lain berkawan . last last geng orang tu dah jadi macam dia leadernye . kalaulah aku seramah tu . kan bahagia hidup -..-''

TAPI . even aku tak friendly nak berkenalan dengan orang . but once aku dah rasa selesa dengan orang tu , you gonna suffer with my madness man . muahahaha . like people always say , mula mula malu malu kucing . dah kenal , nahhh , macam orang gila . memang penat nak melayan aku merepek . ye ye , memang tu la yang kawan kawan aku cakap . 

"husna , dulu mula mula aku ingat kau ni sombong . ye la , budak pandai . ulat buku . budak skema , baik . rupanya bila dah kenal bapak gila kau ni !"

siyes . masa form 3 aku pernah tanya semua orang pasal first impression diorang masa mula mula kenal aku . rata rata jawapannya macam diatas tu lah . hey , am I that mad ?? #memangpooooon ~

Penganiaan

Assalamualaikum ♥
You know , sepanjang minggu ni hari hari aku tengok rancangan An Idiot Abroad . Sebab siyesly dah tak ada rancangan lain yang lagi menarik . BORING ~~ first tengok tu , aku rasa macam... rancangan holiday apakah ? Gila bosan nak mampos . Tapi bila banyak kali tengok , eh macam best lah pulak . Ahak :P

bukan percutian tu yang seronok actually . Tapi tengok gelagat orang tu . Siyesly , dia memang dianiaya . Dia dapat pergi holiday ke tempat yang kononnya best , tapi sampai sampai dia dipaksa buat benda mengarut yang dia tak suka .

Pity him .

Semua tu memalukan dia . Like dancing on stage in glee ? Tanpa practise yang mencukupi ? Dipaksa berjalan dalam sejuk berjam jam dekat antartic ? tolong orang buat rumah dekat afrika and bla bla bla.
Dan akan ada orang yang telefon dia arahkan dia buat tu ni . Dia selalu merungut cakap tak nak . Dia tak suka . Dan kawan dia tu just akan ketawakan dia and cakap dia pengecut . Siyesly rancangan ni just memperbodohkan dia je.. Tapi aku pun turut terketawakan dia . LOL

tapi dalam episod ni dia kena paksa naik kapal terbang lama dan berdiri atad sayap . Yang aku rasa benda tu cool gila and aku teringin nak buat . Tapi dah dia tak suka . Dan bila plane tu berpusing pusing terbang terbalik dia akan menjerit jerit mintak turun dan menyumpah . Haha . Siyes lawak . Plus kesian . Pasal kalu dia tak nak naik , dia terpaksa menari lagi sekali dalam glee . Menari bogel -,-

Tapi dalam setiap episod , dia akan sebut sebut nama girlfriend dia . Suzanne . Dia pergi mana mana dia akan ingat gf dia . Dia selalu merungut gf dia suka mintak macam macam and dia pulak kedekut . Makanya dalam show ni dia sanggup pergi masuk lombong nak cari emas , pergi bercucuk tanam , semata mata nak bawak balik something untuk gf dia . For free . Ahaha .

Usaha dia tu yang aku suka tengok . Walaupun tak berhasil pun . Tapi gf dia macam tak bersyukur je . Walaupun laki tu macam bodoh nampak tua , berlemak , tak hensem serta botak , bersyukur la dia dok ingat kat gf dia . Aku pun bersyukur , bf aku tak rupa macam tu.. wakakaka

Yang penting siapa yang buat rancangan ni memang kuat aniaya orang ! *Eh yang tetiba kau nak emo ni apahal ?*

Masih...



Rasanya dah patpuluhlimaratusjuta kali aku dok ulang cerita yang sama . cume versi yang berbeza la.. mesti korang dah bosan kan ? hahaha , siapa suruh baca -..-''

well well . ceritanya begini , sabtu lepas , I kan pergi berjimba . jadi bagi menghabiskan saki baki duit yang ada , haku beli lah satu seketul dua . hik hik . kunun kunun nak beli kasut bum yang RM19.90 tu je . tapi tuntas , nahh tau tau dalam resit keluar kasut vern's harga RM39.90 . itu pun nyaris nak capai yang harga RM49.90 . dah nama pun shopping tanpa pengawasan ibu bapa . memang beginilah jadinya . hik hik .

tapi bukan ini yang patut diceritain . bukan jugak mau tunjuk rupa kasut seperti yang diminta minta diba . bukan bukan . tapi masa I nak beli kasut tu , orang orang kedai tu memang layan I macam budak kecik . huu , naseb . bukan maksudnya maam layan tak layan . no no . but diorang layan macam alolo budak kecik gittew . nak nak pulak aku keluar dengan my adik . so lagi nampak macam budak budak . and aku asyik gelak gelak je sepanjang pilih kasut tu . orang kedai tu pun pelik dengan perangai aku yang duk ketawa setiap kali dia cakap pape . hahaha , eh suka hatilah I suka ketawa pun !

then masa nak bayar , akak kedai tu tanya my adik , umur dia berapa .

K: adik ni sekolah menengah ke ?
Huda : eh tak lah.. huhu
K : hah ??? habis tu ? darjah 6 ?
Huda : tak jugak .
K : hah ?? habis tu ?
Huda : darjah 5.
K : owh... *masih dengan muka sukar nak percaya*
K : kakak awak tu pulak umur berapa ?
Huda : lapan belas ~
K : hah ??? hah ??? *muka terkejut beruk tahap maximum*
K : tak gaya lapan belas pun ???

dan dahku pun berlalu sambil ketawa keluar dari kedai tersebut . tak pe , wa dah biasa.... Y^Y

yang adik besar sangat . yang kakak kecik sangat . naseb ~

geram tengok kasut koumi koumi kat zalora . banyak omey omey . tapi lagi geram tengok kasut vincci ni !!!

waaa ~ suka gila kasut yang ada stud macam ni . huk huk >,<


P/S : next post nak share pasal petua hilangkan kedut di mata . tungguuuuuuu :D

Omnomnomnom~


Hai hai hai ^^
cett , dah la lama tak update blog . boleh pulak buat intro gedit gedit camtu kan . haih mintak kaki .


maaf maaf . bukan busy sebenarnya . tapi agak busy lah jugak . haha ayat keling ~ actually minggu ni agak padat la coz I balik kampung . hari khamis bergegas pulak pergi ambil ujian statik . yesss ! finally ! 2 bulan lepas pergi ceramah baru nak ambik test statik . terbaik kau toqqq ~

habis nak buat macam mana . benda yang diharuskan membaca ni , memang aku berat siket . tapi kira ok la . malas malas dan pergi dalam keterpaksaan siap lupa kena pakai kasut pun , aku lulus dengan jayanya . hoi 48 per 50 . study selak selak gitu je . tengah hari study petang pergi test . terer tak I ? hihik .
tapi melayang duit tiga hengget kena sewa kasut buruk . choi dah la besar . kena jalan seret seret supaya tak tercicir . buruk dan busuk pulak tu . sampai dekat pc aku terus bersila atas kerusi . kasut tu campak jauh jauh . nah , 20 minit je pun siap jawab . punyaaa study sampai dua bulan . huahaha XD

jumaat pulak , pergi sekolah ambil sijil berhenti sekolah . dan dah jadi acara tahunan , aku akan muntah di sekolah -,-
rasanya aku ada masalah PMSchool lah . bila PMS and berada di sekolah , automatik aku akan pucat lesi and berguling guling kesakitan yang tiada tolok bandingnya . ibarat ususku digentel gentel macam playdoh dan digoreng peritnya . yumm usu goreng :P
dan lima belas minit kemudian , haruslah aku mual mual dan.... uekkk !! maaf cikgu , saya muntah di toilet kalian . hik hik . balik rumah terus berlari masuk bilik dan baring atas katil pejam mata dengan harapan sakit tu hilang . tau tau tertidur . ufufufu . tau tau dah senja . kekekeke


hari ni pulak , kunun kunun nye nak pergi ceramah amali . tapi tuntas , wa bangun lambat . sedar sedar matahari dah tercongok atas kepala . padahal dah set alarm pukul tujuh . siap set max volume lagi -,-
makanya haruslah dibalas dendam dengan mengamuk sakan nak keluar berjoli hari ni . eh , sabet kesalahan apakah ini ? ahh , aku tak kira ! tak ada member nak ajak aku heret je adik aku . dia pun suka je . huhu .

dan yang memelikkan hari ni , eh ramai pulak selisih dengan kawan kawan . yang peliknya diorang semua menjerit panggil nama aku.. jalan jalan sikit "Eh Husna !" jalan lagi... "Unaa !! Unaa!!" dan aku lihat ada minah pakai baru kurung terlompat lompat sambil melambai . ok itu Diba -,- . jalan lagi , selisih dengan kawan *dia atas motor* "Husna!" jalan jalan jalan "Husnaaa !!!" yang itu entah siapa panggil dari jauh . maaf saya rabun .

Photobucket

Miss those moment..



Assalamualaikum

Tiba-tiba je terasa rindu dekat zaman sekolah -,-
pffttt . hahaha . dulu bukan main . hoi cepatlah habis SPM ! tak sabar nak habis sekolah . but now... oh how i miss those "budak sekolah moment". yeah , you know . kena iron baju sekolah . pakai kasut sekolah . stoking putih tapak hitam . name tag n lencana yang memang I degil sampai ke sudah tak mau jahit . rindu masa lepak dekat tangga depan lab chemistry time tunggu cikgu Suzan sampai . Rindu doing  my own things (berangan) in SAL room and dengar teacher punya cerita yang memang pelbagai . terasa mcam bedtime story pun ada . hahah , maklum , orang veteren , pengalaman hidup banyak sangat yang nak diceritakan . and sometimes she told us more than once -,-

rindu nak pergi rehat dengan Cik Naga and buy "roti seronok" dekat koop then makan sambil bergosip . hahah , actually sepanjang masa pun kami duk bergosip . rindu bila dalam kelas , time semua orang mental then mat noor akan start menyanyi dan akan disambung oleh orang lain . hahah . rindu lepak belakang kelas kacau semua orang yang ada . err , actually I cepat bosan . so disebabkan tak tahu nak buat apa , I memang suka pusing satu kelas and start disturbing everyone .

rindu nak gelakkan perangai kapten yang sumpah pelik nak mampus . first time aku jumpa orang macam tu . dia macam pendiam . and...blur.. but he knows a lot of thing like siyesly . and dia macam dalam dunia dia sendiri . obses dengan basikal . hahah . once he ate ikan patin mentah mentah time experiment bio . ada jugak dia pergi cabut ekor mengkarung untuk kaji tulang dia =,=

and of coz . rindu nak kacau Abang Po dalam kelas . hahaha . atau aku yang kena kacau dalam kelas ? errr . ingat time aku nak tidur je mesti dia datang kacau cucuk-cucuk pipi pakai pen . pffttt !! he likes to conteng all my stuff (termasuk tangan) dengan tulis "gemok" . padahal dia tu lagi gemok tak sedar -,-
dia selalu jugak curi curi dengar aku menyanyi dalam kelas and once I noticed I'll stop . haha . and hey macam macam la ! kalau nak failkan senarai pembulian beliau terhadap dahku memang tak cukup satu entry ! tapi yang paling paling aku ingat of coz time dia cabut kasut aku then letak atas pintu kelas . and of coz aku tak sampai nak ambil . and tak sempat nak ambik tetiba cikgu add math masuk . sepanjang waktu addmath aku sorok kaki pasal tak nak kantoi yang aku just berkaki ayam . and of coz , all my classmate just tahan gelak and keep usha kasut mahal aku yang tercongok atas pintu tu . mujur cikgu tak perasan -,-''

then , time balik sekolah , haruslah salah sorang dari kami yang tercepat jalan pura pura jalan lambat sebab nak balik sama . hahaha . padahal satu kelas kot ! duduk pun berdepan je . tapi we (or me actually) just too shy to just tunggu tepi pintu and jalan sama . siap je pack barang terus keluar . segan nak ajak balik sama . ahak ahak . padahal memang balik sama hari hari :P

hey lagi satu ! lupa . rinduuu pada cikgu cikgu kelate saya yang semuanya aneh aneh . haha . adakah semua kelantanese begitu ? first cikgu nuar . dia ni actually garang gila . dekat sekolah lama dia ni memang menggerunkan . tapi dengan azam baru yang dia bawak time baru transfer sekolah kami untuk tak nak jadi garang dah , who knows kan . dia jadi cikgu paling likeable . comeyyyy gitu . haha . kalau waktu dia , half dia akan gunakan untuk bagi ceramah bla bla bla or just to tell his story . half lagi baru dia start bagi salam baca doa and mengajar -,-

cikgu che wil pulak , nampak simple je , tapi dia antara cikgu paling terer aku pernah jumpa . imagine semua dia boleh . addmath , math , bio , kimia ? and kalau ada pape je soalan yang terlintas kat fikiran , just ask . abaout anything pon . insyaallah dia boleh jawab . pengetahuan dia memang luas gila . once my friend asked "cikgu , mati pucuk tu apa ?" kawan I ni memang jenis lampi siket . and cikgu try his best untuk terangkan without keluarkan sebarang perkataan yang 18SX . haha . and dia ni jugak sangat terer memasak . dan menyanyi jugak . dia suka menyanyi sambil duduk atas meja dalam kelas . kadang kadang dia berlakon . bukak tie tegakkan koler , senseng lengan baju berlagak samseng . koya kpop . menari nari . hahaha . perangai dia ni memang sama je macam kami . gila gila . but dia tetap cikgu yang dihormati :D

hoi kalau nak cerita pasal semua memang tak habis . ni pun baru just FORM 5 punya story . esok esok lah aku sambung pasal form lain (macam ada orang nak tahu kan ? hahaha)