Assalamualaikum :D
Marcapada , meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru dunia memperkatakan tentang MBMMBI . Tapi , semenjak pihak sekolah pilih subjek English sebagai kebitaraan sekolah dan semua orang asyik cakap Oh my english ! , ramai cikgu cikgu BM yang tacing . tak dak pun orang cakap Oh my BM ! padahal dah sah sah tak ada seorang pun yang cakap dalam BM dengan betul . semua pakai bahasa pasar rojak segala .
dan semalam , wuu , teruk betul kami semua kena bebel . pasal markah BM teruk sangat . highest pun baru 75 . aiyooo ~ bila cikgu dok pot pet pot pet semalam , baru lah princess teddy tersedar , memang teruk betul BM kami .
ejaan pun banyak salah .
peribahasa pun edisi sendiri . ada udang disebalik mee . sudah diketuk baru terngadah . menyimbah air ke daun keladi . bagai aur dan tebing , dan banyak lah lagi . memang nampak betul muka cikgu macam nak ketuk dan nak simbah kami semua . haha . sabar cikgu sabar .
dan part yang paling lawak setiap kali exam is : bina ayat .
baru ni kami dapat soalan pasal pokok-pokok gitu . menakik , menebang , menebas , merumput , menarah and memangkas .
yang paling lawak kami buat ayat is pasal menarah . cuba bayangkan , boleh ada ayat ayah menarah rumput , nenek menarah pokok kelapa , abang menarah pokok getah and banyak lagi lah . walhal menarah ni sesuai untuk bukit je . menarah bukit baru betul . nampak betul dah lupa dulu masa form 3 pernah belajar bbukit kena tarah untuk buat jalan . hahah .
tapi ada juga mahkluk yang tahu menarah tu untuk bukit , tapi dia buat ayat yang gila superb . Abang menarah bukit dengan menggunakan cangkul . yeah , tarah bukit sorang sorang . guna cangkul pulak tu . hebakk sungguh abe tu . badang kah ? kahkahkah
kalau dulu pasal kuncup . sepatutnya semua orang mesti buat pasal bunga kuncup lah kan ? tapi ada orang tu pergi buat menguncup tangan . haha , tak tahu lah siapa orang tu kan . ngeee :P
bahagian komsas pun teruk kena bebel dengan cikgu . pasal soalan dia suruh cakap pasal satu watak wanita dalam novel . tup tup ada orang pergi tulis pasal Wahi . padahal sah sah si Wahi tu lelaki . mungkin dia confuse kot time exam tu . huhu .
so , cannot say what what la . nampaknya lepas ni memang kami semua kena masuk bengkel BM lah pulak . and maybe lepas ni akan ada rancangan Oh my BM pulak dekat astro . hahah . mesti lagi lawak dari Oh my english .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)