Chill down ~


Assalamualaikum cinta :D
(jawab waalaikumussalam rindu cepat !!)

hari ni jadual princess teddy memang padat , mampat lagi sendat . pagi pagi seawal pukul lapan dah ada kelas add math . balik kelas pukul 11 pagi . then , pergi kenduri . makan free bhai , mana boleh miss . best tadi , ada ayam golek , acar jeruk , keladi , bla bla bla cendol dan jering pun ada . peh , rugi budak budak ni pergi KFC balik kelas tadi . wa dapat makan bukan setakat ayam goreng je , macam macam . yang penting FREE . hehe 

sampai rumah pukul 12 tengah hari . belum lagi sempat sambung buat peta mahupun berhibernasi atas tilam empuk dan bermanja mesra bersama bantal harum and bear bear sejagat , dah kena pergi kelas kimia pulak pukul 2 petang . haishh . habis kelas insyaallah pukul 4.30 petang . kalau cikgu baik hati maybe pukul empat dah habis . kalau jahat hati ? pukul lima la baru dapat balik .wuuu ~ ni yang start nak fikir lima enam kali ni nak meneruskan cita cita jadi chemist .

malam nanti pulak , ada kelas fizik . yeah , i loike . gembira sungguh hati beta pabila seharian berada di sekolah nan permai . bersama rakan rakan taulan . bersama guru guru yang menawan . duduk di kerusi kayu oren nan empuk . kelas ada aircond . selang lina minit ada pelayan handsome serve air . huuu , sangat suka . FAKE =..=''

habis , time bila nak menyelitkan diri di gempak astro ? time bila nak pergi tawaf expo yang baru buka tu ? time bila nak mengopakkan purse beli segala jenis makanan kat pasar malam ? time bila pulak princess teddy nak tengok sin chan dan doraemon ? nak tengok cerekarama rama lagi . nak tengok master chef lagi . 

waaaa ~ mengapa dunia begitu kejam ?? why you ragut my suppose to be heaven holiday ? sepatutnya hari sabtu ni diisi dengan pelbagai jenis aktiviti laghoo yang menyeronokkan . tapi demm , terpaksa berkorban masa yang jiwa raga demi SPM .

patut la pun sekarang ni ramai pelajar jadi sewel akibat tekanan melampau . yeaa , baru baru ni kanak kanak kat sekolah princess teddy kena isi satu borang soal selidik dari pejabat kesihatan . kalau soalan dalam borang tu tanya 'anda suka makan coklat cadbury tak?' ok la jugak . ni dok tanya , "adakah tangan ada selalu terketar ketar ?" "anda rasa hidup ini tidak bermakna lagi" "anda sering berdebar debar tanpa sebab?" "anda cepat panik ?" and macam macam lagi lah . sumpah rasa macam jawab borang soal selidik untuk orang gila . maybe diorang nak selidik senyap senyap kot siapa antara kami yang dah gila pasal stress sangat belajar . and nanti maybe dia akan datang balik naik lori besar dan sumbat kami semua dalam tu then bawa kami pergi sel orang gila then pakaikan kami baju hijau yang tak boleh gerak tangan tu . oh nooooooo !!!

ok , imaginasi melampau -,-''

tapi memang betul pun , pasal dalam kelas princess teddy ada sorang budak ni dia kemurungan . dia ni baru je pindah sekolah ni , dari MSRM kot . agaknya stress sangat kot kena pressure kat sana . asyik kena study je untuk SPM . last last mereng . kesian kot tengok dia . dalam kelas time cikgu buat lawak , kami semua dah tahan sakit perut sambil gelak mengekek sambil mengalir air mata . tapi dia senyap je . ketawa sikit pun tak . senyum pun kadang kadang . err , macam psyco je . ibu cakap kemurungan ni macam cakap sorang sorang . nanti nak usha lah , kot kot nanti dalam kelas dia cakap sorang sorang ke . kalau ya princess teddy nak cepat cepat call tanjung rambutan . ekekeke ~ \classmate yang kejamm/

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)