tengok tajuk memang bunyi macam princess teddy nak cakap pasal kuih cara inti serunding kan . yumm , sedapnya . jadi , mesti korang akan klik laju laju bila terbayang kuih cara yang sodap tuh . ohoho .
okay gimik semata mata . actually tajuk yang sepatutnya ditulis is : Runding Cara
hoi , tak tau lagi ke runding cara tu apa ?? Alah , yang suatu hari dimana ramai pelajar mengalami sindrom parkinson di kawasan lutut , sejuk sejuk tangan serta merah merah telinga . alah , yang suatu hari dimana tiba tiba sekolah penuh dengan pak cik pak cik serta makcik makcik . turut serta atok atok dan nenek nenek . ya ya , hari di mana cikgu cikgu buat muka heaven sambil repot dekat mak bapak , "pakcik , anak pakcik ni degil sangat kat sekolah . silalah rotan dia di rumah" cakap sambil senyum...
ohh , heaven gila rasa bila acara runding cara ni berlangsung . heh , semalam , princess teddy and beberapa orang lagi , kena runding cara dekat bilik gerakan dulu . baru pergi dewan . special case , maklum la , kerabat kot ~ wakakaka XD
so GPK 1 dok ulang ulang sebut nama princess teddy . "Jannatul Husna , ha dia ni dah berada di landasan yang betul . dia ni dah dapat 8A , cuma yang B dia sejarah . Jannatul Husna , awak kena buat sesuatu ." dan semua 28 pasangan mak bapak dan anak pandang dahku . oh tidak , terasa macam kena temuramah dengan press je . ohoho .
"Jannatul Husna , pagi tadi saya dah jumpa dia ni . Kalau tak pergi kelas petang Sejarah , nanti saya rotan . ingat ya Jannatul Husna ." and semua yang ada kat situ gelak gelak je . "Jannatul Husna , ingat ya , near miss awak sejarah je ." dan banyak lagi Jannatul Husna .
pstt , cikgu , jangan lah asyik sebut sebut saya B Sejarah . Malu lah saya dengan mak Abang Po tuh . karang tak pasal pasal terkeluar dari senarai calon menantu pasal Sejarah dapat B . wuuu ~ dan makcik makcik yang punya anak hensem dalam bilik gerakan tu pun semua tak jadi nak mintakkan phone number phone saya . sedih la macam ni .
dah lah kantoi dengan calonbakalmakmentuabelumpasti yang princess teddy B sejarah . tiba tiba time keluar dari bilik gerakan tu...... jeng jeng jeng jengggg ~ *bunyi suspen*
yeah , i was about waiting for my dad . then nampak mak Abang Po keluar dari pintu tu . cepat cepat pusing mengadap dinding konon konon malu lettew . then entah macam mana agaknya princess teddy gajah sangat kot sampai halang laluan orang lain . then , I nak pusing la . entah macam mana time nak pusing tu , gedebuk ! Ohh my Adidas ! *tak main la gucci* dahku terlanggar calonbakalmakmentuabelumpasti ! Noooooo ~ sure aku kena reject ! cepat cepat cakap sorry then garu garu kepala then buat muka pane then dengan kadar segera berambus dari situ .
maka musnahlah impian saya nak jadi menantu paling sopan serta ayu abad ini :'(
dah la kena warning dengan cikgu chemistry ." Husna , awak jangan malukan saya . tolonglah chemistry dapat A+ nanti . exam tengah tahun hari tu awak sorang je dapat A+ . so sekarang nama awak dah naik dekat PPD sebagai calon A+ . nama awak sorang je tau . sebab sekolah cluster dengan SBPI pun tak ada calon lagi . jadi tolong lah jangan malukan saya . saya merayu ni . takut nanti orang cakap saya tipu pulak time periksa kertas awak hari tu ." pot pet pot pet pot pet
and i feels like.... ohh , demm . menyesal aku dapat A+ chemistry . dah semua orang mengharap . wuuu , dapat markah low pun nama naik . dapat markah superb pun nama naik . naik dekat PPD pulak tuh . mencik mencik ! tuih tuih !
tapikan.... mesti time mesyuarat PPD semua orang dok sebut sebut nama princess teddy . ohh , glemer jugak dahku rupanya . wakaka . tapi tak de pulak baru baru ni princess teddy dok terbatuk batuk ke , terbersin bersin ke apa . hmmm \sayasyoksendiri.silatamparsaya/
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)