Majlis resepsi :D

Assalamualaikum cinta

Fuh , penat betul hari ni . Alhamdulillah , majlis resepsi persandingan dah selesai . esok tinggal kenduri kendara je lagi . peh , penat jugak rupanya kahwin lari ni ek . kekeke


wakil perbarisan dari negara husnaland . yang depan sekali tu , opcoz la tuan puteri dia :P

kekeke . perasan kuat . like i say yesterday , hari ni ada hari sukan . so malam tadi , princess teddy dah risau tak ada baju nak pakai . last last , ibu pergi balik rumah nenek , ambil baju kahwin dia dulu . baju kahwin ?? ya , yang princess teddy pakai tu baju sanding ibu ! peh , ketat kot . puas tahan nafas nak cover perut . haha . pinggang dia siyed memang mendera perut choomel princess teddy . peh , slim gila bonda wa suatu ketika dahulu beb . 

ibu kahwin time umur 23 . 23 tahun , besar macam tu . sekarang ? dua kali ganda princess teddy kot . maknanya , nanti kalau princess teddy kahwin umur 23 , maybe princess teddy besar lagi sikit dari sekarang . and 17 tahun kemudian , maybe akan jadi tiga kali ganda saiz sekarang . OMG =..=''

\sekarang rasa macam nak fikir duapuluh kali untuk ambik keputusan berkahwin/

ehem , berbalik kepada cerita tadi...
asalnya , princess teddy nak pakai baju lain . pasal Abang Po dah jumpa baju yang warna dia matching dengan baju tu . tapi , warna dia tak best . gelap sangat . tiba tiba ada penyelamat dunia datang and bagitau dia ada ternampak baju melayu yang sebijik sejibun warna dia dengan baju kahwin bonda tu dekat bilik ERT . so kami pun rush pergi bilik ERT and bogelkan patung yang segak berbaju melayu tu . kasihan beliau ternoda .

then , ceroboh hostel untuk gonyoh sikit baju melayu yang berhabuk tu , and iron iron sikit , bersiap pakai baju kurung , make up , lilit lilit tudung , and itulah hasilnya . kekeke .tapi boleh pulak time princess teddy bersiap tu , ustazah usik princess teddy . argh ! segan >,< !

time iron baju melayu...
"wahh , dah ada gaya dah ironkan baju suami"

time make up 
"cantik dah . dah macam pengantin . boleh la kahwin terus lepas ni . sesuai sangat"

masa tu princess teddy ingat dia saja usik . ingat dia tak tahu kami memang couple , pasal ni la first time berurusan dengan dia . well , ustazah baru kot . tiba tiba time dah nak siap tu , dia tanya ,
"nanti korang plan nak sambuang study sama-sama ke ?"
cute me : huh , apa pulak . kami tak de pape lah .
ustazah : eleh , ingat saya tak tahu ke
cute me : argh ! macam mana cikgu tau ni >,<

huh , kalau benda benda macam ni , cepat betul tersebar kan . pelik betul . lepas tu habis la kena soal siasat . ayah awak tau tak ? dia tak marah ke ? pot pet pot pet .
saaaampai la padang . ceh , turun je padang dah mula terasa semua orang pandang princess teddy . *perasan :D* and bila Abang Po datang dengan pakai baju matching gila , semua dah mula bersorak sorak . usik usik perli perli and macam macam lah . and dengan tak semena mena banyak camera datang and suruh kami pozing sama . ok fine , i tau lah i artis . jangan la jakun sangat tengok i , huahuahua

and alhamdulillah , perbarisan rumah hijau dapat nombor satu . yeay for us :D
see , kan princess teddy dah cakap . kalau princess teddy masuk kompom ah menang :P

with my pengapit :P

ustazah yang bertanggungjawab mentransformkan princess teddy jadi calon kahwin lari

 tuan puteri jalan dengan penuh sopannya . hahahakk XD boleh masuk gadis melayu ~

 saat saat kemenangan ;')


spot me ~

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)