Good and Bad

imagining yang aku yang tengah minum air yang nampak sedap dalam cawan besar tu .

oh heaven -,-''

Assalamualaikum makhluk semua .
Yeaaa , hari ni princess teddy ada some good news and bad news . the good news is : AKU TAK DAPAT PLKN . yeehaa ! Alhamdulillah . muahaha . rasa nak peluk je lappy time check tu . oh god , princess teddy memang betul betul tak nak masuk PLKN . sebab ada baaaanyak plan lepas SPM . well , i nak kerja part time , nak buat lesen , nak belajar memasak , nak belajar mengait , nak kahwin , nak practice buat peta dekat bantal , nak melaroo sepanjang hari , and many more lah ! kalau kena join PLKN , punah lah rancangan superb beta ni .

but the bad news is : MY ABANG PO DAPAT PLKN . Ohh tidak !! macam mana kalau dia kena buli nanti ? macam mana kalau dia patah kaki sebab kena panjat tembok nanti ? \atau temboh tu yang runtuh sebab dia panjat nanti?/ macam mana kalau dia berdarah hidung lepas tu pengsan sebab asyik kena berkawad tengah panas nanti ? macam mana kalau kuku dia patah atau calar sebab buat kerja nanti ? macam mana kalau ada awek cun ngorat dia nanti ? nehi ! tum pyar kate ho ? kuch kuch hota hei . ape yang dahku ngomongkan ni he ?

isk isk . sedih tahu . ingat baru nak berjoli together gether lepas SPM nanti . coz nanti bila masing masing dah dapat panggilan university or matrik or wat ever , mesti dah susah nak jumpa . wuu , sadiss .

bad news #2 : power spec princess teddy dah naik . current : 250 D
demm . entah la macam mana boleh naik banyak macam ni . padahal baru je tujuh bulan lepas tambah power . pakcik yang check mata princess teddy tu pun terkejut . patut dah 275 . tapi dia takut nak letak tinggi sangat sebab takut pening . coz lagipun baru je naik power . dia cakap tak tahulah princess teddy makan apa sampai mata jadi macam ni . wuu , tacing . ibu cakap princess teddy macam laptop . tu pasal makin rabun -..-'

bad news #3 : sekarang princess teddy gilaa banyak dapat homework . demm sekali lagi . agaknya semua cikgu fikir yang pelajar ada 40jam sehari kot dalam bulan puasa . so mereka expect kami sempat siapkan semua homework yang berlungguk . dah lah princess teddy ada banyak kelas tusyen sekarang . tiap tiap hari ada kelas tambahan petang petang . yang tak boleh blah bila kelas tambahan pun dapat homework . kena hantar keesokan harinya pulak tu . kalau sikit tak pe , ni karangan 350 pp . but cikgu tu nak 700 pp . grrr , dia fikir kami ni tak ada homework lain agaknya .. 

bad news #4 : memandangkan sekarang bulan puasa , maka berlangsunglah KELAS FAJAR .  oh yeah . so heaven . anda tahu apa itu kelas fajar ? alahh , kelas yang memerlukan princess teddy tak boleh sambung berhibernasi dlaam selimut sebaliknya terus pergi mandi lepas sahur . then terus solat . then terus bersiap . sharp 6.30 subuh buta , haruslah terpacak di sekolah menghadap cikgu kesayangan mengajar fizik . on the way nak pergi sekolah tu kalau tengok luar tingkap kereta still boleh nampak bintang bintang berkerlipan . terharu i tau . ya , i know . this is really heaven . tak ada siapa siapa nak join kami ke ? ^_^

Allah Dah Janji :)



Assalamualaikum guys :3
Hey , korang tengok dah vid budak sekolah kahwin tu ? I was like , OMG seronoknya diorang kahwin . kekeke . guy tu baru 16 *psstt , guy tu boleh tahan tau :P* and girl tu baru 14 . And bila something rare macam ni jadi , satu dunia nak kecoh . princess teddy tengok dekat comment macam macam orang komen . ada yang mendoakan . ada yang kutuk . ada yang berprasangka buruk .

"diorang ni mesti dah kena tangkap basah ni . tak kan sekolah lagi nak kahwin ."
"SPM pun belum , nak kasi bini makan apa ?"
"kenduri meriah bagai siap bersanding bersilat segala , siapa yang tanggung ? parent ? untunglah !"

tu lah antara komen komen yang femes . tapi , cuba kita think positive . kalau kena tangkap basah , tak kan nak buat majlis meriah bagai . selalunya orang kena tangkap basah nikah je . malu nak buat kenduri kan .

then , ramai yang komen pasal nafkah . well , Allah tu dah janji , dia akan buka rezeki bagi orangpun , yang mendirikan rumah tangga . so , just yakin lah dengan janji Allah . even tak ada sijil SPM pun , tak semestinya takkan dapat sara hidup kan . banyak lagi sumber rezeki . kalau bukan rezeki bersumber kan duit , mungkin rezeki lain . anak ramai ke , hidup bahagia ke . jangan cakap anak ramai tu beban . sebenarnya tu lah rezeki Allah yang paling berharga .

dan lagi , syaitan akan menangis kalau ada orang berkahwin di usia muda . kenapa ? sebab dia gagal hasut anak adam buat dosa paling besar , iaitu zina . bila muda muda dah kahwin , sekurang kurangnya dapat elak dari jadi maksiat kan . baiklah kahwin usia macam ni dari usia macam ni dah ada anak luar nikah . mana yang better ?

so people , stop la nak komen macam macam . biar je lah diorang hidup happy . kalau betul pun ada muslihat disebalik perkahwinan ni , biar je lah , urusan diorang . kita manusia ni suka busybody and mengkritik kehidupan orang lain . padahal yang tukang komen tu semua belum kahwin . mana diorang tahu pun soal bagi nafkah segala tu . anyway , mesti la parent diorang dah fikir betul betul sebelum kasi anak diorang kahwin kan .

so , think :)

P/S ~ nenek princess teddy pun kahwin umur 14 jugak . tak de pun kecoh kecoh kat FB :P


Photobucket

Kolah cari gayung



Assalamualaikum :)
princess teddy teringat dekat makhluk tuhan yang apetahnamanyadahkudahlupa tanya dekat shoutbox . dia tanya , kalaulah guy tu tak layan kita , apa kita nak buat ? Means di sini maybe dia had a crush , tapi crush dia tu tak mau layan sama dia . ouh , sedih bangat tu >,<

so , pada pendapat princess teddy lah kan . memanglah kita akan rasa down kan . tapi , jangan lah over sedih pulak .  i mean , kita baru syok kat guy tu , mana tau guy tu dah ada orang yang dia suka ke . tak ke frust menonggeng nanti . just stay cool . 

and yang penting , tak perlu nak tergedik gedik or berlagak angel depan crush tu . just be yourself . jangan hipokrit okay . kadang kadang perangai natural kita tu yang tarik minat orang tau . sebab kita semua special dengan cara kita masing masing .

but sekarang trend girl yang mintak couple dengan laki . ouch . tak malu ke ? i mean like , lelaki selalunya main terima je kalau ada orang mintak couple dengan dia . It's like , rezeki jangan ditolak kot . tapi kalau dah rezeki yang tak diminta , sure laki tu tak kan hargai . setakat sebulan dua bulan maybe happy la . lama lama bila laki tu dah bosan , sure dia akan dumb kita macam tu je . sebab memang pada asalnya dia tak suka kita pun kan .

so , tak salah kalau nak confess yang kita suka dekat dia . sekurang kurangnya rasa beban tu hilang sikit kan . just cakap je lah . habis cerita . tapi just confess okay , bukan mintak couple . then , terserah dekat laki tu lah nak buat apa . kalau tak de respon , sorry babe . you kena sabar and cari orang lain . haha . tapi kalau dah memang dia jodoh kita , tak kan lari ke mana kan :)
Photobucket

Saya kurus :D


Assalamualaikum :D
akhirnya . akhirnya . AKHIRNYAA ! *menjerit sambil mendepangkan tangan* dah berjaya mengharungi hari kedua berpuasa . hahaha . gila bangga . padahal baru dua hari . ada lagi berjuta lemon saat yang perlu diharungi untuk berjoli sakan pusing satu taman kutip duit raya . ohh , gembiranya saat itu .

btw , bukan itu yang princess teddy nak hebohkan dekat satu Husnaland hari ni . pengumuman rakyat selata semua . hari ini dengan bangga dan penuh riak lagi takabburnya beta ingin menguar-uarkan , bahawasanya beta sudah slim . muahaha . ohh , percayalah . tiada yang dusta melainkan yang benar-benar belaka :DD

petang tadi , dengan semangatnya cari penimbang . my liver beats like dup dup dup . hahaha . liver ? #OhMyEnglish!! naik je . ohmaigoat \mbekk/ benda tu pusing pusing and berhenti dekat nombor 40 . biar strawberry ? anda tak percaya ? saya lagi tak percaya . mati mati princess teddy ingat paling slim pun maybe 42 kg . yolahh , bila diingatkan betapa pelahapnya dahku bila makan , mana mungkin 40kg ! makan nasi penuh satu pinggan . nasi macam bukit tingginya . dah la suka makan lewat malam . pukul 11 malam pun tibai mencekik nasi lagi . 

semalam pun berbuka dah makan yong tau fu , bedal makan nasi sepinggan lagi . ok sekarang saya musykil . sama ada mesen tu saja nak prank princess teddy , atau mata saya dah over rabun , or ada makhluk yang mendatangi princess teddy time tidur , sedut lemak . wakakaka .

konklusinya , rasanya ni kompom gara gara marathon ganti puasa enam belas hari . saya ulang , enam belas hari .

ohoho , yang penting esok nak kecoh dekat Abang Po . padan muka dia tak dapat ejek princess teddy gemok lagi . muahahaha (gelak jahat secara sopan)
Photobucket

Serunding Kuih Cara ~



tengok tajuk memang bunyi macam princess teddy nak cakap pasal kuih cara inti serunding kan . yumm , sedapnya . jadi , mesti korang akan klik laju laju bila terbayang kuih cara yang sodap tuh . ohoho .

okay gimik semata mata . actually tajuk yang sepatutnya ditulis is : Runding Cara
hoi , tak tau lagi ke runding cara tu apa ?? Alah , yang suatu hari dimana ramai pelajar mengalami sindrom parkinson di kawasan lutut , sejuk sejuk tangan serta merah merah telinga . alah , yang suatu hari dimana tiba tiba sekolah penuh dengan pak cik pak cik serta makcik makcik . turut serta atok atok dan nenek nenek . ya ya , hari di mana cikgu cikgu buat muka heaven sambil repot dekat mak bapak , "pakcik , anak pakcik ni degil sangat kat sekolah . silalah rotan dia di rumah" cakap sambil senyum...

ohh , heaven gila rasa bila acara runding cara ni berlangsung . heh , semalam , princess teddy and beberapa orang lagi , kena runding cara dekat bilik gerakan dulu . baru pergi dewan . special case , maklum la , kerabat kot ~ wakakaka XD

so GPK 1 dok ulang ulang sebut nama princess teddy . "Jannatul Husna , ha dia ni dah berada di landasan yang betul . dia ni dah dapat 8A , cuma yang B dia sejarah . Jannatul Husna , awak kena buat sesuatu ." dan semua 28 pasangan mak bapak dan anak pandang dahku . oh tidak , terasa macam kena temuramah dengan press je . ohoho .

"Jannatul Husna , pagi tadi saya dah jumpa dia ni . Kalau tak pergi kelas petang Sejarah , nanti saya rotan . ingat ya Jannatul Husna ." and semua yang ada kat situ gelak gelak je . "Jannatul Husna , ingat ya , near miss awak sejarah je ." dan banyak lagi Jannatul Husna . 

pstt , cikgu , jangan lah asyik sebut sebut saya B Sejarah . Malu lah saya dengan mak Abang Po tuh . karang tak pasal pasal terkeluar dari senarai calon menantu pasal Sejarah dapat B . wuuu ~ dan makcik makcik yang punya anak hensem dalam bilik gerakan tu pun semua tak jadi nak mintakkan phone number phone saya . sedih la macam ni . 

dah lah kantoi dengan calonbakalmakmentuabelumpasti yang princess teddy B sejarah . tiba tiba time keluar dari bilik gerakan tu...... jeng jeng jeng jengggg ~ *bunyi suspen*
yeah , i was about waiting for my dad . then nampak mak Abang Po keluar dari pintu tu . cepat cepat pusing mengadap dinding konon konon malu lettew . then entah macam mana agaknya princess teddy gajah sangat  kot sampai halang laluan orang lain . then , I nak pusing la . entah macam mana time nak pusing tu , gedebuk ! Ohh my Adidas ! *tak main la gucci* dahku terlanggar calonbakalmakmentuabelumpasti ! Noooooo ~ sure aku kena reject ! cepat cepat cakap sorry then garu garu kepala then buat muka pane then dengan kadar segera berambus dari situ .

maka musnahlah impian saya nak jadi menantu paling sopan serta ayu abad ini :'(

dah la kena warning dengan cikgu chemistry ." Husna , awak jangan malukan saya . tolonglah chemistry dapat A+ nanti . exam tengah tahun hari tu awak sorang je dapat A+ . so sekarang nama awak dah naik dekat PPD sebagai calon A+ . nama awak sorang je tau . sebab sekolah cluster dengan SBPI pun tak ada calon lagi . jadi tolong lah jangan malukan saya . saya merayu ni . takut nanti orang cakap saya tipu pulak time periksa kertas awak hari tu ." pot pet pot pet pot pet 

and i feels like.... ohh , demm . menyesal aku dapat A+ chemistry . dah semua orang mengharap . wuuu , dapat markah low pun nama naik . dapat markah superb pun nama naik . naik dekat PPD pulak tuh . mencik mencik ! tuih tuih ! 
tapikan.... mesti time mesyuarat PPD semua orang dok sebut sebut nama princess teddy . ohh , glemer jugak dahku rupanya . wakaka . tapi tak de pulak baru baru ni princess teddy dok terbatuk batuk ke , terbersin bersin ke apa . hmmm \sayasyoksendiri.silatamparsaya/
Photobucket

Reduce Talking , Upgrade Amal :)



Assalamualaikum Ramadhan :)
hei , pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan mulia ni kan . terasa macam baru je semalam raya , hari ni dah puasa balik . huk huk . tapi , memang princess teddy baru raya semalam pun . sebab kelmarin baru habis ganti puasa . otototo ~ tak senonoh gila perangai . tahun depan tobat nak ganti awal awal .

tapi alhamdulillah , habis jugak ganti puasa 16 hari . WADEFAK ENAMBELAS HARI ??? ye , enambelas hari :'(

so , tahun ni princess teddy berazam nak puasa penuh . taknak cuti bulan ni ! yeah !! go husna go husna ! \choi , macam benda tu boleh tahan tahan je kan/

so , di bulan puasa ni , kurangkan bercakap . banyakkan amal . sebab bila fikir fikir balik setiap hari berapa banyak dosa kering , dosa basah serta dosa lembab yang kita dapat sebab bercakap . cakap cakap mengumpat . cakap cakap , ada orang makan hati . cakap cakap , perkara yang sia sia . dah dapat dosa free . nauzubillah .

konklusinya , kurangkan bercakap untuk kurangkan dosa and elakkan dari cepat haus :P
Photobucket

We got babies ♥


Assalamualaikum :D
Alhamdulillah , setelah dua minggu kahwin , kami dah pun dapat baby . opss , bukan baby , tapi babies . ohh , sukanya sukanya ! sepanjang minggu ni memang kelas kami meriah sangat . pantang semua orang senyap , mulalah dengar suara babies tu terjerit jerit . aww , choomel sangat . dok terlompat lompat terkinja kinja . saja je kan nak market . ceh !

buat anda anda dan juga anda yang sedang buat troll face sambil tongkat dagu menghadap lappy tu , ya i know you are thinking something right now . 
HARAM JADAH MENDE YANG KAU BORAK NI ???

kaaan ~ okfinesorry! actually , dekat kelas princess teddy ada satu family ni tumpang merempat . yeaa , mentang-mentang dekat kelas tu ada sudut ala ala taman sikit , sedap je beliau yang tak bertanggungjawab tu bawa anak-anak beliau yang choomel tu merempat kat situ . hey , kami sediakan tempat tu untuk isi ikan , bukan kucing okay ! tapi tak pe lah , dah comel nak buat macam mana kan .

siyes princess teddy tak dapat nak fokus time jawab exam . tengah kusyuk fikir jawapan , tiba tiba babies tu main kejar kejar . terlompat lompat . tergedik gedik . dah menarik perhatian orang lain . jadi sebagai seorang yang kurang daya fokus , haruslah saya letak pen sekejap yang gelak tutup mulut sorang sorang tengok kucing tu koya comel selama lima minit .

baru nak sambung jawab semula , dengar pulak diorang buat sesi karoeke duet . waduh , bising bangat ! habis sesi karoeke , ingat dah boleh aman nak jawab exam , tiba tiba diorang buat aksi ngeri pulak . terjun dalam kolam yang  ada pokok kaktus lah , meniti atas batu sampai batu tu jatuh lah . haish , mujur tak jatuh atas kepala kucing tu . main langsir then kuku tersangkut lah . so sebagai antara orang yang duduk paling  hampir dengan tempat kejadian , haruslah supercuna datang membantu .

tapi..... diorang tu kiut miut sangat sampai kami semua tak sanggup nak buang . siapa siapa yang lalu dekat tepi diorang mesti stop kejap , usap usap , main main , baru sambung jalan . tak kiralah laki ke perempuan . sampaikan tadi cikgu lalu pun boleh terbreak kejap sebab nampak diorang . ingatkan nak marah sebab kami simpan kucing dalam kelas , tiba tiba dia duduk cangkung tepi tu then main main dengan anak kucing tu . haha . seriously kami dah kena pukau dengan kucing ni .

eee , geram betullah ! kenapa kau adorable sangat hah ?! rasa geram sampai nak pijak pijak je . dah la kecik ! jalan pun senget senget . comelnyaaa ~~ rasa nak picit picit je ! puih puih ! mencik !

Till the last word..




pabila diri tak pernah sedar esok ada exam , mulalah online sampai petang . melaroo kan diri blogging serta facebooking . tak sedar , waktu petang je ada masa untuk study . malam nanti ada kelas addmath pulak . esok exam sejarah n kimia pulak tu . haishh , sungguh tak sedar diri . konon dah pro sangat lettew . setakat sejarah dan kimia tu celah gigi je. cett , alangkah indahnya kalau betul macam tu .

well , hari ni princess teddy dah pun start exam Julai . nama pun exam Julai , so semangat exam tu memang kurang sikit la . pasal soalan bukan ikut format pun . exam buat syarat je . huhu . tapi tetap kena study . so alhamdulillah , tadi boleh la kot jawab paper BM and PAI . err , rasanyalah . pasal satu subjek just satu paper , so satu soalan membawa markah yang besar . salah sikit pun dah boleh jatuh B . yih , seramnya ~~

malam tadi princess teddy study la PAI . and yeah , sumpah mengantuk . bab perkahwinan tu lagi mengantuk time baca . sebab konon dah pro gila bab ni . kata dah ambil kursus kahwin ? kekeke . last last , ambil inisiatif pasang lagu sambil study . but... akhirnya dahku tenggelam dalam melodi indah . gramatis kan ayat . maklum la , baru habis jawab paper bm memang effect sikit .

so sekali lagi , tak boleh jadik ni . maka setelah ditolak tambah darab bahagi serta punca kuasa tiga dan ditambah balik , sebulat perut choomel bersetuju bahawa mahu menutup lagu dan menggantikannya dengan.... *drum roll peliss* ayat ayat suci al-quran . oh , terharu kan ? pssstt , tolong lah terharu juga . maka dengan semangatnya tonyoh tonyoh jari runcing ni di skrin phone untuk buka iquran . then , pasang kuat kuat surah al-mulk .

yeah , barulah tenang sikit nak study kan . tapi tuntas , terlalu tenang . tak sampai lima minit buku PAI tu dah jadi bantal , dan surah al-mulk jadi lagu rock a bye baby on the tree top , when the wind blow the cradle will rock . lalalalala ~

P/S : tajuk entry tak de kaitan kan ? -...- (lubang hidung lebih satu)
Photobucket

Download : Photoscape


just click here

ok done :)




Photobucket

Been busy ~


Assalamualaikum :)
Lately princess teddy sangat busy . or pretending to be that busy . ekeke ~ well , actually , i am . busy thinking if either i want to finish my homework or keep dreaming , busy facebooking , busy watching tv , and the most important , busy converting oxygen to carbon dioxide all the day . peh , kerja berat tuh .

but the reality is , satu habuk pun tak jalan . minggu ni full , princess teddy ponteng kelas malam . sepanjang minggu , satu homework pun princess teddy tak buat . sungguh , tak sedar diri next week dah nak exam . yeah , EXAM yuh . diulang sekali lagi , EXAAAAaammmmm! . oh demm . so , malam ni , insyaallah , kalau tiada bisikan halus facebook mahupun blogger , princess teddy akan study . rasa macam nak pause seminggu lah online . tapi mampu ke ? ah , susah betul kalau dah addict ni !

oh , last night . princess teddy ada kelas fizik . then , time balik tu , while i'm waiting for my dad , tiba tiba ada sorang makcik ni ketuk tingkap kereta . dah la masa tu princess teddy tengok syok layan lagu untuk dia . hish , kacau stim betul . makcik tu cakap , ayah ada dekat dewan . ya ya , i know that . so princess teddy pun senyum je la . dalam hati , mak sape pulak ni . tak kenal pun.. nak kata mak kawan i , kenapa dia tak balik lagi . kelas fizik dah habis kot . nak kata makcik jual karipap , tak nampak pulak ada bakul kuih dekat tangan dia .

then dengan tak semena mena makcik tu duduk borak dengan princess teddy . and i pun layan je la . dari cara dia cakap tu , macam kenal je dengan family princess teddy . tapi masalahnya , SIAPA MAKCIK NI ??? then pot pet pot pet , dah nak habis borak tu , barulah makcik ni mention nama anak dia . oooowhh , mak si peah and si polan tu ghupenye . awat hang tak habaq siang siang . nak tanya , malu . takut mak cik tacing pulak . dia kenal aku , aku tak kenal dia . so pura pura kenal je lah . haha . i'm always like dat . pura pura kenal orang . tak senonoh sungguh perangai.

but last ! akhirnya ! akhirnya !!! akhirnya , kini pasti ~ ehh , apsal keluar lagu pulak ni . akhirnya , makcik tu senyum dekat princess teddy and cakap , "hari tu makcik nampak awak macam gemok sikit . sekarang nampak kurus pulak ."

ohh , pilunya hatiku bak tertusuk tulang sardin . 

nampak la , dulu princess teddy gemuk...sikit ! tapi , yang penting part last tu makcik tu cakap princess teddy dah kurus sekarang . phew ~ lega rasanya . nampak la kan aku gemuk kalau duduk hostel . mana taknya , 60% masa terluang dihabiskan dengan makan , lagi 40% dengan tidur . and tambahan 80% dekat membebel , mengutuk , mengumpat , menganjing , serta gossiping .

patut lah pun -,-''

tapi bila duduk rumah... yeah ! berat dah turun dengan mendadak ! muahaha . terima kasih bonda , kerana sering masak lambat . and membiarkan anakmu ini kebuluran . secara tak langsung terpaksa berdiet . and terima kasih ayah , kerana langsung tak belikan sebarang kudapan sebagai bekalan di hari tua . jadi bila bosan , pergi dapur buka kabinet , kosong . kosong ~ segala kata cacian yang telah engkau berikan ~ buka peti ais , kosong . air masak sejuk pun tak ada . ais pun tak ada . nak buat air sirap pun tak seronok . inisiatifnya , ambil gelas and minum air suam...

hasilnya ?

you slim ah babe !

jadi kepada sesiapa yang ingin berdiet , boleh lah hubungi saya di facebook or di chat box . jangan risau . ada satu lagi bilik kosong kat rumah ni . katil queen lagi . so , boleh lah ye , menyewa bilik kat sini . ohohoho ~
Photobucket

Hobi sampingan :P




Photobucket

get well soon ~


Assalamualaikum :/
Hari ni ada senamrobik satu malaysia . eh , yeke nama dia macam tu ? ah , lantak la . so , pagi tadi dengan semangat wajanye princess teddy dok melompat lompat di padang mencuba sedaya upaya ikut step senamrobik makcik kat depan tu . peh , gila banyak stamina dia . dia makan glucagon satu balang ke apa . orang lain semua dah lembik lutut , makcik tu steady lagi kat depan .

boleh offer jadi bibik ni . kompom boleh diarah 24 tanpa henti . katang kan . kekeke ~

tapi... pagi tadi sepoi sepoi bahasa berita hot lagi sensasi bertiup geli geli di telinga dahku mengatakan bahawa Abang Po duduk dalam kelas je time senamrobik tu pasal demam . watdefakk ? demam ?? OMG ;'((

tapi disebabkan princess teddy still dalam mood merajuk , cepat cepat hasut hati sendiri , "ehh , biar lantak dia lah nak demam pun . boooo , padan muka :D" tanpa side baik pulak bisik "ehh , tak baiklah macam tu . orang sakit tu . pergi lah tengok tengok , tanya khabar . belikan panadol ke ."
tapi side jahat hasut balik "eh , tapi bukan ke kau tengah tacing pasal dia cakap kau tak payah nak susah susah sangat la risau pasal dia sakit ke apa . dia kan tak suka ." and side baik diam sejenak and jawab "aah ek . wuuu , sampai hati dia . orang risau pun tak boleh . ok set , kita abaikan dia !"

so apabila kedua-dua side dah bersatu hati bergabung tenaga , maka tercetuslah gejala mogok tak mau kawan seminggu ! dengan objektif , jangan pandang , jangan senyum , jangan peduli , jangan cakap , and jangan ketawa dekat dia ! chaiyok chaiyok ~

jadi hari ni , princess teddy buat tak tau je . lantak lah dia nak pucat ke apa ke . ada I kesah . ohoho ~ cett , padahal dalam hati gila kesian , sampai aku aku sekali rasa nak demam sebab fikir ke dia . tapi nak buat macam mana kan . orang tak suka . siapalah saya ni nak sibuk risau risau pasal dia . dia kan lagi suka koma je dari pengsan . huh ! #tacingtacingtacingtacingtacing

btw , dentist sudah mari oh ! ok , saya betul betul demam sekarang . gigi banyak gila berlubang ! waaaa ~ azab lah lepas ni . huk huk . ihateyouforeverandeverafterencikdentist !!!

be tough

trying to convince myself to be tough...
be tough
be tough
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA~chummm =..=''

btw , ada yg tanya . lagu apa kat blog ni . kenapa ? cute kan lagu ni ? princess teddy la yang nyanyi . ufufu .
k sila tampar saya laju laju sekarang.

for fruit basket
act , ni lagu cerita kartun . ekekeke . tapi lagu ni and katun tu superbestdamnfuck
enjoy ~

Purple Dinner

 membajet chomel . wakakaka XD

Assalamualaikum :3
bila perut kenyang hati pun rasa tenang nak merepek . ohohoho *ketawa sambil gosok gosok perut bulat*
tadi princess teddy pergi dinner . well , ni dinner untuk kanak kanak form 5 sejagat actually . tapi sikit je yang dapat pergi . haish , macam macam alasan keluar . ala , hari sabtu ni nak balik kampung . eh , rumah aku jauh doe . aku tak leh keluar malam lah . uish , sabtu ada pasar malam , mana boleh miss .

choi ~ tapi tak pe . i tak kesah pun korang tak nak datang . pasal lagi sikit orang datang lagi banyak aku dapat makan . kekeke . so tadi , dengan berjayanya princess teddy meneruskan tabiat diet seimbang yang memang dah lama diamalkan sejak turun temurun . nasi putih full satu pinggan penuh (bersamaan dengan kadar biasa , dua kali tambah) ohh , heaven gila dapat makan banyak banyak banyak banyak . sampai semua orang habis makan pun princess teddy belum siap siap lagi . sampai perut dah bulat . tu pun rasa rasa macam boleh tambah lagi . ekeke .

k fine la , saya kuat makan . so what ? jeles lettew tak de perut choomel macam saya ! \koya tiba tiba/

 

kenapa purple dinner ? sebab ni la . kekeke . sorry Abang Po . saya tau anda marah saya tepek gamba anda besar besar  kat blog . tapi tak apa , yang ni tak nampak muka . hahahak . tapi.... kenapa aku nampak kerdil sangat dalam gamba ni -,-''

entah la kenapa tetiba feeling nak pakai baju purple . ekeke . sampai princess teddy paksa Abang Po pergi beli baju purple semata mata suruh pakai malam ni . teruk kan . mengidam kot . hahah . terasa macam best je kalau pakai ungu malam ni . padahal sebelum ni tak pernah minat purple pun . tapi tak tahu lah !! jangan tanya ! 

orang lain semua ayu pakai dress , pakai baju kurung , pakai jubah . dahku ? dressup macam nak pergi pasar malam ja . huhu . siyes malas gila . baju , shawl sume tak iron pun . malas ! memang niat pergi dinner tu suci mulus hanya untuk menyumbat perut omei dengan seberapa banyak makanan yang boleh .

and mission accomplished . .

Giveaway by Mira-chan


sape tau amigurumi ?
kalau tak tahu , yang patung comel comel kat atas ni , haa , bende alah tu lah . huhu . siyes cute gilos . nak buat benda ni kena ada skill .
so , disebabkan princess teddy tak ada skill tu , so , nak join GA ni . heheheh

click link di atas untuk join ok :)



Photobucket

Semua orang dah maju


klik untuk penggemukan pantas


tengok tu , kalau dulu princess teddy check stats , browser mesti chrome , mozila and internet explorer je .
kalau operating system pulak memang kompom kompon windows dengan linux je . sekarang , android , samsung , ipad , BB . nampak kan betapa sekarang ledakan teknologi tahap melampau . agak agaknye suatu hari nanti mungkin tak wujud ipad sebesar tv plasma tuh . kekeke . memang best la nak bawak kan .



Photobucket

1st GiveAway by Fatin & Fatini



Hey you ! yaaa , you lah .
siapa nak teddy bear angkat tangan !

*crekkk crekkk * \bunyi cengkerik jadian/

k fine . tak de siapa layan . kalau princess teddy cakap dekat my lil' bro mesti dia akan angkat tangan and cakap "yeee"
means saya ! hahaha . so demm cute lah .

actually princess teddy baru join giveaway ni .saje suka suki mengisi masa lapang . masa tau kalau ada rezeki dapat . tapi setakat ni tak pernah dapat lagi . huuu , sadis . so sesiapa yang nak join boleh lah dengan suka hato makan coki coki klik banner di atas . cara caranya mudah je . just tepek banner pink ni dekat entry , tag 2 person , follow blog , link page . k done .

simple je kan . dah berpeluang dapat hotstuff seperti di bawah :


-Mini Pendrive
-USB 
-Teddybear
-Novel
-Shawl
-Tudung bawal
-T-shirt
-Jersey Harimau Malaya
-Frame Gambar
-Topup RM5 
-Perfume
-Cute pencil holder 
-Keychain
-Brooch 
-Header nama sendiri
-Cursor nama sendiri

best kan ? bukan senang orang nak bagi macam macam free tau . kalau korang mintak apa apa je lah yang dalam senarai tu dekat princess teddy , sure balik rumah menangis dalam selimut pasal princess teddy buat buat pekak je . ya saya kedekut . ufufu ~


so , princess teddy tag randomly from chatbox
dua kanak kanak yang malang itu ialah..... jeng jeng jeng
leena and dawia 
siapa ? entah princess teddy pun tak kenal . ehehe . belum sempat berkenalan :P

Photobucket

Bosan bosan bosan


Assalamualaikum :3
seawal pagi dahku terasa ada tangan yang mencuit bahu . tak lama kemudian , terdengar suara yang sumpah tak sedap langsung .
"kak long bangun ! dah pukul 6.30 "
lalu dahku pun bangun lambat lambat and blah pergi bilik air . cett , baru pukul 6.30 . kacau betul lah . tiba tiba time mandi tu terasa malas sangat nak pergi sekolah . hehehe . semalam kan sukan , so apa salahnya kalau hari ni kita ambik cuti peristiwa :P

lalu dengan muka monyok dan sedih habisnya , princess teddy pergi merengek dekat ayah . macam macam alasan keluar . penat lah letih lah , hari ni tak ada subjek penting lah bla bla bla . padahal otak teringat dekat kerja kimia yang tak siap . and sedang merancang nak online secara marathon empat jam di rumah sorang sorang . kekeke .

and at last , berjaya jugak . yeaaa ~ oh saya memang berbakat dalam bab ni :P

tapi ayah dengan ibu suka dengki :'(
ada ke patut habis semua lappy dalam rumah ni diorang angkut pergi kerja . kalau ayah tu tak pe lagi . dia memang guna laptop dekat sekolah  tapi ibu tu guna ke ? cett .
tapi diorang lupa , bahawasanya anak diorang yang comel ni punya fone ada wifi . so still boleh online . lagipun , princess teddy tolong pegangkan netbook Abang Po . so , memang habis la netbook dia aku bedal . kekeke . sorry dear ~ pinjam sekejap

so dari start kereta ayah and ibu ghaib dari pandangan mata saaampai lah sekarang . princess teddy still online . home facebook tu dah habis scroll dah . profile kawan kawan pun habis dah semua princess teddy tengok . dah tak de apa nak buat dengan fb sendiri , stalk fb orang lain pulak . kekeke .  

tapi sekarang , siyes bosan . huuu , nak tengok tv , tak ada cerita best time time macam ni . nak update blog sampai semak dashboard orang lain pun tak ada idea . menyesal ponteng sekolah -..-''

Photobucket

Majlis resepsi :D

Assalamualaikum cinta

Fuh , penat betul hari ni . Alhamdulillah , majlis resepsi persandingan dah selesai . esok tinggal kenduri kendara je lagi . peh , penat jugak rupanya kahwin lari ni ek . kekeke


wakil perbarisan dari negara husnaland . yang depan sekali tu , opcoz la tuan puteri dia :P

kekeke . perasan kuat . like i say yesterday , hari ni ada hari sukan . so malam tadi , princess teddy dah risau tak ada baju nak pakai . last last , ibu pergi balik rumah nenek , ambil baju kahwin dia dulu . baju kahwin ?? ya , yang princess teddy pakai tu baju sanding ibu ! peh , ketat kot . puas tahan nafas nak cover perut . haha . pinggang dia siyed memang mendera perut choomel princess teddy . peh , slim gila bonda wa suatu ketika dahulu beb . 

ibu kahwin time umur 23 . 23 tahun , besar macam tu . sekarang ? dua kali ganda princess teddy kot . maknanya , nanti kalau princess teddy kahwin umur 23 , maybe princess teddy besar lagi sikit dari sekarang . and 17 tahun kemudian , maybe akan jadi tiga kali ganda saiz sekarang . OMG =..=''

\sekarang rasa macam nak fikir duapuluh kali untuk ambik keputusan berkahwin/

ehem , berbalik kepada cerita tadi...
asalnya , princess teddy nak pakai baju lain . pasal Abang Po dah jumpa baju yang warna dia matching dengan baju tu . tapi , warna dia tak best . gelap sangat . tiba tiba ada penyelamat dunia datang and bagitau dia ada ternampak baju melayu yang sebijik sejibun warna dia dengan baju kahwin bonda tu dekat bilik ERT . so kami pun rush pergi bilik ERT and bogelkan patung yang segak berbaju melayu tu . kasihan beliau ternoda .

then , ceroboh hostel untuk gonyoh sikit baju melayu yang berhabuk tu , and iron iron sikit , bersiap pakai baju kurung , make up , lilit lilit tudung , and itulah hasilnya . kekeke .tapi boleh pulak time princess teddy bersiap tu , ustazah usik princess teddy . argh ! segan >,< !

time iron baju melayu...
"wahh , dah ada gaya dah ironkan baju suami"

time make up 
"cantik dah . dah macam pengantin . boleh la kahwin terus lepas ni . sesuai sangat"

masa tu princess teddy ingat dia saja usik . ingat dia tak tahu kami memang couple , pasal ni la first time berurusan dengan dia . well , ustazah baru kot . tiba tiba time dah nak siap tu , dia tanya ,
"nanti korang plan nak sambuang study sama-sama ke ?"
cute me : huh , apa pulak . kami tak de pape lah .
ustazah : eleh , ingat saya tak tahu ke
cute me : argh ! macam mana cikgu tau ni >,<

huh , kalau benda benda macam ni , cepat betul tersebar kan . pelik betul . lepas tu habis la kena soal siasat . ayah awak tau tak ? dia tak marah ke ? pot pet pot pet .
saaaampai la padang . ceh , turun je padang dah mula terasa semua orang pandang princess teddy . *perasan :D* and bila Abang Po datang dengan pakai baju matching gila , semua dah mula bersorak sorak . usik usik perli perli and macam macam lah . and dengan tak semena mena banyak camera datang and suruh kami pozing sama . ok fine , i tau lah i artis . jangan la jakun sangat tengok i , huahuahua

and alhamdulillah , perbarisan rumah hijau dapat nombor satu . yeay for us :D
see , kan princess teddy dah cakap . kalau princess teddy masuk kompom ah menang :P

with my pengapit :P

ustazah yang bertanggungjawab mentransformkan princess teddy jadi calon kahwin lari

 tuan puteri jalan dengan penuh sopannya . hahahakk XD boleh masuk gadis melayu ~

 saat saat kemenangan ;')


spot me ~

Wordless Wednesday | Kuasa ALLAH



Pertemuan antara dua sungai di Geneva , Switzerland .
SubhanALLAH :D
Photobucket

Wordless Wednesday :)

Please borrow me !






Assalamualaikum , konichiwa gozaimasu , anyeong .
Perhatian kepada sesiapa yang ada baju kurung cantik warna hijau , please borrow me!


ehh , please borrow me ??

tetttt , oh my english !!

k bosan . da ribu riban kali tengok iklan tu . so , sesiapa , please lend me your baju kurung ^^ *wink wink*

esok princess teddy ada hari sukan . jadi sebagai atlet merangkap olahragawati sekolah , wajiblah princess teddy masuk acara yang paling penting sekali yakni perbarisan . ya , perbarisan . nak masuk acara balapan princess teddy hebak sangat . masuk karang kesian dekat orang lain , kompom tak ada can nak menang . kekeke . ok , fake gila .

so , memandangkan princess teddy puteri raja , of coz la princess teddy yang kena pegang sepanduk . cett , koya betul . padahal terpaksa . huk huk . tak mau... dah la terpaksa berjemur tengah panas , berkawat , bawak sepanduk yang berat tu , in baju kurung ! memang heaven gila . dah la princess teddy langsung tak de baju kurung hijau . perbarisan tu pulak esok . gone gaya wey ??

iskk iskk , begini lah nasib dahku yang teraniaya . semua orang saje je kan taruk nama princess teddy kasi pegang sepanduk . pasal Abang Po pegang bendera . ceh . yang Abang Po kemain lah eksaited . konon nak pakai baju matching . sampai bagi cadangan pinjam baju pengantin dekat butik mak dia . ok fine . saya pakai baju pengantin yang bling bling tu , anda pakai baju melayu siap bersampin bertengkolok . lepas tu kita jalan sama sama dengan matahari terpacak atas kepala .

so sweet -..-


P/S : petang ni ada lagi latihan perbarisan . oh sukanya ! >..<

TUTORIAL : Letak lagu guna music dumper

Assalamualaikum :)
ni tuto pantas coz really easy . ada someone cute request macam mana nak letak lagu kat blog macam dalam blog ni . which i guna music dumper . actually princess teddy dah pernah buat tuto letak lagu kat blog ni . tapi guna youtube . boleh refer SINI

tapi nak guna music dumper pun boleh .

\one/
pergi link music dumper . boleh tekan link bawah lagu kat blog ni . atau click je lah SINI

\two/
search lagu yang korang nak

\three/
click file . then scroll bawah . tengok kanan , ada EMBED OPTIONS
ambil embed code tuh .

ni contoh

<img style="visibility:hidden;width:0px;height:0px;" border=0 width=0 height=0 src="http://c.gigcount.com/wildfire/IMP/CXNID=2000002.0NXC/bT*xJmx*PTEzNDEyMjcwODIzNzImcHQ9MTM*MTIyNzE5MDUwMSZwPTEzNzkyMSZkPSZnPTEmbz*5ZjVhZTY4OTI5Yzg*ZDJmODNm/MWMyMjhhNzQ*ZjJlZSZvZj*w.gif" />  <center><embed src="http://static.4shared.com/flash/player.swf?file=http://dc457.4shared.com/img/1547200553/a27df2ff/dlink__2Fdownload_2FOO1no9V8_3Ftsid_3D20120702-110358-267419a0_26dsid_3D1fs6qo.db4e2b747363466940b0787bea51c5c2/preview.mp3&image=http://www.musicdumper.com/lg.jpg&repeat=always&autostart=true&frontcolor=cccccc&lightcolor=428cdb&backcolor=111111" width="300" height="68" allowscriptaccess="always"></embed>
  <br /><small><a href="http://www.musicdumper.com/" target="_blank">Sleeq Ft Najwa - Untuk Dia - Karinkishido</a></small></center>

yang warna merah tu , tukar kepada
width : 190
height : 25

ok done :)

html code ni boleh letak dekat add gadget dekat layout . tau kan nak cari :))
Photobucket

Things start from imagination



pernah dengar tak orang cakap sesuatu yang jadi tu bermula dari imaginasi . ala , macam menara berkembar tu . mula mula arkitek tu koya koya je . konon nak buat menara paling tinggi . berkembar pulak tu . nahh , dah berdiri terpacak menara berkembar .

macam tu la jugak dengan princess teddy . koya konon nak buat homework . sebelum tu , berangan dulu . malam ni aku nak study . exam dah tak lama . aku nak fight habis habisan ! yeah ! and macam macam lagi lah azam yang berjaya ditanam di lubuk hati masa berangan tu . last last , tertidur sambil berangan atas katil . homework entah ke mana , study lagi la melayang ke mana mana . ekekeke ~

tapi tak pe , banyak berangan ni boleh bantu buat story yang best untuk exam English . huhu .

next chapter

tadi kan.... i was about to iron my baju sekolah . then masa lalu tepi ayah , which was sleeping , tiba tiba dia macam tersedar . dengar bunyi seluar princess teddy lalu kot . srok srek srok srek . then tiba tiba dia panggil beta . *ehh , tiba-tiba keluar beta:P*

dad : husna....
cute me : yeee... (sambil sambung tonyok iron berat gedabak pada baju)
dad : blablablaablammm
cute me : mende ?? tak dengar la .
dad : pegi ambik kunci kat situ...
cute me : kunci ape pulak ? kat mana ?
dad : kunci motor , kat tepi almari tu...
cute me : kunci motor ??????


ok fine . sah ayah mengigau . rumah princess teddy mana ada motor !! kunci motor pun entah ke mana . motor tu ada , tapi dah lama tersadai tepi rumah . entah apa problem dia . tapi memang dah bertahun la dok berkarat kat situ . jadik apa lagi motif ayah mintak kunci motor malam malam macam ni ? mengigau lettew -,-''

 P/S : Blog ni masih under construction . jadi kalau huduh tu , harap maklum ye :'(
Photobucket