We got babies ♥


Assalamualaikum :D
Alhamdulillah , setelah dua minggu kahwin , kami dah pun dapat baby . opss , bukan baby , tapi babies . ohh , sukanya sukanya ! sepanjang minggu ni memang kelas kami meriah sangat . pantang semua orang senyap , mulalah dengar suara babies tu terjerit jerit . aww , choomel sangat . dok terlompat lompat terkinja kinja . saja je kan nak market . ceh !

buat anda anda dan juga anda yang sedang buat troll face sambil tongkat dagu menghadap lappy tu , ya i know you are thinking something right now . 
HARAM JADAH MENDE YANG KAU BORAK NI ???

kaaan ~ okfinesorry! actually , dekat kelas princess teddy ada satu family ni tumpang merempat . yeaa , mentang-mentang dekat kelas tu ada sudut ala ala taman sikit , sedap je beliau yang tak bertanggungjawab tu bawa anak-anak beliau yang choomel tu merempat kat situ . hey , kami sediakan tempat tu untuk isi ikan , bukan kucing okay ! tapi tak pe lah , dah comel nak buat macam mana kan .

siyes princess teddy tak dapat nak fokus time jawab exam . tengah kusyuk fikir jawapan , tiba tiba babies tu main kejar kejar . terlompat lompat . tergedik gedik . dah menarik perhatian orang lain . jadi sebagai seorang yang kurang daya fokus , haruslah saya letak pen sekejap yang gelak tutup mulut sorang sorang tengok kucing tu koya comel selama lima minit .

baru nak sambung jawab semula , dengar pulak diorang buat sesi karoeke duet . waduh , bising bangat ! habis sesi karoeke , ingat dah boleh aman nak jawab exam , tiba tiba diorang buat aksi ngeri pulak . terjun dalam kolam yang  ada pokok kaktus lah , meniti atas batu sampai batu tu jatuh lah . haish , mujur tak jatuh atas kepala kucing tu . main langsir then kuku tersangkut lah . so sebagai antara orang yang duduk paling  hampir dengan tempat kejadian , haruslah supercuna datang membantu .

tapi..... diorang tu kiut miut sangat sampai kami semua tak sanggup nak buang . siapa siapa yang lalu dekat tepi diorang mesti stop kejap , usap usap , main main , baru sambung jalan . tak kiralah laki ke perempuan . sampaikan tadi cikgu lalu pun boleh terbreak kejap sebab nampak diorang . ingatkan nak marah sebab kami simpan kucing dalam kelas , tiba tiba dia duduk cangkung tepi tu then main main dengan anak kucing tu . haha . seriously kami dah kena pukau dengan kucing ni .

eee , geram betullah ! kenapa kau adorable sangat hah ?! rasa geram sampai nak pijak pijak je . dah la kecik ! jalan pun senget senget . comelnyaaa ~~ rasa nak picit picit je ! puih puih ! mencik !

2 comments:

  1. upload laa gmbar diorang. nak tengok. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing tu skt sekolah laa . x dpt nk tgkp gmba dia :(

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)