Kem Kimia Report ~


Assalamualaikum 
Nampak tak muka sememeh tapi cover cun di atas . dengan pakai baju batik asramanya . dengan muka berminyaknya . sampai rumah terus terkam lappy and tangkap gambar sendiri guna webcam . apa motif ?

sebenarnya saja nak tunjuk , princess teddy pakai baju batil asrama ni ! HAHA . well , siyes rasa bangga pakai baju yang sangat suka berkedut ni . mungkin faktor umur kot . banyak betul garis garis halus yang tak dapat dihilangkan walaupun dah tonyoh dengan seterika panas patpuluhnam kali . maklumlah , saya kan dah keluar asrama . mana layak lagi pakai baju batik yang cantik sangat ni .

tapi sebab ada kem kimia tu , memang last day kena pakai baju batik . terpaksalah saya pakai juga . mujur belum pas baju ni dekat orang lain . comel kan saya pakai baju batik ? hik hik 

*okay sila muntah pink sekarang*

so , sepanjang petang jumaat saaampai tengah hari ahad , princess teddy ada kem kimia . peh , memang tepu ah otak ! elok elok dari alkene terus jadi alkane . haish , sungguh la program ni dia pakai proses hydrogenation kot . habis semua orang jadi saturated . rate of reaction pun makin lama makin lower . sebabnya tak ada catalyst . cuba bagi fasi handsome handsome sikit , baru la semangat sikit nak belajar . kekekeke

maaf kalau korang tak faham apa yang princess teddy merepek kat atas . maklumlah , baru balik kem kimia :P

so , overall equation is 
Husna + Kem Kimia ---> alkane + happy

kira okay lettew . princess teddy tak kesah nak belajar lama mana pun . yang penting dia bagi makan enam kali sehari . i loike . hue hue hue . tapi tadi sumpah tak lalu nak makan . pasal tadi lauk ikan patin masak tempoyak , but dia bagi semua bahagian kepala . i mean , kepala ikan tu besar kot . dah la hitam . nampak macam..... katak . last last pusing kepala ikan tu jangan bagi nampak bahagian depan dia then makan laju laju . eee , yucks . 

and yang paling best sekali kami belajar step senamrobik yang super best . comel jer step dia . tapi macam ala ala tarian kpop pun ada jugak . siap ada kiraan manja lagi . ololo tomey tomey . nanti boleh la download lagu senamrobik tu then menari sorang sorang dalam bilik . kekekeke ~

tapi yang penting , objektif kem ni tercapai . wa sekarang dah pro kot chapter 1~5 kimia form 4 . so lepas ni boleh la action buat latihan tanpa perlu buka buku rujukan . jeling pun tak nak . ceh , action ! so , sesiapa yang ada problem dengan kimia , boleh la call I . I pro kimia yuh . wakaka . wadefak bapak koyanyer . ok sila abaikan saya !

bubbye ~

P/S : peserta dari sekolah lain semua pakai tudung labuh and berstoking . nampak comel je . sejuk mata tengok . terasa kami ni jahil sangat . lepas ni nak try pakai stoking lah . tudung labuh..... err.... insyaallah , suatu hari nanti :D



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)