Assalamualaikum :D
Heh , sila abaikan blog yang huduh kemain ni . tengok lah , esok lusa tulat mahupun tahun depan kalau princess teddy rajin insyaallah blog ni jadi macam dulu semula . isk isk . sadis betullah . malam tadi entah apa kes gatal tangan pergi tekan mende tah dekat template tu . habis hilang segala coding . demm -..-''
oh yeaa , semalam , sepatutnya princess teddy sedang 'bergembira' hadir ke kelas fizik . tapi... jeng jeng jeng . pukul 8.20 malam (ye , saya dah lambat lima minit) princess teddy sampai dekat sekolah . tapi tengok keadaan sunyi sepi je , takde satu pun makhluk yang layak digelar kanak-kanak kat situ . makmal yang sepatutnya bercahaya dan penuh dengan kanak kanak sejagat pun gelap gelita . cuma ada kereta cikgu kat situ . and cikgu fizik sedang duduk tercongok dalam kereta dengan muka tegang .
rupa-rupanya.... baru princess teddy sorang yang sampai . orang lain semua tak datang ! cikgu dengan muka tacing habisnya suruh princess teddy call kawan kawan yang lain .
calling....
cute me : wey mira ! ko kat mana tu ?
mira hipo : aku kat rumah la . tengah makan ni ? apsal ?
cute me : ehh , tak pergi kelas fizik kerrr ??
mira hipo : eh , bukan kelas batal ke ? semua orang cakap kelas batal . kau tak tau ke ?
cute me : habis yang cikgu nua tercongok kat sini apsal ??
mira hipo : mana aku tau...
mira hipo : mana aku tau...
cute me : -..-''
and semua yang princess teddy call pun , semua cakap diorang ingat kelas batal . tak lama lepas tu Abang Po pun sampai . oh yes , bagus sangat lettew . kami dua je yang datang .
setelah disiasat oleh detektif Husna dan detektif Taufiq , kami dah dapat kenal pasti siapa punca utama satu kelas ingat kelas batal . suspek utamanya... encik Fazlan .
rupanya pagi tu dia ada jumpa cikgu dekat kenduri then tanya ada kelas ke tak . cikgu pulak pergi kias cakap dia penat , tapi tak pe lah . petang nanti boleh rehat . means ada la kelas nye tu . tapi dia salah interprate data . and apa yang dia faham dari ayat cikgu tu : saya penat la . kelas batal la malam ni .
then dengan kadar laju laju dia text girlfriend dia cakap kelas fizik malam ni batal . girlfriend dia text best friend dia cakap kelas batal . bestfriend dia text geng dia cakap kelas malam ni batal . geng dia text semua orang cakap kelas batal . dan begitulah seterusnya. tapi tak pulak orang text princess teddy cakap kelas batal -,-'
last last , cikgu isytihar kelas batal . habis takkan kami berdua je nak belajar . sweet betul . hahak .
cute me : siyes la cikgu nak batal kelas ? cian cikgu dah penat penat datang
dalam hati ~ yes kelas batal !! yeaaaah ~
cikgu : tu la , kesian saya . habis tu dah tak de orang datang , terpaksa batal la :(
so esok , ada waktu fizik . my dear classmate , ready ready lah ye dengan tornado yang bakal menimpa . korang semua tau kan macam mana kalau cikgu mengamuk . memang bergegar kelas . kelas kelas dari blok sebelah pun sampai terjenguk jenguk pelik kenapa dengar ada orang menjerit jerit . amat dahsyat you know ~ so esok , memang princess teddy akan buat persiapan bawak kapas siap siap dari rumah . tak nak ambil risiko telinga pekak sebab dengar bunyi yang terlampau kuat .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)